Pages - Menu

Followers

Friday, September 11, 2009

EMOSI

Hari ini hati saya sangat panas. Bak kata anak saya “ibu knapa”. Memang panas… mendidih dgn sikap kerja rakan sekerja yang saya akan panggil poyo ni. Saya telah lama bekerja dgnnya. Dah faham cara kerjanya. Dah fhm dgn sikapnya yg selalu sambil lewa dgn semua job yg diberi kpdnya. Saya cuba utk tidak selalu berfikiran negatif tentang mutu kerjanya. Tp tetap juga dia sebegitu. Tidak berubah. Maksud saya dari segi keje la…

Secara peribadi saya tak de masalah dgn dia ni. Dia baik sbg rakan . Tp saya dan kawan lain pun sering ada masalah dgn dia bila bab keje. Saya juga bukan le seorang yg sempurna, Saya pun ada buat silap dan sering ditegur oleh atasan saya,. Tp sbg pekerja saya selalu percaya kita kena sentiasa baiki keje kita. Walaupun kita keje lama atau dah biasa buat sesuatu keje tu , kita tetap akan ada juga salah sbb rasa tak puas hati kita sbg manusia.

Yang selalu buat saya panas hati ialah sikap sambil lewa nya itu menyebabkan ramai org susah. Dah tu plak suka lepaskan semua ‘taik’ yang dia dah buat tu diselesaikan oleh org lain. Dia dengan muka sardine buat mcm tak terlibat langsung dgn masalah tu. Bila ada ‘client’ marah atau bising-bising dia senang tolak masalah itu kpd jabatan lain. Hemmmm kenapalah makhluk ni tak serik2.

Ini masalah org yang tak mahu berubah, berubah dari kurang baik kepada baik atau lebih baik. Hem entahla… kalau difikirkan lagi mendlm boleh pecah kepala. Ikut hati yg busuk nihh mau saja ditampar-tamparkan.

Astagfirullahalazim… ampunkanlah dosaku ya Rahman. Kau bukakanlah hati kawanku ini untuk berubah. Berubah sikap kepada yang lebih baik. .Ya tuhanku kau bantulah aku menjadi insan yang selalu berfikiran baik dgn semua orang. Amin…

No comments: