Pages - Menu

Followers

Wednesday, February 16, 2011

Cuti hujung Minggu

Sabtu lepas selepas waktu kerja tamat kira-kira jam 1.oo petang saya, suami dan anak pergi berjalan ke bandar kota tinggi. heheh walaupun saya duduk di Bandar Penawar ini, saya jarang turun ke bandar kota, sebabnya bandar kota pada hujung minggu ramai orang..

kami turun sebenarnya hanya memenuhi selera anak yang ingin sangat nak makan pizza. Sebenarnya dah seminggu lebih dia asik bercakap tentang perkara ini, tapi saya buat tak dengar je. hehhehe. Jadi dgn penuh rasa tak sabarnya dan gembira si anak ini membuatkan kami juga teruja juga nak makan pizza... (ibunya pun tumpang semangkuk le)

Anak saya ini memang tak reti duduk diam, jadi dia asik menegur semua pelayan yang ada,hingga membuat keadaan jadi hingar jugala.. selesai membuat pesanan.. kami pun mula makan.. dan dia....... cuma makan tak sampai dua suap pun pizza kepunyaanya. hemmmm .. sambil makan saya terfikir.. sebenarnya anak saya mungkin bosan asik duduk di rumah .. jadi dia nak berjalan kot..

Anak saya sebenarnya daripada kecil duduk di rumah pengasuh sejak berumur 7 hari.. dan dia duduk daripada jam 8.15 pagi hingga 5.15 petang.. 5 hari seminggu dan pada hari sabtu 1/2 hari. setiap hari apabila bangun daripada tidur dia akan bertanya
"ibu hari nak cuti tak?" dan saya akan menjawab " hari ini kerja lagi la sayang.." dia akan menyambung lagi " ala.. hari ini cuti la..." saya akan jawab lagi " kerja la sayang" dan akhirnya dia akan menangis...

Setiap hari saya akan pergi kerja dengan perasaan bersalah.. dan rasa ralat kerana tak dapat nak menghabiskan masa yang lebih kepada anak. .. dan terfikir pula adakah semua ibu-ibu begini yek?

Dalam kehidupan dunia hari ini yang penuh dengan bermacam kehendak.. jika tak bekerja alamat tak berasap la dapor.. tak kan nak bergantung dengan suami pula sepenuhnya.. sudahlah dia juga banyak tanggungan.. tapi setiap hari juga rasa bersalah tetap tak hilang.. Hidup kini begitu kompleks.. walaupun sebenarnya bagi diri saya sendiri cukup dengan apa yang ada.. tapi bila ada anak.. keperluan akan bertambah dengan kehendak anak.. kerana mereka belum memahami beza antara keperluan dan kehendak dalam kehidupan.

Begitulah kehidupan ini.. susah hati atau tidak hidup tetap juga perlu diteruskan.. moga Allah SWT merahmati kehidupan saya dan sentiasa dipandu ke arah jalan yang benar dan lurus.



muka tak sabo dan penuh gembira...semasa dlm perjalanan



tak reti duduk diam.....



seronoknya....



yum..yum mana nihh tak sampai....



huhuww.... ibu.....

maaf gambo pizza tak sempat nak diambil sebab ibunya sudah lapar dan terlupa nak snap gambo. hehehheh

No comments: