Hari
ini dah 12 Syawal. Hari Jumaat, Penghulu hari. Pagi-pagi dah pekena sekeping
roti canai.. yg mabeles sedap. Beli kat kafe kolej. Cicah dengan sambal tumis..
lembut saja. Macam buatan rumah. Tambah rezeki lagi..Puan Bos (Manager) bawak
pulak pizza buatan sendiri.. cembat jugak sepotong.. Pagi tadi sebelum
tinggalkan rumah sempat masak jugak nasi goreng ikan masin cendawan .. eh makan
jugak.. kiranya dah siap makan tengahari sekali la nih.. (rasa-rasa banyak
kalori dan kolesterol heheheh).
Alhamdulillah.. memang benar, rezeki ada
dimana-mana. Aku selalu percaya sesusah mana pun mesti ada lorongan rezeki
untuk kita yang diberikan oleh Allah SWT setiap hari. Rezeki itu juga bukan
setakat nasi , air dan makan minum.. rezeki itu luas merangkumi semua aspek..
kesihatan yang baik, rumah tangga yang aman, anak-anak yang mendengar kata,
pekerjaan seharian yang mudah..kemudahan kita untuk menjalankan kewajipan yang
5 waktu, juga rezeki.. besar maknanya rezeki itu.
Ada
seorang yang ku jumpai dalam perjalanan kehidupanku.. yang sering saja datang
atau bertemu saja dengan muka aku akan mengeluh dan setiap hari mengeluarkan
keluh kesahnya tentang semua kesusahan hidupnya. Seingat aku dari mula aku
kenal dia… memang dia akan sentiasa akan mengeluh akan semua benda.. akan semua
ketidakpuasan hatinya kepada semua benda.. dan setiap hari juga telinga aku ni
mendengar kata-katanya. .. sehingga suatu hari aku menegur dia kerana telah
tidak tahan lagi dengan sikap negatifnya. Sayangnya teguran aku itu telah
menyebabkan dia berkecil hati dan menjauhkan diri daripada aku.. yang paling
sadis dia mencari orang lain lalu mengaibkan aku pulak yang selama
bertahun-tahun mendengar keluh kesahnya.. Mulanya aku kesal.. tapi lama
kelamaan aku memutuskan untuk tidak memperdulikan dia lagi malah memaafkan
dia.. Aku mengambil keputusan untuk tidak mahu hidup lagi dengan orang yang
sentiasa berfikiran negatif. Aku ingin hidup dalam suasana dan aura positif.
Aku percaya sesusah mana pun kita ini harus sentiasa bersangka baik kepada
Allah SWT dan makhluk ciptaanNya . Kerana apabila kita positif maka semua yang
baik-baik saja datang kepada kita.
Aku
tidak nafikan dalam kehidupanku juga ada saat yang paling teruk.. ada masa aku
patah semangat, marah.. dan geram pada semua benda.. namun cepat-cepat aku
bangkit.. tidak mahu duduk dalam cahaya kegelapan.. aku percaya sinar terang
sentiasa ada asal saja kita tidak putus harap dan sentiasa berdoa kepada Allah
SWT agar mempermudahkan kehidupanku ini.
Segala puji bagi Allah yang
mencipta sekalian Alam dan diriku juga. Alhamdulillah…
Selamat hari raya maaf zahir
batin.:)
No comments:
Post a Comment