Pages - Menu

Followers

Monday, July 12, 2010

HUJUNG MINGGU YANG PADAT (Sabtu)

Saya cuba memaksa diri untuk menulis di ruang sesawang ini walau sebaris ayat. Saya tidak ingin lagi bertangguh kerana byk yang perlu dicatat supaya detik manis dan pahit tidak terlupakan.

Sabtu lepas selepas jam 1 petang saya bergegas pulang ke Johor Bahru kerana perlu menghadiri kenduri aruah selepas magrib dirumah abg ipar. Besarnya kuasa Allah SWT, sewaktu saya bertolak dari Bandar Penawar cuaca panas dan berangin saja. Tapi selepas memasuki jalan ke sungai mas.. hujan terus turun dengan lebatnya sehingga menyukarkan pandangan utk melihat ke jalanraya. ini berterusan hingga ke jb.

Setibanya di the store berhadapan dgn carefour saya minta suami berhenti sekejap kerana nak mencari makanan. hehhe tapi pada masa yang sama sempat singgah ke pasaraya dan mencari pakaian anak. kata orang menyelam sambil minum air. Saya sempat membeli 2 pasang seluar, 3 helai baju dan waktu membayar...uerkk.. hampir RM150.00 mak aiiii.. mahalnya semua barang-barang anak-anak ini. Rupanya yg saya tak sedari ialah diskaun yang diberi hanya utk pemegang kad the store... hehheh nasib le anak oii. memang rezeki anak..

selepas itu, jam 4.30 petang kami singgah ke klinik Aman di Desa rahmat, berdekatan dengan plaza angsana utk bawa hero kami yang demam. Saya suka ke klinik ini sebab ubatnya serasi dengan hero sorang itu. Dr yang bertugas pelik melihat anak saya yang sangat aktif walau sebenarnya dia demam yang sangat panas! Biasala.. anak-anak...jenis aktif bukan dikiranya badan demam atau tak.

Tamat cerita di klinik tersebut, kami bergegas ke kedai gunting rambut, di Batu 5, ini pun sebab si Firman nak gunting rambut...'ibu, lepas ni kita gunting rambut yek'! kata dia... apa lagi saya dan ayahnya bergegas terus pergi .. bukan senang nak dpt momen seperti ini... nak gunting rambut macam nak potong kepala si kecik ni..

Jam 6.30 petang dah bertolak ke Johor jaya .. uikkk malunya semua kakak ipar dah siap masak.. saya je yg dtg berlenggang.. ..Alhamdulillah ramai yang datang ... tapi kami tetap rasa kehilangan..

Rasa hening.. dan memandang rumah abg ipar seolah-olah bayangan aruah masih ada lagi. kalau bab tersasul panggil nama usah disebut.. sentiasa je.. semua makcik-makciknya pun sama..

Ya Allah cucuri rahmat ke atasnya .. Pelihara dia dalam dakapanMU.

No comments: