Huhu dasat tajuk hari ini kan?..
hari ini nak bercerita tentang ‘bulu’ yang hensem.. bulu ni sebenarnya kucing
jiran sebelah.. tapi dah macam kucing kami pulak.. ini lah peneman anak aku
bila kami pergi bekerja .. kawan gaduh aku .. Bulu ni kucing ustazah sebelah
rumah aku.. rumah kami yang dekat ni memudahkan dia ulang-alik ke rumah tuannya
dan rumah kami.
Bulu
ni kalau kategori kucing jantan kat lorong ni.. kira dia paling hensem la..
satu yang paling best dia ni pandai ambil hati.. kalau kita marah.. pandai dia
rendahkan diri dan buat muka kesian dia.. lagi-lagi kalau dia dah buat salah..
lagi la dia konon nya memujuk.. tapi kalau kita marah dia tanpa sebab dia akan merajuk
dan tak mau datang hehehhe.. ye la merajuk konon..
Yang
lucunya kalau kami ternampak dia pi berjalan kerumah orang lain.. kami melaung
je nama dia .. dengar suara kami dia akan mencecet lagi balik ke rumah ..
hehehehhe. Macam tau je itu nama dia..
Kenapa
namanya bulu?.. aku pun tak tau sebabnya.. anak jiran tu panggil dia bulu ..
jadi kami panggil dia juga bulu.. kadang-kadang kelakar sangat tengok bulu..
bila kami balik kerja dia akan berlari-lari datang kerumah kami.. macam
budak-budak kalau tengok mak bapa balik kerja.. sekejap lagi tuannya balik
pulak ..dia lari pulak ke rumah tuannya..tak sampai 5 minit dah terjengul balik
ke rumah kami.. hehehhe.. tau la dia kejap lagi dia nak makan la tuhh..
Setiap
hari kami bagi dia makan.. seminggu sekali makan mewah iaitu terdiri daripada
isi perut ikan, kepala ikan yang aku siang dan rebus.. dan 2 kali seminggu aku
bagi makan ikan bilis (untuk tujuan kuatkan bulu dia) kadang-kadang aku lenyek
nasi tu dengan labu boleh gitu.. hari lain berganti-ganti antara nasi dan
makanan kucing.
Alhamdulillah..
makin murah rezeki kami dengan bagi dia makanan.. sekarang ni dah ada
girlfriend dia tumpang makan jugak.. dan beberapa kucing lain.. tapi bulu
sorang yang dapat masuk rumah dan bebas keluar masuk.. kadang-kadang nampak dia
berlagak jugak kat yang lain heheheheh..
Esok-esok cerita pasal bulu.. ada banyak kisah tentang dia.. lagi kaletahnya buat menghilangkan lelah seharian bekerja.Ok ...:)
No comments:
Post a Comment