Pages - Menu

Followers

Tuesday, September 29, 2009

Selamat Kembali Bertugas (Isnin 28 Sept 2009)


Tak sabar!! itulah ungkapan utk diri saya kembali bekerja setelah 8 hari bercuti hari raya. Pengalaman cuti raya pada entri lain akan saya ceritakan.

Hari isnin semalam la tuhh, rasa rindu betul dgn meja saya yg byk kertas tuhh hehhehe... dengan bunga keladi saya, dengan bos saya yang masih gadis tuhh dan cik lagi, pada kawan-kawan sebilik kami yang kecil dan yang paling penting saya rindukan kebisingan pelajar yang selalu buat otak saya sesak.

Rupanya ramai lagi teman sekerja yang masih belum pulang bekerja. Ada yang sakit.. ada yang baru nak mula ambil cuti, ada yang tak dpt tiket.. bermacam ragam.. Dengarnya si Fazil tak dpt tiket. Dengarnya si Ela masuk spital.Nak bersalin kot... tapi rasanya baru nak masuk 7 bulan..si Azleen baru naik kerja ari ini...dan ramai student belom balik lagi ni rasanya.. sebab mcm kurang meriah je....

Hari ini nak tepek gambo ngan boyfriend kecik saya.. utk semua kekawan yg sudi singgah selamat bekerja... Utk bos besar.. Selamat diatas pertunangan anak Tuan. Maafla tak dpt dtg tempohari.. maklum baru nak beraya rumah mentua...
Cerita lain akan menyusul nanti... jumpa lagi







Friday, September 18, 2009

Ampun Dan Maaf Sempena Syawal Pada 20 Sept 2009



Saya Siti Azizah bt Sadikon, Suami Maarof bin Abu Bakar dan Anak Muhammad Nur Firman memohon ampun dan maaf, zahir dan batin, andai sepanjang perkenalan kita semua ada terguris hati dan rasa, tercubit, tersentuh, terambil, termakan, terminum. Mohon dihalalkan segala yang pernah diberikan oleh anda semua sahabat dan kenalan tersayang. Terima kasih atas kasih sayang anda semua kepada kami sekeluarga.



SELAMAT HARI RAYA , 1 SYAWAL 1430



Bermula esok adalah hari cuti sempena Hari Raya bermula di INSTEDT. Tetapi hari ini sunyi betul. Telah ramai kakitangan yang pulang ke kampung. Di bahagian Akademik terutama di bilik Pentadbiran Akademik masih penuh lagi dengan manusia. Cik Pengurus Akademik yang jelita Cik Darrena masih ada, cik azie yang bakal menamatkan musim 'cik'nya masih bertungkus lumus membuat surat amaran kpd pelajar yang tak hadir, cik haiza yg seksi juga masih ada, dan yang pasti pn Siti yg gemuk tapi cun masih lagi tabah menjalani kehidupan sbg pekerja. hehehhe.
Cuti bermula 19hb adalah cuti yang diberi oleh kolej ditambah satu hari lagi pada hari rabu iaitu 23hb Sept 2009. Terima kasih la bos sebab bagi cuti...Dan terima kasih la bagi bonus.. alhamdulillah. Boleh buat belanja raya.
Saya sendiri hari ini seikhlas hati mengaku bahawa dah tak de 'mood' nak kerja krn hati saya telah berada jauh di kampung hehhe walaupun kampung tu cuma berada di Benut sahaja. Tunggulah kepulangan ku Kampung Permatang Duku!!!. Tak sabar nak beraya di kampung . Tahun lepas saya beraya di sebelah suami. Balik kg juga. Tapi kg suami berada di bandar. Jauh le bezanya raya di kg sendiri yang memang betul-betul kampung.
Saya sedih juga pada hari ini sebab banyak kuih yang ditempah belum dapat ditangan. Nampak gaya kena le beli kuih lain diperjalanan balik nanti untuk mak tercinta. Apa pulak kata mak andai saya balik berlenggang punggung saya yg memang beso nihh... ..
Untuk semua yang sudi membaca blog saya ini, saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf, zahir dan batin, halalkan makan minum, ampunkan segala dosa termasuk tutur kata dan perilaku yang mungkin menyinggung hati, samada perbuatan itu disengajakan atau tidak, tersurat atau tersirat. Yang pastinya yang buruk itu datangnya dari khilaf saya sendiri.
Saya juga telah memaafkan semua kenalan-kenalan, sahabat-sahabat, rakan akrab, samada yang hidup atau yang telah mati, berada di Malaysia atau diluar negara, kerana saya sedar bahawa memaafkan adalah langkah terbaik bagi merawat kelukaan hati.
Kepada yang pulang ke kampung halaman berhati-hati di jalan raya, memandu dgn berhemah dan sampaikan salam buat keluarga terutama orang tua.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Friday, September 11, 2009

EMOSI

Hari ini hati saya sangat panas. Bak kata anak saya “ibu knapa”. Memang panas… mendidih dgn sikap kerja rakan sekerja yang saya akan panggil poyo ni. Saya telah lama bekerja dgnnya. Dah faham cara kerjanya. Dah fhm dgn sikapnya yg selalu sambil lewa dgn semua job yg diberi kpdnya. Saya cuba utk tidak selalu berfikiran negatif tentang mutu kerjanya. Tp tetap juga dia sebegitu. Tidak berubah. Maksud saya dari segi keje la…

Secara peribadi saya tak de masalah dgn dia ni. Dia baik sbg rakan . Tp saya dan kawan lain pun sering ada masalah dgn dia bila bab keje. Saya juga bukan le seorang yg sempurna, Saya pun ada buat silap dan sering ditegur oleh atasan saya,. Tp sbg pekerja saya selalu percaya kita kena sentiasa baiki keje kita. Walaupun kita keje lama atau dah biasa buat sesuatu keje tu , kita tetap akan ada juga salah sbb rasa tak puas hati kita sbg manusia.

Yang selalu buat saya panas hati ialah sikap sambil lewa nya itu menyebabkan ramai org susah. Dah tu plak suka lepaskan semua ‘taik’ yang dia dah buat tu diselesaikan oleh org lain. Dia dengan muka sardine buat mcm tak terlibat langsung dgn masalah tu. Bila ada ‘client’ marah atau bising-bising dia senang tolak masalah itu kpd jabatan lain. Hemmmm kenapalah makhluk ni tak serik2.

Ini masalah org yang tak mahu berubah, berubah dari kurang baik kepada baik atau lebih baik. Hem entahla… kalau difikirkan lagi mendlm boleh pecah kepala. Ikut hati yg busuk nihh mau saja ditampar-tamparkan.

Astagfirullahalazim… ampunkanlah dosaku ya Rahman. Kau bukakanlah hati kawanku ini untuk berubah. Berubah sikap kepada yang lebih baik. .Ya tuhanku kau bantulah aku menjadi insan yang selalu berfikiran baik dgn semua orang. Amin…

SOLAT

Apa itu solat? Dalam bahasa yang mudah solat adalah doa iaitu doa dpd kita manusia kpd Allah SWT., Dari segi fiqah ialah beberapa perkataan dan perbuatan disertai dengan niat, dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dgn salam.


Solat adalah salah satu perkara dalam rukun islam yang lima itu. 1) mengucap dua kalimah syahadat 2) melaksanakan solat 5 waktu sehari semalam 3) membayar zakat 4) melaksanakan puasa 5)menunaikan haji bagi yang mampu. Jadi perkara ke dua ini sangat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Sebab ini juga yang membezakan kita dengan orang yang beragama lain dari Islam. Merujuk kepada firman Allah dalam surah al-Nisa 4:103”….maka dirikanlah solat(yang menjadi tiang agama), sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya”.

Apa yang saya tahu dari pembelajaran saya di sekolah agama dulu, ustaz kata solat itu wajib. Dan itu lah yang saya pegang hingga kini. Meninggalkannya berdosa. Masuk neraka. Sewaktu kecil dulu memang takut betul jika disebutkan tentang neraka. Jadi sewaktu saya berumur 8 tahun di darjah satu sekolah agama (dulu sekolah agama lambat setahun iaitu jika kita darjah dua sekolah kebangsaan baru masuk sekolah agama darjah satu)balik je dari sekolah terus minta mak minta belikan telekung. Saya ingat lagi saya cakap kat mak ‘”Mak along mulai ari ni nak sembahyang cukup 5 waktu sebab nak masuk syurga”. Mak senyum je dengar saya cakap. Agaknya dalam hatinya mesti cakap ‘sejuk perut aku yang mengandungkan anak ku nih’. Heheh

Pada pendapat saya Cikgu agama saya dulu memang sangat berjasa betul dalam kehidupan saya ini. Selain emak ngan bapa dua orang cikgu di peringkat awal kehidupan saya ini memang mempunyai kesan paling mendalam. Dua org cikgu disekolah agama yang saya ingat namanya sebagai cikgu bakri dan cikgu ishak. Entah mana la sekarang dua orang cikgu ini.hemm apa jenis muridla saya ini. HehhehehJ Ingat lagi kata-katanya siapa yang rajin sembahyang sudah tentu masuk syurga. Masuk syurga itu best ada macam-macam. Boleh dapat apa saja jika kita solat cukup 5 waktu. Heeheh bayangkan masa budak fikiran pun singkat terus balik umah bersemangat nak belajo solat.

Tapi saya juga masih sering tertinggal solat walau setiap hari selepas solat subuh saya berdoa supaya hari itu tidak ada solat yang ditinggalkan. Cuai betul saya, padahal solat itu jika dikerjakan paling lama pun 10minit. Tetapi itu la hemm….


Hari ini saya ingin menulis tentang solat. Ini rentetan dari ceramah yang saya hadiri pada hari Rabu ( 26/8/09 ). Majlis ilmu ini dianjurkan oleh Kelab Kakitangan INSTEDT. Berlangsung di Bilik Kuliah bermula jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Sonkreng Imam di Masjid Bandar Penawar. Ceramah ini bertajuk Kesempurnaan Solat.
Ceramah ini ringkas sahaja isinya. Tetapi penyampaian ustaz yang begitu bersahaja dengan sedikit kejawaan begitu memikat hati saya untuk terus ikut dalam majlis ilmu ini. Apa yang dibentangkan juga yang telah kita semua pelajari semasa kita bersekolah agama dari darjah satu hingga darjah khas, iaitu tentang asas kita sebagai muslim iaitu solat.


Apa syarat nak lakukan solat. Mudah je. Yang wajib mestila i) orang itu islam, ii)baligh (pempuan ikut kebiasaan 9 tahun, lelaki 15 tahun atau jika dah mimpi-mimpi hingga keluar air mani tu ehem-ehem faham-faham je la tu tandanya dah baligh. HehheheJ wajib solat la.. iii)berakal iv)suci dari hadas kecil dan besar v)suci badan, pakaian dan tempat dari najis vi) tahu mana rukun mana sunat vii) tutup aurat viii) tahu dan yakin masuk waktu solat x)mengadp kiblat. Mudahkan….


Then apa rukun solat ha… yang ini panjang skit…ada 13 rukunnya. Kalau nak gi pejabat agama masa nak buat mohon nikah, ustaz kat situ musti Tanya soalan nih..
· Yang penting niat nak solat tuh…niat la nak solat apa zuhur ke asar ke… ,
· kemudian berdiri bagi yang boleh / kuasa. Jika tak ble berdiri ada peraturannya.
· Takbiratulihram atau bahasa mudah kena angkat takbir Allahu akbar
· Baca surah fatihah
· Rukuk dgn tuma’ninah’
· iktidal dgn tuma’ninah’
· Sujud dgn tuma’ninah’
· Duduk antara dua sujud dgn tuma’ninah’
· Duduk tasyahud akhir (tahyat) dgn tuma’ninah’
· Baca tasyahud akhir
· Baca selawat Nabi pada tasyahud akhir
· Baca salam yang pertama
· Tertib atau berturut-turut.


Mudahkan.. tapi dlm rukun yang mudah ini sebenarnya kita nak cari kesempurnaan solat itu lah yang menjadi intipatinya. Ibarat kita bekerja di kilang atau di mana saja bidang kualiti itu yang paling penting.Jika kita solat tapi hati kita masih tidak hadir dengan khusyuk nya pun sukar juga nak capai kesempurnaan.
Ini yang selalu jadi impian saya. Solat 5 waktu tanpa ada yang bolong diantaranya dan sempuna. Ini lah impian terbesar dalam hidup saya yang masih belum saya capai lagi. Jika org lain mimpikan kekayaan, hidup senang, duit banyak tapi saya Cuma ini.. Cuma ini saya inginkan dalam hidup saya, kerana saya sedar hidup didunia Cuma sementara, sekejap Cuma yang kekal disana,.. tanpa bekalan yang cukup apakah saya layak untuk berjumpa dengan pencipta kita semua.