Pages - Menu

Followers

Thursday, November 4, 2010

perasaan 2

Salam,
hari ini saya cuba menulis lagi... Seorang kawan baik sedang mengalami masalah. Masalah rumahtangga yang kronik. Masalah yang hampir setahun cuba diselesaikan oleh dirinya. Saya antara kawan dia yang tahu mengenainya.

Apa yang ingin saya kongsikan disini bukanlah mengenai cerita tentang dirinya, tetapi tentang masalah yang sama yang dihadapi oleh semua orang yang berumahtangga iaitu mengenai cinta yang hilang dari hati dikalangan pasangan suami isteri. Mengikut bacaan dari media cetak, peratusan perceraian di kalangan pasangan meningkat dari tahun ke tahun. Isu ini boleh dikatakan isu nasional. Kenapa? Sebabnya ini adalah kaitan dengan masalah sosial yang boleh menghancurkan kemerdekaan negara. mesti awk semua kata uiii tak kan begitu sekali?

Ya , itu adalah hakikat. Daripada kes ini lah berlakunya masalah sosial yang lain, kecelaruan hati, membunuh diri, depresi, minum arak, pengambilan dadah dikalangan anak-anak yang menjadi mangsa perceraian , sehingga ada pula manusia yang telah tiba keperingkat membunuh diri dan bermacam lagi. Astagfirullah... bgitu sekali kuatnya penangan bercerai berai ini.

Sedia maklum, kebanyakan daripada kita memulakan rumahtangga dengan perasaan cinta antara kita dan pasangan. sebilangan pula diatur oleh keluarga, sementara sebilangan kecil 'terpaksa' berumahtangga. Cinta menjadi paksi kebanyakan kita dewasa ini. Maksud saya pada abad ini.

Setelah cinta berputik proses merisik, bertunang, hantar belanja, akad nikah, dan seterusnya majlis resepsi. begitulah kebiasaannya proses ke arah rumahtangga. Seterusnya debaran malam pertama, debaran menunggu isteri hamil, debaran tunggu isteri melahirkan, debaran tunggu anak yang telah lahir membesar dgn sihat, debaran tunggu anak melalui proses remaja, debaran tunggu anak pula memasuki fasa spt kita waktu mula-mula nak kahwin.

Begitu byk debaran yang kita lalui dlm mengharungi rumahtangga, tiba-tiba kita atau pasangan 'lost' or hilang rasa cinta terhadap satu sama lain. Lalu tanpa sedar atau tidak kita mengikuti ego atau keinginan kita sehingga kita lupa debaran-debaran serta kehangatan cinta yang pernah wujud dlm dir i kita. Percikan cinta yang menyala padam seiring dgn zaman atau tahun yang berganti. Disinilah yg saya ingin mencari dan mengetahui kenapa ianya berlaku. Mungkin alasan yang klise spt artis selalu kata 'dah tak jodoh' or 'kami dah tak sefahaman, or kami berbeza pendapat or lain-lain 'reason'.

Saya terfikir tidak bolehkah lagi kita cuba menggali dlm diri kita ini perasaan itu lagi. perasaan yang hangat yang pernah wujud dlm jiwa kita terhadap pasangan kita. Adakah kita atau mrk telah teralu lelah utk mencuba lagi, sedangkan bertahun kita menahan debaran-debaran dlm alam rumahtangga?

Apa yang berlaku jika perpisahan terjadi anak menjadi taruhan, direbut oleh dua pihak, atau diabaikan oleh sebelah pihak. Anak pula dipersimpangan krn keduanya adalah ibubapanya. Sedar tak sedar bukan nasib kita yang diperjudikan tetapi nasib anak yang menjadi 'buah' yang kita tolak kesana sini. Jika anak membesar menjadi org yang dpt berbakti kpd org tua, bangsa dan agama boleh kita kata alhamdulillah tetapi bagaimana jika sebaliknya? Ohh.. sungguh rugi kita kehilangan pewaris bangsa kita, bakal peneraju negara dan agama kita.

Penat berfikir akhirnya saya membuat kesimpulan: inilah kehidupan sesuatu itu telah diatur oleh yang maha Esa. Apa yang saya pasti walau kita rasa kehancuran rumahtangga itu sesuatu yang buruk, sebenarnya ada hikmah di hadapan yang telah disediakan oleh Allah utk kita hambanya.

Ya Allah yang memegang hati ku dan hati-hati yang lain, kuatkanlah hati-hati kami ini dalam menjalankan perintahmu terutama dalam meladeni kehidupan berumahtangga. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai ibadah kami terhadapmu. Hanya keredhaanMu kami inginkan. Amin.

Wednesday, November 3, 2010

Perasaan

Salam, lama tidak menulis membuatkan saya kekok untuk mengatur bicara,apatah lagi teringat kata-kata kawan saya si Jana comel tentang bersawangnyanya blog saya ini.

Hari ini saya berasa sedih, sebab saya telah mengungkapkan perasaan ketidakpuasan hati saya yang terpendam selama ini kepada seseorang. Seseorang ini pula tak dpt menerima ketidakpuasanhati saya. Dia dengan seenaknya telah menuduh saya keterlaluan dan mementingkan diri.

Saya sendiri jadi keliru kenapa harus saya rasa sedih. Sepatutnya saya rasa gembira kerana telah bebas menyuarakan apa yang bertahun saya rasa. Tapi rasa gembira itu tidak wujud. kenapa? Adakah kerana saya :
1) manusia yang terlalu memikirkan hati org lain walau hati sendiri berdarah
2) manusia yg terlalu penyayang.
3) manusia yang tak serik utk sentiasa memaafkan..
4) manusia yang rela diri sendiri terkorban daripada melukakan hati org lain..

entah le...saya sendiri tak faham.