Pages - Menu

Followers

Friday, September 11, 2009

SOLAT

Apa itu solat? Dalam bahasa yang mudah solat adalah doa iaitu doa dpd kita manusia kpd Allah SWT., Dari segi fiqah ialah beberapa perkataan dan perbuatan disertai dengan niat, dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dgn salam.


Solat adalah salah satu perkara dalam rukun islam yang lima itu. 1) mengucap dua kalimah syahadat 2) melaksanakan solat 5 waktu sehari semalam 3) membayar zakat 4) melaksanakan puasa 5)menunaikan haji bagi yang mampu. Jadi perkara ke dua ini sangat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Sebab ini juga yang membezakan kita dengan orang yang beragama lain dari Islam. Merujuk kepada firman Allah dalam surah al-Nisa 4:103”….maka dirikanlah solat(yang menjadi tiang agama), sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya”.

Apa yang saya tahu dari pembelajaran saya di sekolah agama dulu, ustaz kata solat itu wajib. Dan itu lah yang saya pegang hingga kini. Meninggalkannya berdosa. Masuk neraka. Sewaktu kecil dulu memang takut betul jika disebutkan tentang neraka. Jadi sewaktu saya berumur 8 tahun di darjah satu sekolah agama (dulu sekolah agama lambat setahun iaitu jika kita darjah dua sekolah kebangsaan baru masuk sekolah agama darjah satu)balik je dari sekolah terus minta mak minta belikan telekung. Saya ingat lagi saya cakap kat mak ‘”Mak along mulai ari ni nak sembahyang cukup 5 waktu sebab nak masuk syurga”. Mak senyum je dengar saya cakap. Agaknya dalam hatinya mesti cakap ‘sejuk perut aku yang mengandungkan anak ku nih’. Heheh

Pada pendapat saya Cikgu agama saya dulu memang sangat berjasa betul dalam kehidupan saya ini. Selain emak ngan bapa dua orang cikgu di peringkat awal kehidupan saya ini memang mempunyai kesan paling mendalam. Dua org cikgu disekolah agama yang saya ingat namanya sebagai cikgu bakri dan cikgu ishak. Entah mana la sekarang dua orang cikgu ini.hemm apa jenis muridla saya ini. HehhehehJ Ingat lagi kata-katanya siapa yang rajin sembahyang sudah tentu masuk syurga. Masuk syurga itu best ada macam-macam. Boleh dapat apa saja jika kita solat cukup 5 waktu. Heeheh bayangkan masa budak fikiran pun singkat terus balik umah bersemangat nak belajo solat.

Tapi saya juga masih sering tertinggal solat walau setiap hari selepas solat subuh saya berdoa supaya hari itu tidak ada solat yang ditinggalkan. Cuai betul saya, padahal solat itu jika dikerjakan paling lama pun 10minit. Tetapi itu la hemm….


Hari ini saya ingin menulis tentang solat. Ini rentetan dari ceramah yang saya hadiri pada hari Rabu ( 26/8/09 ). Majlis ilmu ini dianjurkan oleh Kelab Kakitangan INSTEDT. Berlangsung di Bilik Kuliah bermula jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Sonkreng Imam di Masjid Bandar Penawar. Ceramah ini bertajuk Kesempurnaan Solat.
Ceramah ini ringkas sahaja isinya. Tetapi penyampaian ustaz yang begitu bersahaja dengan sedikit kejawaan begitu memikat hati saya untuk terus ikut dalam majlis ilmu ini. Apa yang dibentangkan juga yang telah kita semua pelajari semasa kita bersekolah agama dari darjah satu hingga darjah khas, iaitu tentang asas kita sebagai muslim iaitu solat.


Apa syarat nak lakukan solat. Mudah je. Yang wajib mestila i) orang itu islam, ii)baligh (pempuan ikut kebiasaan 9 tahun, lelaki 15 tahun atau jika dah mimpi-mimpi hingga keluar air mani tu ehem-ehem faham-faham je la tu tandanya dah baligh. HehheheJ wajib solat la.. iii)berakal iv)suci dari hadas kecil dan besar v)suci badan, pakaian dan tempat dari najis vi) tahu mana rukun mana sunat vii) tutup aurat viii) tahu dan yakin masuk waktu solat x)mengadp kiblat. Mudahkan….


Then apa rukun solat ha… yang ini panjang skit…ada 13 rukunnya. Kalau nak gi pejabat agama masa nak buat mohon nikah, ustaz kat situ musti Tanya soalan nih..
· Yang penting niat nak solat tuh…niat la nak solat apa zuhur ke asar ke… ,
· kemudian berdiri bagi yang boleh / kuasa. Jika tak ble berdiri ada peraturannya.
· Takbiratulihram atau bahasa mudah kena angkat takbir Allahu akbar
· Baca surah fatihah
· Rukuk dgn tuma’ninah’
· iktidal dgn tuma’ninah’
· Sujud dgn tuma’ninah’
· Duduk antara dua sujud dgn tuma’ninah’
· Duduk tasyahud akhir (tahyat) dgn tuma’ninah’
· Baca tasyahud akhir
· Baca selawat Nabi pada tasyahud akhir
· Baca salam yang pertama
· Tertib atau berturut-turut.


Mudahkan.. tapi dlm rukun yang mudah ini sebenarnya kita nak cari kesempurnaan solat itu lah yang menjadi intipatinya. Ibarat kita bekerja di kilang atau di mana saja bidang kualiti itu yang paling penting.Jika kita solat tapi hati kita masih tidak hadir dengan khusyuk nya pun sukar juga nak capai kesempurnaan.
Ini yang selalu jadi impian saya. Solat 5 waktu tanpa ada yang bolong diantaranya dan sempuna. Ini lah impian terbesar dalam hidup saya yang masih belum saya capai lagi. Jika org lain mimpikan kekayaan, hidup senang, duit banyak tapi saya Cuma ini.. Cuma ini saya inginkan dalam hidup saya, kerana saya sedar hidup didunia Cuma sementara, sekejap Cuma yang kekal disana,.. tanpa bekalan yang cukup apakah saya layak untuk berjumpa dengan pencipta kita semua.

No comments: