Pages - Menu

Followers

Thursday, August 14, 2014

KACA ITU CERMIN


thanks mr google :)

          Semalam lebih kurang jam 2.00 petang aku bergegas ke bilik air untuk melepaskan hajat yang tersimpan sejak pagi. Aku bercadang juga selepas itu nak menuju ke bilik ‘ Jalan ke Syurga’. Semasa keluar daripada bilik kerja ku.. aku melalui sekumpulan pelajar yang juga berjalan beriringan denganku juga menuju tangga yang sama tujuan dengan ku. Dihadapanku juga ada 3 orang berjalan secara beratur. Aku tersenyum melihat mereka. Tak tertahan diriku dengan kelakuan mereka yang melihat kesebelah kiri menjeling cermin papan kenyatan yang banyak bergantungan di sepanjang dinding menuju tangga itu. Mulanya aku tertanya-tanya apa yang dijeling.. sambil aku menjeling apa yang mereka lihat di cermin –cermin tersebut. Agak kehairanan kerana mereka tidak pun berhenti membaca segala mak nenek notis yang tertampal tetapi terus berjalan secara perlahan dengan kepala dihalakan kecermin tersebut.. agak lama berjalan baru la ku bersuara menegur mereka.. Selepas mendengar teguranku terus 3 orang tersebut dan rakan-rakan mereka yang duduk ketawa besar dan mengejek kawan mereka.


thanks mr google :)
     

   Nak tahu apa mereka buat.. mereka sebenarnya memandang cermin, menelek diri, merapikan diri.. tudung, mekap dengan cara yang paling anggun, cara yang paling sopan dan paling cantik.. cara ini juga cara melihat diri, melirik tanpa org lain tau.. Cara ini aku rasa cara yang paling selalu dibuat oleh orang perempuan termasuk diri aku. Hahahahha..




            





    Hampir kesemua kita orang perempuan memang pantang nampak cermin.. atau apa-apa kaca termasuk apa saja yang boleh memantulkan wajah kita mesti kita akan telek .. mesti nak berkaca. Mesti nak tengok diri kita.. Besarnya fungsi kaca dan cermin. Satu ketika dahulu semasa aku bekerja di INSTEDT, di Johor Bahru, setiap pembantu tadbir digalakkan selalu bercermin. Ada satu cermin diletakkan dibelakang pintu bilik atau dibelakang kaunter penyambut tetamu. Kami digalakkan tersenyum, bercakap dengan cermin, berlatih untuk menajamkan kemahiran.. termasuk semasa menjawab panggilan telefon. Yang ini memang semua pembantu tadbir dilatih bercakap sambil angkat ganggang telefon dan tersenyum didepan cermin. Sampai sekarang walaupun aku sudah tidak duduk di Kaunter reception dan telah ada meja kerja sendiri. Didepanku tetap ada cermin untuk aku berkaca. Dan aku masih juga mengangkat ganggang telefon sambil menjeling ke cermin untuk memastikan aku bercakap dengan orang di seberang sana yang berurusan denganku melalui telefon tahu aku sedang memandang muka mereka sambil tersenyum.. 

                Itu la fungsinya mengapa semua perempuan perlu melihat cermin. Bukan sekadar untuk untuk ‘touch up’ atau tenyeh lipstik, maskara, eye liner or eyeshadow ia besar maknanya bagi kami orang perempuan. Cermin dan berkaca untuk menilik diri bagaimana kita sepatutnya kita berurusan dengan orang lain sewaktu kita bekerja atau tidak. Samada waktu itu kita gembira, kita sedih.. kita harus kelihatan bersedia untuk berurusan dengan insan yang bernama manusia.

P/S: jangan tak tahu orang lelaki yang aku kenali juga selalu menilik diri mereka di kaca cermin . ..yang aku tahu dia nak tengok bulu hidung dia terkeluar atau tak hahahahahhah..  
Yang paling penting setiap kali tengok cermin baca doa di bawah :)
Sekian.