Pages - Menu

Followers

Wednesday, August 10, 2016

Son Seungyeon - White Shell | 손승연 - 하얀 조가비 [Immortal Songs 2]



Lagu ini memberi inspirasi . kena pulak dengan musim pendaftaran INSTEDT. Lirik lagu membangkitkan semangat yang mungkin dah pudar.

Friday, August 5, 2016

Telepon Rosak 1-Mana kasih Sayangmu ?


Kedua-dua gambar diambil daripada google.


Sebulan yang lepas ada beberapa ramai kawan aku yang mengeluh dan marah-marah kerana aku tidak aktif di satu sistem komunikasi masakini. Ini kerana alat perhubungan aku iaitu telefon bimbit rosak.

Beberapa orang ini (termasuk adik beradik) mengeluh kerana sukar berhubung dengan  aku dan terpaksa mengeluarkan modal iaitu nilai RM untuk menaip sistem pesanan ringkas (SMS) dan untuk bertelefon dengan aku.

Aku pula seperti biasa bukan kisah sangat berkenaan ketiadaan alatan canggih untuk berhubung. Aku masih orang lama yang percaya telefon dicipta untuk tujuan berhubung dengan mendail dan mendengar suara. Pada orang seperti aku, telefon hanyalah alatan untuk aku berhubung, mendengar suara orang yang aku sayang dan bertanya khabar. Itu sahaja.

Tapi tetap ada pengecualian apabila ianya melibatkan urusan kerja. Apatah lagi aku salah seorang telemarketer bagi INSTEDT, jadi alatan ini adalah salah satu perkara penting semasa urusan pekerjaan.

Malangnya bagi seorang aku pula selepas tempoh pengambilan atau satu-satu intake aku akan terus senyap. Ini kerana aku berpendapat setiap daripada kita ada had pada sesuatu perkara yang kita kerjakan.

Ketahuilah Kawanku (dan adik beradikku) aku tahu beban yang kau tanggug kerana terpaksa menanggung kos tambahan kerana menghubungi aku melalui SMS dan bertelefon. Jangan emosi dengan aku. 

Percayalah setiap duit yang kau keluarkan untuk aku akan membawa kebahagiaan kepadamu apatah lagi dapat mendengar suaraku yang merdu ini (cewahhhhh). Aku ini orang biasa. Bukan artis yang kau perlu dengar selalu kisahnya. Kehidupanku pada hari-hari biasa adalah sama seperti kalian. Tidak ada apa yang terlalu istimewa untuk aku update selalu. Jika aku update mungkin juga akan menjemukan kalian. Atau lebih dasyat daripada itu kau akan kata aku menunjuk-nunjuk pula. (hahahhahaha).

Teknologi dicipta untuk mendekatkan kita sesama kita. Tetapi janganlah diambil kesempatan untuk memudahkannya hingga kau lupa keindahan lain yang kau rasai terutamanya ketika kau mendengar suara merduku (perasan lagi) mengangkat telefon. Kau mungkin juga akan tertunggu-tunggu  mendengar suaraku di talian. Jangan kau lupa rasa itu.

Aku ingin juga bertanya pada kau kawanku. : Bilakah kali terakhir kau mendengar suaraku. Aku rasa dah berpuluh tahun kan? Jadi apa salahnya kau telefon aku. Tak rugi kau rugi 10 sen atau RM1 untuk mendengar suaraku. Mana tahu ini kali terakhir antara kita mendengar suara sesama kita. Siapa tahu kan :)

Kepada kau semua .. jangan kedekut dengan aku. Ingat, aku kawanmu (aku kakakmu) Apa salahnya kalau kau telefon aku seperti aku selalu buat kepadamu yang tak jemu-jemu menelefon kalian. Tak payah banyak kali sekali seminggu cukup. Kalau nak hari-hari apa salahnya. SMS sahaja. Kalau guna Tunetalk SMS rasanya kos hanya 10 sen sahaja.


Akhir kalam, duit hanya angka. Memang kita diajar berjimat. Tetapi berpada-pada. Kasih sayang lebih mahal daripada segala yang ada di dunia ini. Begitu juga kasih ku pada kalian. Besar lagi daripada sebuah telefon. 

Tuesday, November 17, 2015

Tanah, Udara, Air


pic by google

Setiap pagi pergi ke tempat kerja aku membonceng motosikal bersama en suami. Kebetulan hujan turun membasahi bumi penawar. Terus menghilangkan jerebu hilang dari pandangan mata dan kesesakan hidung.
Aku rasa bahagia. . Sejak dua hari lepas aku merasakan kenikmatan hidup peringkat tertinggi Dua hari ini aku betul-betul menghayati kesegaran pagi bersama sapaan lembut angin pagi menampar manja muka aku. Kesegaran bumi dibasahi hujan membuat jiwa jadi riang dan bahagia. Satu perasaan yang halus yang membuatkan kita bersyukur masih diberi kesempatan menghirup udara segar ini. Allah Maha Besar.
Aku sukakan bau bumi lembab dan harum tanah selepas disirami hujan. Duduk di Bandar Penawar ini mengajar aku satu perkara. Mencari bahagia memang bukan mudah. Tetapi setiap detik kecil dalam sekitaran perjalanan harian kita dapat kita nikmati jika kita tidak tergesa-gesa dalam menjalani kehidupan seharian kita. Perkara paling mudah contohnya seperti bayu pagi dua hari ini. Segar ditambah dengan sesekali bau masakan pagi oleh penghuni yang tinggal di bumi Penawar ini. Baru roti panas, bau tumisan, bau daun-daun, bau tanah, bau air yang bertakung di lopak-lopak kecil. Dan sudah tentunya kibasan embun pagi sesekali memercik dari pohon-pohon dilaluan yang aku lalui.
Sesungguhnya semakin kita berumur.. semakin kita menghargai setiap detik yang semakin pendek yang diberikan oleh Allah SWT. Mencari bahagia bukan pada duit semata-mata. Hargai perkara paling kecil dalam hidup kita yang selalunya kita tidak berikan perhatian kerana sibuk mengejar sesuatu yang berkaitan dalam kerjaya. Bukan bermakna kita memperlahankan langkah namun yang selalu tidak kita endahkan kita itu lah yang akhirnya akan mendamaikan dan membahagiakan kita.
Bahagia kena di cari. Bukan duduk tanpa berusaha. Tapi duduk sebentar akan dapat merasionalkan keadaan. Bahagia akan ada dikala kita duduk sebentar itu. Percayalah.  


Friday, October 30, 2015

Ragi Cinta

Friday 30, 2015


Setelah lama tidak menulis, aku kembali mencoretkan di blog bersawang ini. Selepas menikmati makan tengahari (yang sebenarnya sarapan pagi tadi) aku berkeyakinan dan berhajat untuk menulis.

Sebenarnya aku duduk sejenak selepas menikmati mehoon goreng. Aku duduk memikirkan keadaan diriku hari ini. Setelah 10 tahun melayari kehidupan berumahtangga aku membuat konklusi bahawa cinta itu ialah sebuat pembelajaran. Kenapa aku katakan begitu. Ini kerana sebuah hubungan tidak akan bertahan lama hanya dengan kita menyandarkan semata-mata kepada kekuatan cinta, kerana cinta ibarat sepeket yis atau ragi. Kita la perlu mengolahnya untuk menjadi sebuku roti standard (contohnya gardenia ke ) atau sepinggan pizza yang lazat. Untuk mendapatkan hasil yang nikmat itu hanya satu caranya. Cara yang paling sederhana dan murah iaitu Belajar. Belajar untuk memahami, menaakul dan menerima kekurangan dan kelemahan pasangan masing-masing dengan mengerti bahawa manusia itu banyak kekurangan. Manusia itu adalah makhluk yang lemah. Manusia akan jadi berbeza dengan ciptaan yang lain kerana kita dikurniakan dengan akal dan fikiran.

Namun, aku sedar aku juga punya kelemahan. Walaupun aku belajar namun aku masih lemah juga. Aku tidak malu mengakui aku ada kekurangan. Belajar banyak mana pun kelemahan tetap ada. Cuma mungkin kelemahan itu makin berkurangan. Andainya perjalanan hubungan ini tidak berjaya aku fikir Allah telah mengaturkan sesuatu untuk aku. Sesuatu yang tidak aku ketahui. Aku juga berfikir perjalanan dan kepayahan ini adalah satu bentuk ujian yang perlu aku jalani. Ianya telah ditetapkan untuk aku. Walaupun aku belajar untuk menanganinya, mengikut cara yang aku fikirkan sesuai dan seperti disarankan oleh manusia lain. Akhirnya aku berserah kepada Allah SWT supaya setiap keputusan aku ini datangnya terus daripadaNya, jangan sesekali keputusan ini datang daripada diriku sendiri. Takut atau tidak aku akan terus melangkah hingga nafas terakhirku yang aku sendiri juga tidak tahu bila akhirnya. 

Thursday, May 28, 2015

26 Mei 2015 – Perpisahan & Coretan Dia daripada mataku



              



  Tanggal ini memang menyedihkan bagi diriku. Berpisah dengan seorang bos yang aku sifatkan cukup prihatin dan dalam masa yang sama profesional. Mengenalinya selama 6 tahun secara peribadi dan sebagai bos di Bahagian tempat aku bekerja , kesedihan ini lebih terasa. Suasana ini sebenarnya memang aku jangka akan berlaku lebih awal lagi dari tarikh ini, memandangkan aku melihatnya sebagai bos yang berjaya. Tetapi bila ianya berlaku aku jadi sedih.

                Pada tahun 2009, aku dipindahkan ke bahagian Akademik. Sebelumnya aku bertugas di Bahagian Hal Ehwal Siswa pelajar sejak mula aku berpindah di sini pada awal tahun 2005. Waktu itu Bahagian HES dipanggil Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pada waktu itu dengan pengetahuan yang nil,  tiada pengalaman aku mula bekerja dengan team pejabat Akademik yang baru dengan 3 lagi pembantu tadbir yang lain yang juga baru kecuali seorang sahaja yang pernah menjadi pembantu pensyarah sebelum bertugas dengan kami.

                Mengenalinya secara lebih dekat, aku dapat melihat sisi lain dalam dirinya. Dalam keseriusan dan ketegasan beliau masih mampu memimpin dan membimbing aku dan pegawai lain yang hampir kesemuanya baru pada waktu itu. Dibawah pimpinan beliau kami berganding bahu cuba dan bekerja sebagai satu pasukan. Alhamdulillah beliau walaupun waktu itu beliau juga masih baru namun mampu membimbing kami dan mendidik kami juga dengan tugas yang telah dirancang oleh beliau selaras dengan permintaan organisasi kami.

                Banyak pengalaman yang aku kutip.. baik daripada segi profesional dan peribadi. Sebagai salah seorang pegawainya aku juga mempunyai hubungan yang agak rapat di luar waktu bekerja. Secara jujurnya.. sesiapa yang mengenali aku dengan baik akan tahu biasanya aku tidak rapat selepas waktu kerja dengan kawan sekerja maksud aku, aku jarang melepak atau mengeteh dengan mereka. Tetapi dengan beliau tidak. Walaupun tidak begitu rapat dengan familynya ..aku mengenali ibu, ayahnya dan dua adiknya iaitu lelaki dan seorang adik bungsu perempuan. Ayah dan ibunya aku kenali sewaktu beliau belum lagi bertugas di kolej ini. Ini kerana sekitar 2005-2007 familynya ada sebuah kedai makan.. Ibunya juga menjual kuih muih yang aku amat gemari iaitu keria yg comel dan bingka ubi yang mabeles. Seingat aku memang ramai yang membelinya hingga kadang-kadang berebut nak membeli sebab takut kehabisan.

                Bila dia mula bekerja aku fikir selepas sebulan baru aku tau makcik dan pakcik yang menjual kuih itu adalah ibubapanya. Sejak itu aku rapat dengan beliau. Ada masa kami minum petang atau keluar makan-makan atau kadangkala beliau melepak di rumah sewa aku. Kebiasaanya ketika suamiku tiada atas urusan lain. Anakkku juga rapat dengan beliau.  Selepas beliau berumahtangga, kadangkala aku dan anak diajak sama untuk bersama mereka suami isteri untuk ke Myden atau minum petang di tempat favourite kami .. mamak la apa lagi.

                Jujurnya banyak rahsiaku ditangannya. .huhuhuww. (harap dia tidak pecah rahsia hahahah). Namun mengenalinya selama 6 tahun aku tahu dia seorang yang boleh dipercayai. Dia tegas, kadangkala garang, kadang moody, tapi dia penyayang, prihatin, empati dan suka menolong orang lain. Dia tekun dan gigih bekerja. Dia mampu melaksanakan tugas yang mencabar walaupun adakala ada orang yang tidak percaya dia boleh. Dia suka berkumpul dengan orang, dia mendengar cerita orang, dia simpan cerita itu, dia boleh dipercayai. Dia mendengar sahaja. Dia tidak menghakimi. Dia sering menasihatkan (tapi dia mungkin tak sedar dia menasihati kami) supaya kami lebih objektif, tidak menghakimi orang lain dengan terus membuat keputusan tanpa menimbang terlebih dahulu dan mendapatkan kepastian.       Aku suka sikapnya. Walaupun dia lebih muda daripada aku, tetapi dia matang. Tidak dinafikan ada juga sikap manja yang hanya orang rapat yang tahu. Dia nampak seperti tiada perasaan. Tetapi sebenarnya sangat prihatin.

                6 tahun bersamanya di tempat kerja ini memang aku tahu dia akan pergi. Aku sepatutnya telah bersedia.. tapi aku masih sedih. Dalam perjalanan hidupku bekerja setakat ini 1994- 2015, hanya dua orang yang membuat aku sedih bila berpisah kerja. Yang pertama kak Faizah (nanti aku ceritakan kisahnya lain kali) yang aku kenali pada tahun 1995-1996 dan yang kedua adalah bosku yang kini akan berpisah. Kawan yang lain aku sedih juga.. tapi yang ini sangat sedey..  

                Aku tahu dia sedih. Namun ini adalah jalan kehidupan kami dan juga dia. Bertemu dan berpisah adat dalam perjalanan ini. Aku menganggap dia bukan sahaja bos, malahan secara peribadi adalah saudara yang rapat. Aku tahu dia akan lebih berjaya ditempat baru. Di mana pun beliau berada aku akan sentiasa mendoakan dalam setiap doaku kepada Allah SWT moga dia akan selalu sihat dan gembira dalam hidupnya. Aku dan rakan-rakan yang tinggal akan terus memastikan bahagian kami akan terus berjalan dengan lancar menggunakan ilmu seperti mana yang telah beliau ajar kepada kami.

                Jika dia membaca coretan aku ini, aku mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki jika ada kesalahan yang aku dan family aku lakukan samada yang disedari atau tidak. Bos tetap dalam ingatan ku. Terima kasih atas segala ilmu dan kesabaran melatih dan membimbing kami selami ini. Terima kasih L


Dicatat oleh sang pencinta yang sedang dalam kesedihan.    
  

Friday, May 22, 2015

Cuti-cuti Hujung Minggu - 16 Mei 2015

Pantai Punggai
                 Aku dan suami memutuskan untuk pergi membawa anak kami beriadah. Sementelah anak masih tidak bersekolah Agama disebabkan peperiksaan Tahap 2 yang membabitkan darjah 4, 5,6 baru saja bermula. 

                Seawal jam 11.00 pagi aku sudah memasak makanan untuk kami nikmati waktu tengahari nanti. Hanya menu simple tetapi kegemaran mereka berdua sahaja, tumis bayam, sambal sotong dan caru bakar masak lemak cili padi. Ditambah dengan desert puding koktel pemberian miss Boss semalam (semalam kami membuat potluck di office sempena potluck terakhir bersama beliau). Juga sedikit potongan buah-buah epal dan air masak untuk kami.

                  Selepas solat Zohor kami bertolak. Mereka berdua sibuk dengan barangan untuk memancing di tepi pantai. Cadangnya suami akan mengajak anak untuk melabuhkan joran di pesisir pantai. Lebih kurang 15 minit kami tiba di lokasi di Pantai Punggai. Kedudukannya agak dekat dengan sebuah chalet. Nak tau lebih lanjut boleh Google la ye.. Tapi kami bergerak ke kawasan yang agak jauh sedikit dari orang ramai.

jalan yg kami lalui ada sedikit semak samun

 

Add caption
dekat je dengan pangkin tempat kami letak barangan
ombak menggulung ke pantai

    
subhanAllah..
dari kejauhan .. gambar blurrr sikit
          

        Sangat mengujakan.. bukannya aku tak pernah pergi pun ke sini. Sebenarnya dah beberapa kali. Tetapi setiap kali masih mengujakan aku. Dengan bunyi deruan air pantai dan tiupan angin di tengahari yang sunyi namun nyaman.. sangat mempesonakan. Aku leka dalam kedamaian itu.

                Kebetulan tempat yang kami pilih itu ada bekas runtuhan pangkin yang masih boleh digunakan kayu-kayunya sebagai pengalas makanan, maka kami tidak perlu terus duduk di pantai. Dari tempat kami meletakkan makanan lebih kurang dlm 50 meter ke gigi pantai. Sementara aku sibuk menyiapkan makanan dan persediaan untuk makan, lelaki berdua itu sibuk juga memasang peralatan memancing. Yang paling sibuk sudah tentu bujangku. Dengan mulutnya yg becok asik bertanya.. itu ini.. memang riuh.. walaupun hakikatnya hanya kami bertiga yg berbentuk fizikal manusia di situ. Heheheh (makhluk aku sudah tentu tak nampak kan!).

posing sikit
bersedia

 
yg depan pandang kamera mengarah saja taunya

                Selesai kami menjamu selera.. aduiiii seronok.. anak bujangku asik cakap terima kasih mama.. terima kasih ayah bawak abg pi piknik.. dah lama kita tak makan camni kan .. aduiii.. memang betul.. lama sungguh kami bertiga tak piknik begini. Selalunya kami jika berjalan di kawasan pantai di Kota Tinggi ini kebiasaanya kami makan luar sahaja. Lebih mudah dan tak berkecah.. 

 
Dengan Bismillah dan doa kami menjamu selera
ini antara yg dimasak tadi..

                Selesai makan.. mereka kembali menyambung pancingan mereka sementara aku membaca surat khabar, membuat crossword dan melayan mata yang zzzzz……Lebih kurang jam 4.30 kami bergerak balik ke penginapan kami (heheheh rumah sebenarnya). Aku berkata kepada suamiku ‘ orang lain menghabiskan beratus ringgit untuk menikmati pemandangan ini dan datang ke sini. Kita bertiga tak habiskan pun RM20.00. Ok nikmati ye pemandangan yg aku sempat snap tadi. Gambar tak seberapa .. hanya menggunakan kamera murah dengan tiada kepandaian nak ambil foto dengan cantik. Tapi boleh la…

 

 

seorang diri di sebelah kanan
seorang diri di sebelah kiri
mula bergerak. (jenis tak reti duduk diam)

mula bosan....

Barangkali cuba menarik ikan
Pulang mari la pulang...




Begitula.. perjalanan kami pada tarikh tersebut.. percutian yg murah, mudah dan menyelesakan minda.. 

Dicatat oleh perempuan yg gumuks tapi comel hahahahha..       

Tuesday, May 19, 2015

Bila Anak Berkata-kata -Bahagian 1



Aku memang seorang yang mempunyai masalah obesiti. Yess. Tidak di nafikan obes menyumbang banyak keburukan daripada kebaikan. Yes, obes not ohsome! Walaupun ramai yang cuba menyembunyikan hakikat itu.. atau lebih daripada itu untuk menjaga hati kawan-kawan mereka akan memanggil kita dengan panggilan comel, cute.. cantik.. atau yang lebih tepat seperti perbualan seperti dibawah.
  
Kawan : cantiknya akak hari ini.
Aku     : eh hari-hari cantik la..
Kawan : tak hari ini akak cantikla.. lagi-lagi dengan warna pink sesuai betul dengan    akak..
Aku     : eh mana ada.. mana cantik.. kan akak ni gumuks..
Kawan : tak .. akak cantik. Mana ada gemuk.. badan macam akak kita panggil comel.
        
     Nampak tak… ? nampak tak permainannya di sini.. word yang aku highligtkan tu. Hehheheh.. nampak kan?
       
   Ok.. aku memang seperti seorang yang yakin diri terlebih.. hahaha (alasan kan )aku sedar aku gemuk.. dan seolah-olah tak kisah akan kegemukan ini.. tapi sebenarnya aku kisah.. lebih kisah bila doktor yang aku lawati tahun lepas menyarankan aku menurunkan berat berlebihan ni disebabkan tekanan darah aku yang tinggi dan tak mau turun. Doktor pun pada perkiraan aku dah jenuh menasihatkan aku setiap dua bulan sekali semasa aku datang untuk appointment dengan mereka di Klinik Kesihatan di tempat aku ni. Dengan tekanan darah terakhir 150/100 pada lawatan terakhir semasa bulan Februari yang lepas.. aku memang bertekad menjaga timbanganku supaya pusingan jam tersebut berhenti di satu aras yang lebih rendah daripada berat sekarang 90kg untuk ketinggian 156cm. Namun sayangnya mungkin kekurangan senaman antara faktor besar menyukarkan aku menurunkan berat badan ini.

         Asal cerita aku lebih ambil kisah mengenai berat badanku dan rupa tubuhku ialah bila anak bujangku yang berusia 8 tahun mula pandai berkata-kata.. Selama ini bukan tak de orang lain yang menasihatkan pun.. rakan baik, kawan-kawan, kenalan ehemmm org baru dikenali.terutama pakcik-pakcik pemandu teksi yang aku baru kenali sekali. Hahahhah.. nampak tak.. bukan main ramai lagi yang menyayangikku.. namun aku hanya diam dan tertawa..

          Tapi bila anak bujangku mula pandai berkata-kata.. aku memandang serius kata-katanya. Dalam hidupku dia adalah yang paling penting selain ibu bapaku. Kata-katanya hanyalah kata-kata anak yang seolah bergurau senda namun terngiang-ngiang dan semacam menjadi pendorong aku berusaha bersenam sekerap mungkin. Kebelakangan ini dia selalu berkata seperti perbualan di bawah:

Anak   : ibu abg rasa kalau ibu kurus sikit mesti ibu cantikkan..
Aku     : ibu gemuk pun  kan ibu cantik.. kan.. (dgn nada bergurau aku menjawab)
Anak   : aah memang ibu cantik.. tapi kan ari tu abg tengok gambar ibu kat kotak dalam bilik.. ibu kurus memang lagi cantik…
See,,, nampak tak permainannya. Hehehheheh..
              
        Memandangkan sebelum ini maksud aku semasa aku muda agak aktif berat mudah turun.. namun bila menjelang umur diufuk barat ini metabolisma mula kurang apatah lagi kurang bersenam.. setiap petang aku cuba mengeluarkan peluh.. dengan permulaan hanya berjalan kaki pantas di sekeliling rumah.. dan mengetuk shuttlecock badminton..walaupun ketukannya lebih banyak terbabas daripada yg kena di raket tersebut. Hahahhahahah..
         
 Benar kata orang… kerana anak kita sanggup buat apa sahaja. Kerana anak aku ingin hidup lebih lama dengan lebih menyayangi setiap inci tubuhku.. Ya. Aku belum lagi kurus.. aku masih obes.. tapi aku akan berusaha untuk ke tahap yg lebih ideal. Ya aku akan berusaha lebih menyayangi diriku. Kerana diri kita dan tubuh kita lebih berharga lebih daripada sekelompok lemak tebal yg ada pada perut, paha dan lenganku ini. Hahahahhaha..
 
Aku yakin boleh . Aku yakin boleh.. Aku yakin boleh.

Ditulis oleh si obes sang pencinta kedamaian.