Pages - Menu

Followers

Thursday, February 21, 2013

Almy Nadia dan secawan kopi




gambar ehsan drpd miss google:)


Salam.. khamis yang damai.. sambil menghirup secawan kopi hasil buatan tangan sendiri jenama kopi 434.. yang lazat .. panas dan menghangatkan petang yg damai ni. Sambil-sambil menjenguk blog kak fauziah di www.dapur kakjee.com... membaca kisah sicantik manis kesayangan saya si Almy Nadia.. yg mana chenta hatinya dah bertunang dgn isteri org.. Kesian Almy Nadia kan? saya suka dgn dia.. ini nanti saya cerita...lain kali je la hahhahah,,,,

Kopi nampak hitam.. ditemui pertama kali katanya di Euthopia.. bersebaran ke Yemen seawal abad ke 15. Hitam, hitam sitampuk manggis.  lagi hitam dan pekat lagi yummm.. lagi best.. Seperti petang ni kopi hitam pekat tanpa gula.. sedap sangat :)..

Saya sebenarnya baru kembali minum kopi.. rasanya bermula minum balik sejak setahun lepas berumahtangga. Sebelum itu saya tak minum kerana masalah sakit kepala keterlaluan.. migrane kata org heheh.. sejak tahun 1990 hingga 2005 saya tak boleh meminum atau terbau.. pening.. keterlaluan.

Sebenarnya sewaktu kecil saya gila kopi.. gila hingga hampas kopi pun boleh saya ratah.. apatah lagi  datuk saya ada kebun kopi yang ditanam untuk penghasilan hidup. Punca kejadian tak minum ialah pada satu hari saya cuba membuat kopi sendiri.. saya petik sendiri kopi-kopi tu, jemur dan goreng (sangai) lepas tu tumbuk kasar dan bancuh.. sebelum-sebelum itu pun jika nak minum saya buat tak de apa pun.. tapi ye la nak di kata nak jadi cerita sahaja.. hari itu..bila saya buat selepas minum saya mabuk dan mengalami sakit kepala yg dasyat hingga rasanya mau saja dicabut kepala dan diletak ke tepi atau dihentak kedinding.. selepas kejadian itu saya tobat.. terus tak minumm apatah lagi menghidu .. rasanya itu semua boleh menyebabkan kesakitan.. atau trauma? ,, tak tau la... hehhhehe

Bagaimanapun selepas 15 tahun tak minum atau lebih tepat selepas berumahtangga saya dah ok.. 
Ianya bermula apabila saya mengenali suami dan ketika bertandang kerumah bakal kakak ipar kebanyakan drpd mereka akan menghidang secawan kopi.. dari mula nak menjaga hati tuan rumah saya menyisip sedikit.. sedikit dan tadaaa. hingga kini saya ok dengan kopi..tapi tak le seteruk waktu muda.. minum secawan sewaktu minum petang dah cukup bagi saya.. tak de lagi rakus macam dulu-dulu hahahhaha... (aah yek apa kaitan dah kawin dgn minum kopi yek?) ehheheheh.

Alhamdulillah Allah bagi balik nikmat itu.. Sungguh pun begitu saya tetap berhati-hati tidak minum dgn keterlaluan.. cukup berhati-hati.. agaknya itu la org tua kata.. buat apapun berpada-pada.. jangan keterlaluan.. nanti padah menimpa.. :)...

Ada banyak org kata kopi tak bagus utk. kesihatan.. tapi ada juga saya baca kopi dapat meningkatkan lagi kepuasan hidup .. ya la mcm saya kata tadi.. apapun semuanya kena bersederhana.. sederhana lagi baik daripada ditimpa sakit mcm saya.. hehehhe

ok.. cukup hari ini.. nak sambung tengok muka Almy Nadia..yg sweet... hahahha.. kalau dia couple ngan Fizo Omar pun ok kan huhuwww.

Love by me...

No comments: