Pages - Menu

Followers

Monday, January 24, 2011

Selamat Pengantin Baru

Sabtu (22/1/11), lepas saya ke Kluang meraikan kawan baik yang menikah pada sebelah malamnya. Cik Gee akhirnya telah sah menjadi isteri kepada En Meor. Sebak pun ada terharu pun ada melihat keceriaan diwajahnya usai majlis pernikahan. Saya pandang suami, suami pandang saya. Macam tak sangka pulak akhir Cik Gee dah jadi isteri orang. Barangkali krn kami berdua telah kenal dia agak lama iaitu lebih kurang 4 tahun maka perasaan sebak tu ada, Barangkali juga krn lepas ini dia telah menjadi isteri org dan kurang masa bersama kami sekeluarga. Juga krn kisah percintaan dia yg selama ini tak menjadi.Syukur kepada Allah menemukan dia dgn jodoh yang baik. Insyallah yang akan menjadikan dia isteri terbaik dan menyayangi beliau sepenuh hati.

Cik Gee sebenarnya rapat dgn saya, suami dan anak. Bukan dia sahaja, malah ada 4 orang sebenarnya iaitu cik sinah, Pn sue, cik ain dan Pn tiara & family. Malah anak saya amat rapat dgn cik gee dan kakak sinah, sehingga satu hari dia ckp kpd saya "ibu abg nak kawin ngan cik Gee'.Kami tergelak besar bila dengar anak bercakap begitu.

Sebenarnya tempoh pertunangan dia dan suaminya juga tak lama. Saya sendiri juga sempat terperanjat campur syukur bila dia memberitahu nak bertunang. Begitu byk kedukaan dlm perhubungan akhirnya dia menemukan lelaki yg secocok dan menerima dia apa adanya.

Begitulah ketentutan Allah SWT, setelah begitu lama hidup dlm kekecewaan akhirnya detik kemanisan dikecapi. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Sabar dan tawakal adalah hadiah terbaik untuk hidup.

Saya amat bersyukur dpt mengenali Gee dan familynya. Juga terima kasih krn hadir dlm hidup kami selama ini.





No comments: