Lama sungguh saya tidak menulis. Bukan kerana masa, bukan juga kerana tiada cerita. Tapi malas menulis.
Saya sedang melalui fasa kehidupan yang saya umpamakan 'mengikut arus'. Terkadang statik. Saya juga tidak berusaha untuk keluar dari kebiasaan itu. Saya melalui kehidupan dengan rasa tidak ingin berbuat apa. Sehingga hari dan detik ini saya cuba keluar dari 'statik' itu.
Terlalu banyak isu dalam kehidupan peribadi, terutama melibatkan teman-teman sekerja. karenah dalam ofis. Karenah manusia-manusia yang sering tidak puashati. Saya letih. Letih mendengar, letih juga untuk berfikir (sepatutnya saya tidak berfikir pun sebab bukan masalah saya).
Ofis.
Banyak sungguh yang berlaku di ofis sejak 4 bulan kebelakangan ini. Ramai juga rakan sekerja yang berpindah ke tempat baru.. meneruskan misi hidup. Ramai juga yang baru dan telah berkahwin, mengandung dan bersalin.
Di ofis ialah dunia saya. 8-9 jam sehari. Selain rumah dan rumahtangga inilah kehidupan saya. rakan-rakan sekerja merupakan bahagian dari kehidupan dan dunia saya. Anak saya juga mengenali hampir semua rakan sekerja. Hampir 365 hari bersama tetapi apa yang saya tidak faham kenapa saya dan mereka semua masih ada jurang. masih ada rasa tak percaya sesama sendiri. Kenapa masih tidak memahami hati budi. Masih tidak boleh bersatu dalam mencapai matlamat dalam pekerjaan.
arghhh... sukar bekerja dengan orang yang tak mahu mengikut apa yang dikehendaki oleh pengurusan...
No comments:
Post a Comment