Pages - Menu

Followers

Friday, August 12, 2011

CERITA MASAK-MASAK 1




Salam sejahtera kepada semua. Lama tak menulis di dalam blog bersawang ini. Bersawangnya blog ini sehingga ratu labah-labah pun tak dapat di lihat oleh mata hehehhe.

Hari ini saya nak menulis tentang masak-masak. Terus terang sebenarnya saya tak pandai memasak. Tanyalah suami atau rakan-rakan terutama geng enam budak nakal satu ketika dulu.. saya memang tak pandai masak dan malas memasak. Walaupun pada hakikatnya boleh dikatakan saya telah mula masuk ke dapur seawal umur 10 tahun lagi. Ini disebabkan saya anak sulong, jadi tanggungjawab masak memasak memang sudah jadi tanggungjawab saya. Untuk makluman semua semasa kecil lagi saya telah diasuh untuk bangun pagi setiap hari pada bulan puasa untuk memasak lauk bagi keperluan bersahur.

Geng budak nakal terutama Umie Nanie memang suka menggelar saya ratu pemalas memasak sebab menurutnya saya selalu cuba mencari helah untuk tidak memasak. Hehehe tapi saya tak kecil hati walaupun yg sebenarnya saya tak pernah pun cuba curi tulang pun!. Hakikatnya saya boleh memasak tapi bukan pandai memasak.

Okey kita tinggalkan tentang hal ini. Kita mula dengan kenangan tentang masak-masak ini saya teringat semasa saya berumur lebih kurang 10-11 tahun masakan pertama saya ialah asam pedas ikan . Satu hari abah saya balik rumah dgn membawa sebungkus ikan yg besar dan sayur tak salah ingatan sayur kubis. Kebetulan nak dijadikan cerita hari itu juga ada kawan abah datang kerumah . Dalam hati dah berkata-kata ‘abislah aku kena masak makan tengahari’.. dan apa yg saya rasa ternyata betul.

Saya pun dgn keterbatasan pengetahuan ini cubalah memasak asam pedas. Asas utk masak asam ini saya tahu. Tapi pengetahuan utk menyiang ikan hampehhhh.. dah le ikan itu beso..tak tau pulak macam mana nak ‘menyetelkan’nya. Setelah 20 minit berhempas pulas akhirnya ikan siap di bersiang.

Tiba pula bab nak masak.. derita bermula… ye la time tuh mana ada dapur gas macam sekarang. Dapur yg ada adalah dapur kayu. Perghhh.. nak menghidupkannya satu hal, belum lagi dengan abunya yg berterbangan di rambut saya yg menggerbang lagi.. heheh sekali pandang dah macam hantu kampong pisang pun ada aduhaiii…

Api kena hidupkan dulu.. pastu nak membuat tumisan tuh cili kering kena dibersihkan dan direbus dgn air panas. Bawang, cili dan segala macam perlu pula ditumbuk lumat… menggunakan lesung batu. Aduhaiiii.. lenguh tangan.. tak lumat nanti kena bising dgn mak pula. Akhirnya setelah berhempas pulas selama 10 minit siap semua dan mula menumis.. tapi oleh kerana ilmu tentang ikan nih sgt terbatas.. entah kenapa ikan yg sepatutnya lembut jadi keras pula.. dah hamper 10 minit tak siap tak lembut2, abah pula dah asyik tanya dah masak ke belum, perghhhh sasau otak dibuatnya.

Dalam tension cakap kat abah.. ‘abah kakak tak tau le kenapa ikan nih keras je..’
pastu abah ckp ‘keras?’ kenapa keras?’ tanya abah..
‘entah’ jawab saya..
“ La….memang le keras itu kan ikan tongkol” kata abah
“heheh la ye ke.. mana la kakak tau”, kata saya
Akhirnya utk memasak asam pedas itu saja saya telah mengambil masa selama hampir satu jam!! Aduhaiii. Kalau masuk pertandingan memang sah-sah kalah hehehehhe.. Dapat le tetamu abah saya dijamu dgn masakan saya. Yang paling tak boleh lupa kawan abah siap puji sedapp… asam pedas nihh tapi masin sikit la.. along….

Walau malu dgn teguran tuh tapi saya gembira sangat sampai tak lalu nak makan sebabnya masakan pertama saya akhir berjaya..walaupun masin dan manisnya entah kemana-mana. Namanya pun budakkan…suka kalau kena puji .. hehehehehhe

Itu le antara kenangan masa kecil yg saya tak dapat lupakan. Kenangan tentang cubaan memasak yang tak menjadi. Ada juga cubaan utk membuat roti canai. Keria, kuih kasui apam, donat dan mcm-mcm lagi … tapi next entry baru saya cerita heheheheh..


No comments: