Pages - Menu

Followers

Saturday, February 26, 2011

RUMAH OH RUMAH

Salam sabtu...

Pagi ini saya nak menulis tentang rumah. Saya duduk di Bandar Penawar ini lebih kurang 5 tahun. Bermula akhir tahun 2004 hingga kini. Saya telah tinggal di rumah yang saya sewa sekarang sejak penghujung tahun 2006 iaitu selepas setahun menyewa di dalam blok asrama pelajar ditempat saya bekerja.

Waktu mula-mula nak duduk di luar dari asrama tersebut saya dan suami berpusing satu bandar penawar mencari rumah utk disewa. Waktu itu banyak rumah tapi apabila ditanya pada pemiliknya dikatakan tidak mahu disewakan.. atau jiran akan mereka akan kata owner rumah tidak dapat di kesan..

Alhamdulillah saya dapat juga menyewa rumah dengan harga RM300 sebulan. 3 bilik, satu bilik air, rumah yang luas siap ada porch kereta lagi.. 2 pohon mempelam, ciku, kelapa, sukun, pisang, rambutan, dan sepohon cempedak yg tak pernah berbuah hingga kini. Syukur pada Allah dapatlah saya memulakan hidup dan tak lama pula selepas itu dikurniakan anak.. bertambah-tambah nikmat tuhan kepada saya sekeluarga.

Selepas setahun , owner rumah yg saya duduki itu mula menaikkan sewa. Ini berikutan pada tahun 2008 pelajar tempat saya bekerja mula ramai dan mereka mula mencari rumah luar utk disewa. Jadi pada waktu itu, ramai pemilik rumah tiba-tiba ada pula dan mula merenovate rumah.. dan seterusnya anda boleh bayangkan mereka mula berlumba-lumba menaikkan sewa.. Rumah yang pada mulanya disewa pada kadar yg murah telah jadi RM500.00 sebulan..Anda bayangkan setahun dah berapa? bayaran setahun dikumpulkan dah boleh jika buat deposit rumah. Nak tak nak terpaksa juga disewa.. sebab rumah lain pun begitu juga.

Segala kerosakan saya tanggung sendiri, belum lagi potong rumput, bil air, bil elektrik, bil bumbung rosak, bil betulkan bilik air, bil cat mengecat, bil fius rosak atau meletup..Pendek kata saya buat rumah yang saya sewa spt rumah saya sendiri.. Itu pun dibandingkan kawan-kawan lain saya dikira masih bernasib baik,
ada kawan yang menyewa rumah 2 bilik harga sewa pun dha RM450.00. Itu belum lagi kerosakan dan sebagainya..

Waktu ini disini ada juga penduduk yang menjual rumah, tapi harganya ya Ampun.. utk sebuah rumah atap merah rumah 3 bilik tidur dan 2 bilik air pun dijual hampir RM200,000.. Atap biru lain rega.. hemmmm..

Dalam pada itu Desaru Utama juga ada membuat jualan utk rumah.. tapi harganya.. Sungguh bagi gaji seperti saya memang perit utk membayar loan..apabila malam menjelma saya selalu terfikir.. tak de ke menteri-menteri yang duk dipilih itu memikirkan tentang perkara ini.. perkara tentang harga rumah yang tinggi naik mencana-canak. Hari itu ada dalam bajet yang lepas tentang rumah , tentang loan bagi pekerja yang mendapat pendapatan bawah RM3000, tapi jika rega rumah ini mencanak-canak bila la kami rakyat nak dapat beli sebiji rumah.

Tolongla.pak menteri tengok le naseb kami ini...tolong tengok harga rumah ini...kami juga rakyat di negara ini yang ingin punya harta sendiri. Saya takut akhir nanti rumah yang ada di tanah air kami lebih ramai org luar yang beli dari kami yang lahir dan mati di tanah kami ini. Akhirnya kami jadi penyewa seumur hidup sementara org luar menjadikan tanah air kami spt tanah tumpah darah mereka pula....

Dengar-dengarlah suara kami ini.. Pilihanraya dah nak dekat tak kan baru nak datang tengok kami ini..

hermm emosi la pulak,.,,,,

Thursday, February 24, 2011

Cuti Hujung Minggu 2

Bila sedang rajin banyak pulak yang nak dikongsikan... 20 Mac lepas.. saya ke Tanjung Sedili, sebab dah janji dengan si kecil saya nak main 'flying disk' kat tepi pantai... janjinya nak pergi awal pagi tapi kami bertolak kira-kira jam 10.30 pagi..perjalanan lebih kurang dlm 1 jam dari Bandar Penawar......kalau laju kereta lebih kurang 45 minit la.. dekat je...






Sebelum pergi sempat singgah juga di Hentian Penawar membeli makanan dan buah-buahan utk bekal dan makan2 di sana nanti..





Sampai disana (di jambatan Sedili kecil) dlm jam 11.30 pagi.. dah ramai juga orang di sekitar pantai yang agak bersepah dengan daun, batang kayu dan segala macam..Kebanyakan yang ada ditepi pantai memancing sambil makan,..Disitu ada 2 family yang lain pemancing solo dan kawan2.







Si kecil saya yang happy dapat pergi memancing... betul-betul suka dpt keluar berjln... mengekori ayahnya dan asik bercakap tak berhenti-henti bertanya itu dan ini kpd ayahnya...



bekalan makanan,,ada yang dibeli dan ada yg dibawa daripada rumah,






si kecil dgn flying disknya. Juga gambar ikan yg kami jumpa mati terbiar ditepi pantai..si kecil kata kesian ikan ini sejuk ibu.. siapala yang pancing dan buang begitu saja...













Si ayah yg mengajar anak berayun dibuai.. tapi ayah yang lebih...si kecil yg asik mau bergambar dan suruh ibu ambil dia membuat posing dan siibu pun tak mahu kalah juga...





sempat singgah ke sedili besar.. saja berjln.. disini ada Tanjung Sutera Beach Resort... tp tak sempat nak ambek gambar...







memancing lagi... kali ini diatas jambatann.. nasib baik le tak byk kenderaan.. (MEMANCING DI ATAS JAMBATAN TIDAK BOLEH SEBENARNYA)

Sebelum pulang saya sempat menghubungi pengasuh anak yg kebetulan nak menghantar anaknya di Sedili dan kami sekeluarga ke rumah ibu mentuanya bersama satu plastik ikan .. tapi ikan itu sebenarnya saya beli dari penjual ikan di kawasan itu hehehhe... Akhirnya selepas jam 8.30 mlm setelah perut kenyang kami pulang ke Penawar semula..hehheh perghh penat.. kenyang.. dan yg penting heppiii...

Cuti Hujung Minggu 1

Salam, sebenarnya dah dua minggu perkara ini berlaku, tapi baru hari ini ada kesempatan nak memasukkan kedlm blog bersawang ini..

Tempohari 12 Mac lepas, kira-kira jam 3.30 petang Bos tempat saya bekerja menelefon saya dan mengajak saya utk sama-sama ikut dia memancing. Saya pada mulanya tak berapa rasa nak pergi, tapi bila melihatkan kegianan (ada ke istilah ini)suami nak memancing saya menyetujui rancangan itu.

Jadi kira-kira pukul 4.30 petang saya sampai di Sebana Golf & Marina Resort, tak jauh dari rumah saya lebih kurang 1/2 jam perjalanan dengan kereta sahaja, menuju ke bot kepunyaan bos saya...

Paling gumbira dah tentunya si kecil saya dan ayahnya.. ibunya tumpang sekaki la.. kan. hehheh.. kat sini saya tepek beberapa gambar yg saya sempat ambil utk tatapan kita hehhe.. tapi minta maaf le gambar tuhh dari hand set jadi tak berapa la cantek sangat kan....







Tengok si kecil dan ayahnya yang ceria dan tak sabar nak pergi memancing..





ruangan dalam bot....




View yang menarik dan syahdu..





Gambar tuan punya blog yang tak mahu gambarnya di rakam dan dua orang antara anak mereka yang saya pernah jaga sewaktu kecilnya...





Persiapan memancing, aksi si kecil yang berangan dan antara ikan yang dapat dipancing...





Sekitar gambar menarik (perasan)hehheh tuan punya blog dan partner serta anak


Terima kasih kepada tuan punya bot sekeluarga yang sudi mengajak saya, suami dan anak utk turut sama dalam percutian pendek dihujung minggu..