Pages - Menu

Followers

Thursday, August 14, 2014

KACA ITU CERMIN


thanks mr google :)

          Semalam lebih kurang jam 2.00 petang aku bergegas ke bilik air untuk melepaskan hajat yang tersimpan sejak pagi. Aku bercadang juga selepas itu nak menuju ke bilik ‘ Jalan ke Syurga’. Semasa keluar daripada bilik kerja ku.. aku melalui sekumpulan pelajar yang juga berjalan beriringan denganku juga menuju tangga yang sama tujuan dengan ku. Dihadapanku juga ada 3 orang berjalan secara beratur. Aku tersenyum melihat mereka. Tak tertahan diriku dengan kelakuan mereka yang melihat kesebelah kiri menjeling cermin papan kenyatan yang banyak bergantungan di sepanjang dinding menuju tangga itu. Mulanya aku tertanya-tanya apa yang dijeling.. sambil aku menjeling apa yang mereka lihat di cermin –cermin tersebut. Agak kehairanan kerana mereka tidak pun berhenti membaca segala mak nenek notis yang tertampal tetapi terus berjalan secara perlahan dengan kepala dihalakan kecermin tersebut.. agak lama berjalan baru la ku bersuara menegur mereka.. Selepas mendengar teguranku terus 3 orang tersebut dan rakan-rakan mereka yang duduk ketawa besar dan mengejek kawan mereka.


thanks mr google :)
     

   Nak tahu apa mereka buat.. mereka sebenarnya memandang cermin, menelek diri, merapikan diri.. tudung, mekap dengan cara yang paling anggun, cara yang paling sopan dan paling cantik.. cara ini juga cara melihat diri, melirik tanpa org lain tau.. Cara ini aku rasa cara yang paling selalu dibuat oleh orang perempuan termasuk diri aku. Hahahahha..




            





    Hampir kesemua kita orang perempuan memang pantang nampak cermin.. atau apa-apa kaca termasuk apa saja yang boleh memantulkan wajah kita mesti kita akan telek .. mesti nak berkaca. Mesti nak tengok diri kita.. Besarnya fungsi kaca dan cermin. Satu ketika dahulu semasa aku bekerja di INSTEDT, di Johor Bahru, setiap pembantu tadbir digalakkan selalu bercermin. Ada satu cermin diletakkan dibelakang pintu bilik atau dibelakang kaunter penyambut tetamu. Kami digalakkan tersenyum, bercakap dengan cermin, berlatih untuk menajamkan kemahiran.. termasuk semasa menjawab panggilan telefon. Yang ini memang semua pembantu tadbir dilatih bercakap sambil angkat ganggang telefon dan tersenyum didepan cermin. Sampai sekarang walaupun aku sudah tidak duduk di Kaunter reception dan telah ada meja kerja sendiri. Didepanku tetap ada cermin untuk aku berkaca. Dan aku masih juga mengangkat ganggang telefon sambil menjeling ke cermin untuk memastikan aku bercakap dengan orang di seberang sana yang berurusan denganku melalui telefon tahu aku sedang memandang muka mereka sambil tersenyum.. 

                Itu la fungsinya mengapa semua perempuan perlu melihat cermin. Bukan sekadar untuk untuk ‘touch up’ atau tenyeh lipstik, maskara, eye liner or eyeshadow ia besar maknanya bagi kami orang perempuan. Cermin dan berkaca untuk menilik diri bagaimana kita sepatutnya kita berurusan dengan orang lain sewaktu kita bekerja atau tidak. Samada waktu itu kita gembira, kita sedih.. kita harus kelihatan bersedia untuk berurusan dengan insan yang bernama manusia.

P/S: jangan tak tahu orang lelaki yang aku kenali juga selalu menilik diri mereka di kaca cermin . ..yang aku tahu dia nak tengok bulu hidung dia terkeluar atau tak hahahahahhah..  
Yang paling penting setiap kali tengok cermin baca doa di bawah :)
Sekian.

 

Tuesday, August 12, 2014

Bulu Yang Berbulu!



Huhu dasat tajuk hari ini kan?.. hari ini nak bercerita tentang ‘bulu’ yang hensem.. bulu ni sebenarnya kucing jiran sebelah.. tapi dah macam kucing kami pulak.. ini lah peneman anak aku bila kami pergi bekerja .. kawan gaduh aku .. Bulu ni kucing ustazah sebelah rumah aku.. rumah kami yang dekat ni memudahkan dia ulang-alik ke rumah tuannya dan rumah kami.

                Bulu ni kalau kategori kucing jantan kat lorong ni.. kira dia paling hensem la.. satu yang paling best dia ni pandai ambil hati.. kalau kita marah.. pandai dia rendahkan diri dan buat muka kesian dia.. lagi-lagi kalau dia dah buat salah.. lagi la dia konon nya memujuk.. tapi kalau kita marah dia tanpa sebab dia akan merajuk dan tak mau datang hehehhe.. ye la merajuk konon..


 
                Yang lucunya kalau kami ternampak dia pi berjalan kerumah orang lain.. kami melaung je nama dia .. dengar suara kami dia akan mencecet lagi balik ke rumah .. hehehehhe. Macam tau je itu nama dia..

                Kenapa namanya bulu?.. aku pun tak tau sebabnya.. anak jiran tu panggil dia bulu .. jadi kami panggil dia juga bulu.. kadang-kadang kelakar sangat tengok bulu.. bila kami balik kerja dia akan berlari-lari datang kerumah kami.. macam budak-budak kalau tengok mak bapa balik kerja.. sekejap lagi tuannya balik pulak ..dia lari pulak ke rumah tuannya..tak sampai 5 minit dah terjengul balik ke rumah kami.. hehehhe.. tau la dia kejap lagi dia nak makan la tuhh..


                 Setiap hari kami bagi dia makan.. seminggu sekali makan mewah iaitu terdiri daripada isi perut ikan, kepala ikan yang aku siang dan rebus.. dan 2 kali seminggu aku bagi makan ikan bilis (untuk tujuan kuatkan bulu dia) kadang-kadang aku lenyek nasi tu dengan labu boleh gitu.. hari lain berganti-ganti antara nasi dan makanan kucing.

                Alhamdulillah.. makin murah rezeki kami dengan bagi dia makanan.. sekarang ni dah ada girlfriend dia tumpang makan jugak.. dan beberapa kucing lain.. tapi bulu sorang yang dapat masuk rumah dan bebas keluar masuk.. kadang-kadang nampak dia berlagak jugak kat yang lain heheheheh..
Esok-esok cerita pasal bulu.. ada banyak kisah tentang dia.. lagi kaletahnya buat menghilangkan lelah seharian bekerja.


Ok ...:)

Friday, August 8, 2014

Antara Roti canai, pizza, Nasi Goreng



                Hari ini dah 12 Syawal. Hari Jumaat, Penghulu hari. Pagi-pagi dah pekena sekeping roti canai.. yg mabeles sedap. Beli kat kafe kolej. Cicah dengan sambal tumis.. lembut saja. Macam buatan rumah. Tambah rezeki lagi..Puan Bos (Manager) bawak pulak pizza buatan sendiri.. cembat jugak sepotong.. Pagi tadi sebelum tinggalkan rumah sempat masak jugak nasi goreng ikan masin cendawan .. eh makan jugak.. kiranya dah siap makan tengahari sekali la nih.. (rasa-rasa banyak kalori dan kolesterol heheheh).
                 Alhamdulillah.. memang benar, rezeki ada dimana-mana. Aku selalu percaya sesusah mana pun mesti ada lorongan rezeki untuk kita yang diberikan oleh Allah SWT setiap hari. Rezeki itu juga bukan setakat nasi , air dan makan minum.. rezeki itu luas merangkumi semua aspek.. kesihatan yang baik, rumah tangga yang aman, anak-anak yang mendengar kata, pekerjaan seharian yang mudah..kemudahan kita untuk menjalankan kewajipan yang 5 waktu, juga rezeki.. besar maknanya rezeki itu.
                Ada seorang yang ku jumpai dalam perjalanan kehidupanku.. yang sering saja datang atau bertemu saja dengan muka aku akan mengeluh dan setiap hari mengeluarkan keluh kesahnya tentang semua kesusahan hidupnya. Seingat aku dari mula aku kenal dia… memang dia akan sentiasa akan mengeluh akan semua benda.. akan semua ketidakpuasan hatinya kepada semua benda.. dan setiap hari juga telinga aku ni mendengar kata-katanya. .. sehingga suatu hari aku menegur dia kerana telah tidak tahan lagi dengan sikap negatifnya. Sayangnya teguran aku itu telah menyebabkan dia berkecil hati dan menjauhkan diri daripada aku.. yang paling sadis dia mencari orang lain lalu mengaibkan aku pulak yang selama bertahun-tahun mendengar keluh kesahnya.. Mulanya aku kesal.. tapi lama kelamaan aku memutuskan untuk tidak memperdulikan dia lagi malah memaafkan dia.. Aku mengambil keputusan untuk tidak mahu hidup lagi dengan orang yang sentiasa berfikiran negatif. Aku ingin hidup dalam suasana dan aura positif. Aku percaya sesusah mana pun kita ini harus sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT dan makhluk ciptaanNya . Kerana apabila kita positif maka semua yang baik-baik saja datang kepada kita.
                Aku tidak nafikan dalam kehidupanku juga ada saat yang paling teruk.. ada masa aku patah semangat, marah.. dan geram pada semua benda.. namun cepat-cepat aku bangkit.. tidak mahu duduk dalam cahaya kegelapan.. aku percaya sinar terang sentiasa ada asal saja kita tidak putus harap dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT   agar mempermudahkan kehidupanku ini.
Segala puji bagi Allah yang mencipta sekalian Alam dan diriku juga. Alhamdulillah…
Selamat hari raya maaf zahir batin.:)