Pages - Menu

Followers

Wednesday, November 3, 2010

Perasaan

Salam, lama tidak menulis membuatkan saya kekok untuk mengatur bicara,apatah lagi teringat kata-kata kawan saya si Jana comel tentang bersawangnyanya blog saya ini.

Hari ini saya berasa sedih, sebab saya telah mengungkapkan perasaan ketidakpuasan hati saya yang terpendam selama ini kepada seseorang. Seseorang ini pula tak dpt menerima ketidakpuasanhati saya. Dia dengan seenaknya telah menuduh saya keterlaluan dan mementingkan diri.

Saya sendiri jadi keliru kenapa harus saya rasa sedih. Sepatutnya saya rasa gembira kerana telah bebas menyuarakan apa yang bertahun saya rasa. Tapi rasa gembira itu tidak wujud. kenapa? Adakah kerana saya :
1) manusia yang terlalu memikirkan hati org lain walau hati sendiri berdarah
2) manusia yg terlalu penyayang.
3) manusia yang tak serik utk sentiasa memaafkan..
4) manusia yang rela diri sendiri terkorban daripada melukakan hati org lain..

entah le...saya sendiri tak faham.

No comments: