Pages - Menu

Followers

Tuesday, November 17, 2015

Tanah, Udara, Air


pic by google

Setiap pagi pergi ke tempat kerja aku membonceng motosikal bersama en suami. Kebetulan hujan turun membasahi bumi penawar. Terus menghilangkan jerebu hilang dari pandangan mata dan kesesakan hidung.
Aku rasa bahagia. . Sejak dua hari lepas aku merasakan kenikmatan hidup peringkat tertinggi Dua hari ini aku betul-betul menghayati kesegaran pagi bersama sapaan lembut angin pagi menampar manja muka aku. Kesegaran bumi dibasahi hujan membuat jiwa jadi riang dan bahagia. Satu perasaan yang halus yang membuatkan kita bersyukur masih diberi kesempatan menghirup udara segar ini. Allah Maha Besar.
Aku sukakan bau bumi lembab dan harum tanah selepas disirami hujan. Duduk di Bandar Penawar ini mengajar aku satu perkara. Mencari bahagia memang bukan mudah. Tetapi setiap detik kecil dalam sekitaran perjalanan harian kita dapat kita nikmati jika kita tidak tergesa-gesa dalam menjalani kehidupan seharian kita. Perkara paling mudah contohnya seperti bayu pagi dua hari ini. Segar ditambah dengan sesekali bau masakan pagi oleh penghuni yang tinggal di bumi Penawar ini. Baru roti panas, bau tumisan, bau daun-daun, bau tanah, bau air yang bertakung di lopak-lopak kecil. Dan sudah tentunya kibasan embun pagi sesekali memercik dari pohon-pohon dilaluan yang aku lalui.
Sesungguhnya semakin kita berumur.. semakin kita menghargai setiap detik yang semakin pendek yang diberikan oleh Allah SWT. Mencari bahagia bukan pada duit semata-mata. Hargai perkara paling kecil dalam hidup kita yang selalunya kita tidak berikan perhatian kerana sibuk mengejar sesuatu yang berkaitan dalam kerjaya. Bukan bermakna kita memperlahankan langkah namun yang selalu tidak kita endahkan kita itu lah yang akhirnya akan mendamaikan dan membahagiakan kita.
Bahagia kena di cari. Bukan duduk tanpa berusaha. Tapi duduk sebentar akan dapat merasionalkan keadaan. Bahagia akan ada dikala kita duduk sebentar itu. Percayalah.