Friday
30, 2015
Setelah lama tidak menulis, aku kembali
mencoretkan di blog bersawang ini. Selepas menikmati makan tengahari (yang
sebenarnya sarapan pagi tadi) aku berkeyakinan dan berhajat untuk menulis.
Sebenarnya aku duduk sejenak selepas menikmati mehoon goreng.
Aku duduk memikirkan keadaan diriku hari ini. Setelah 10 tahun melayari
kehidupan berumahtangga aku membuat konklusi bahawa cinta itu ialah sebuat
pembelajaran. Kenapa aku katakan begitu. Ini kerana sebuah hubungan tidak akan bertahan lama hanya dengan kita
menyandarkan semata-mata kepada kekuatan cinta, kerana cinta ibarat sepeket yis
atau ragi. Kita la perlu mengolahnya untuk menjadi sebuku roti standard
(contohnya gardenia ke ) atau sepinggan pizza yang lazat. Untuk mendapatkan
hasil yang nikmat itu hanya satu caranya. Cara yang paling sederhana dan murah
iaitu Belajar. Belajar untuk memahami, menaakul dan menerima kekurangan dan
kelemahan pasangan masing-masing dengan mengerti bahawa manusia itu banyak
kekurangan. Manusia itu adalah makhluk yang lemah. Manusia akan jadi berbeza
dengan ciptaan yang lain kerana kita dikurniakan dengan akal dan fikiran.
Namun, aku
sedar aku juga punya kelemahan. Walaupun aku belajar namun aku masih lemah
juga. Aku tidak malu mengakui aku ada kekurangan. Belajar banyak mana pun
kelemahan tetap ada. Cuma mungkin kelemahan itu makin berkurangan. Andainya
perjalanan hubungan ini tidak berjaya aku fikir Allah telah mengaturkan sesuatu
untuk aku. Sesuatu yang tidak aku ketahui. Aku juga berfikir perjalanan dan
kepayahan ini adalah satu bentuk ujian yang perlu aku jalani. Ianya telah
ditetapkan untuk aku. Walaupun aku belajar untuk menanganinya, mengikut cara
yang aku fikirkan sesuai dan seperti disarankan oleh manusia lain. Akhirnya aku
berserah kepada Allah SWT supaya setiap keputusan aku ini datangnya terus
daripadaNya, jangan sesekali keputusan ini datang daripada diriku sendiri. Takut
atau tidak aku akan terus melangkah hingga nafas terakhirku yang aku sendiri
juga tidak tahu bila akhirnya.