Seingat saya sejak umur saya 20 tahun
lagi saya selalunya membeli saja kueh raya atau lebih tepatnya menempah saja.. bukan
tak mahu membuatnya.. tapi tak pernah menjadi kuih yang diadun tu. J
Bab kueh raya ni ada kisah menyayat hati
huhuww. Tahun lepas.. kueh banyak tak abis.. walaupun belinya tak le banyak
mana, ada la dlm 3 - 4 balang.. tapi masa membayarnya hampir RM400 juga (beli
banyak sebab ada tiga rumah nak dihantar,, rumah mak kandung, rumah mak mentua
dan rumah sendiri.. ) Ada
2 balang terpaksa di buang sebab berkulat.. iaitu kuih tart nanas kegemaran
saya dan suami.. saya sendiri tak tahu kenapa kueh tu boleh berkulat.. tak
pernah sebelum ini berlaku kejadian begini.
Tahun ini awal
ramadhan lagi suami dah memberi amaran supaya jgn beli banyak kueh .. takut
kejadian tahun lepas berlaku lagi.. huhuw.. banyak tak banyak.. ada banyak le
juga saya tempah… .. . Tiap tahun menu hampir sama, tart nanas, almond london , kueh siput.. (ermm
yg ni sgt sedap dan lembut) sapa nak boleh order yek.. dijamin sedap.., popia
mini,, cuma tahun ni ada tambahan iaitu kueh kapit (yum..yumm..) kek kukus buah
(ini bekas student yg buat) dan popia nestumm..
Teringat saya
kepada perjalanan kueh raya di dalam hidup saya. Sejak muda lagi iaitu daripada
umur 20 tahun bab kueh-kueh biskut ni memang saya beli sebab seingat saya mak
saya iaitu cik Kamsinah tak mahu membuatnya .. seingat dlm ingatan saya hanya
ada sekali mak membuat biskut raya. Tak salah saya biskut milo, biskut kacang
dan semprit. Biskut milo tu biasanya mak buat utk kami .. biskut kacang tu utk
mak kpd mak dan semprit utk mak mentuanya (dua-dua tu nenek saya la yek
hehehhe).
Walaupun mak
saya tak rajin buat biskut raya tapi dia pandai dan rajin buat sendiri kerepek
pisang nipah atau tanduk.. satu lagi mak rajin juga buat rempeyek kacang tanah,
kacang hijau.. dan of coz kegemaran kami semua adik beradik iaitu kacang dhal.
Abah saya pula suka kek.. dan dia pandai buat kek.. Menurut abah masa mula
kawin dulu dia la yg mengajar mak buat kek.. terutama kek oren..( ermmm
terbau-bau pulak kek oren panas.. yg baru keluar dari oven .. hehe
Oh ya mak juga
pernah buat baulu cermai.. baulu tokak kami panggil. Tapi nak buat dia jenuh..
sebab berpanas depan api.. rasa macam nak minum air.. begitu juga kalau
menggoreng tumpi, rempeyek atau kerepek pisang.. rasa nak buka puasa je waktu
tu..
Teringat masa
saya umur sekitar 12-15 tahun abah teringin nak makan kek kukus buah.. jadi dia
sibuk membantu mak dengan menepuk telur. (dulu kan tak de mesin pengadun macam
sekarang) mengukus dan berbagai lagi. Nak
menunggu kek tu masak dah le lama berjam-jam.. nak jadi cerita oleh kerana baru
first time buat .. mak asik jenguk kukusan tu.. dah dgn tak disangka loyang isi
kek tu tersenget separuh dan termasuk air .. waktu itu pulak dah jadi cantik
nak naik dah kek itu. Apa lagi jadi senget la.. nak jadi kezaliman mak ( heheh
zalim ke?) mak paksa kami (saya adik dan abah le) makan kek tu.. huhuww. Walau tak
berapa nak semenggah kek itu kami makan juga la sebab nak jaga hati mak..
Selepas drpd kejadian tu mak
memang malas nak buat lagi kueh. Satu sebabnya sebab mak memang cerewet apa
lagi bab kebersihan .. biasa la budak-budak mana sabar ke .. jadi time mencetak
adunan biskut kami biasanya buat main je doh tu.. (pengotor kan !).. dan disebabkan itu.. kami 3 beradik
perempuan yg terdiri drpd saya, adik saya siti mazlina dan siti aminah
ketiga-tiganya tak pandai buat biskut!hahahha boleh gitu menyalahkan mak…
Sekarang ni mak rajin membeli
saja. Apa lagi ditempat kami itu ada satu Kedai Kuih yang kami panggil Azhar
Food, terletak kat Pekan Rengit, Batu Pahat.. dekat je.. ½ jam perjalanan guna kereta..
.. kat sini link Azhar Food@facebook or http://azharfood.webs.com/dan blog nya kalau nak tau…. Kat sini ada berbagai kuih dari
biskut hingga ke kerepek.. asam.. dan segala macam. Mak nenek, cucu cicit kuih .semua
dijual dengan harga rendah.. Naik kelabu la mata ni.. dan semua rasa nak
dibeli..Jadi sapa yg nak membeli dengan harga murah datang le kesini .. di
jamin dengan RM150.00 anda akan muntah berdarah dengan kuih J
….Oh ya Azhar Food ni pernah keluar kat Kosmo tak salah tahun 2011 dalam
rencana utama.. kalau korang rajin
korang pegi la kat arkib dan try find mengenainya.
Zaman saya kecik-kecik dulu kuih
yang saya suka hanya kerepek pisang dan kek sahaja.. Yang lain tu tak berapa
sangat ..sebab waktu dulu kuih banyak yang manis.. apatah lagi nenek saya (mak
saya punya ibu) suka buat halwa.. mcm-macam halwa.. kundur, betik. Dan mcm2
lagi. Nenek saya juga suka buat biskut makmur tapi gumuks-gumuk…inti dia kacang
nahh.. beso gitu.. selalu dia kecik hati ngan saya sebab tak makan kuih tu..
(bukan apa sebab rasanya manis.. tak larat nak makan).
Sekarang ni pun kalau org datang
kerumah terutama di kampong yang makan biskut raya Cuma org tua sahaja. Yang
muda suka kerepek. .keropok.. apatah lagi trend raya skrg bila org datang
berziarah kita masak makanan berat.. jadi kuih-kuih dan biskut kekadang
dipandang sepi dan agak terpinggir. Macamana pun namanya pun dah raya jadi
mustila ada biskut raya ye tak :)
Ok la.. jom makan biskut raya…yum..yumm….
No comments:
Post a Comment