Pages - Menu

Followers

Friday, July 9, 2010

MINGGU BERKABUNG

Salam dan kemaafan bagi kawan-kawan yang ternanti-nanti saya menulis. Banyak perkara yang menyebabkan idea tak dpt diluahkan di laman sesawang ini.

Cuma untuk berkongsi kesedihan, saya baru saja kehilangan seorang anak saudara(disebelah suami) iaitu anak kepada abang sulungnya yang bernama Yana. Berusia 24 tahun september ini dan telah kembali kpd penciptaNya pada 3 Julai lepas. Sungguh sedih. Apatah lagi kesemua anak saudara ini rapat dengan kami.

Kali terakhir berjumpa adalah semasa hari kenduri di rumah kakak ipar lain yang menerima menantu pada awal bulan jun yang lepas. Dia saya lihat sungguh letih dan tidak bermaya.. tp macam biasa tetap ramah cuma kurang berbual. Matanya pula lebam seoalah tidak cukup tidur.

'yana sakit ke? tanya saya.. 'tak la cik, cuma kita kuat tidur skrg, " jawab dia..
"eh yana kena gi check nih entah-entah sakit kot".. kata saya
"tak de la.. kita cuma letih je".. tak yah risau la... kita tak apa-apa" kata dia ...

Malam tu dia balik awal ke johor jaya sebab nak buat persiapan bercuti ke thailand.. jadi itula kali terakhir kami berbual...

Tup-tup pagi sabtu 3 julai dpt panggilan telefon dari akak ipar mengatakan si yana kat icu di HSI. terperanjat saya .... terus bergegas pergi dan waktu melawat dia dah tak sedarkan diri dan tubuhnya berselirat dgn sgl wayar.. jam 6.30 petang dah meninggal... tidakkah itu seperti mimpi.. saya terpaku... tak sangka semuanya begitu cepat berlaku.

Namun itu la kuasa Allah SWT. Dia yang maha pencipta dan Dia yang memiliki kita..betapa besar kuasa Tuhan. Mampukah kita kembali kepadaNya tanpa ada bekalan. Ya Rabbi ampunkanlah dosa2 ku dan dosa aruah dan tempatkan dirinya ditempat yang paling tinggi di sisiMU.

No comments: