Pages - Menu

Followers

Thursday, May 28, 2015

26 Mei 2015 – Perpisahan & Coretan Dia daripada mataku



              



  Tanggal ini memang menyedihkan bagi diriku. Berpisah dengan seorang bos yang aku sifatkan cukup prihatin dan dalam masa yang sama profesional. Mengenalinya selama 6 tahun secara peribadi dan sebagai bos di Bahagian tempat aku bekerja , kesedihan ini lebih terasa. Suasana ini sebenarnya memang aku jangka akan berlaku lebih awal lagi dari tarikh ini, memandangkan aku melihatnya sebagai bos yang berjaya. Tetapi bila ianya berlaku aku jadi sedih.

                Pada tahun 2009, aku dipindahkan ke bahagian Akademik. Sebelumnya aku bertugas di Bahagian Hal Ehwal Siswa pelajar sejak mula aku berpindah di sini pada awal tahun 2005. Waktu itu Bahagian HES dipanggil Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pada waktu itu dengan pengetahuan yang nil,  tiada pengalaman aku mula bekerja dengan team pejabat Akademik yang baru dengan 3 lagi pembantu tadbir yang lain yang juga baru kecuali seorang sahaja yang pernah menjadi pembantu pensyarah sebelum bertugas dengan kami.

                Mengenalinya secara lebih dekat, aku dapat melihat sisi lain dalam dirinya. Dalam keseriusan dan ketegasan beliau masih mampu memimpin dan membimbing aku dan pegawai lain yang hampir kesemuanya baru pada waktu itu. Dibawah pimpinan beliau kami berganding bahu cuba dan bekerja sebagai satu pasukan. Alhamdulillah beliau walaupun waktu itu beliau juga masih baru namun mampu membimbing kami dan mendidik kami juga dengan tugas yang telah dirancang oleh beliau selaras dengan permintaan organisasi kami.

                Banyak pengalaman yang aku kutip.. baik daripada segi profesional dan peribadi. Sebagai salah seorang pegawainya aku juga mempunyai hubungan yang agak rapat di luar waktu bekerja. Secara jujurnya.. sesiapa yang mengenali aku dengan baik akan tahu biasanya aku tidak rapat selepas waktu kerja dengan kawan sekerja maksud aku, aku jarang melepak atau mengeteh dengan mereka. Tetapi dengan beliau tidak. Walaupun tidak begitu rapat dengan familynya ..aku mengenali ibu, ayahnya dan dua adiknya iaitu lelaki dan seorang adik bungsu perempuan. Ayah dan ibunya aku kenali sewaktu beliau belum lagi bertugas di kolej ini. Ini kerana sekitar 2005-2007 familynya ada sebuah kedai makan.. Ibunya juga menjual kuih muih yang aku amat gemari iaitu keria yg comel dan bingka ubi yang mabeles. Seingat aku memang ramai yang membelinya hingga kadang-kadang berebut nak membeli sebab takut kehabisan.

                Bila dia mula bekerja aku fikir selepas sebulan baru aku tau makcik dan pakcik yang menjual kuih itu adalah ibubapanya. Sejak itu aku rapat dengan beliau. Ada masa kami minum petang atau keluar makan-makan atau kadangkala beliau melepak di rumah sewa aku. Kebiasaanya ketika suamiku tiada atas urusan lain. Anakkku juga rapat dengan beliau.  Selepas beliau berumahtangga, kadangkala aku dan anak diajak sama untuk bersama mereka suami isteri untuk ke Myden atau minum petang di tempat favourite kami .. mamak la apa lagi.

                Jujurnya banyak rahsiaku ditangannya. .huhuhuww. (harap dia tidak pecah rahsia hahahah). Namun mengenalinya selama 6 tahun aku tahu dia seorang yang boleh dipercayai. Dia tegas, kadangkala garang, kadang moody, tapi dia penyayang, prihatin, empati dan suka menolong orang lain. Dia tekun dan gigih bekerja. Dia mampu melaksanakan tugas yang mencabar walaupun adakala ada orang yang tidak percaya dia boleh. Dia suka berkumpul dengan orang, dia mendengar cerita orang, dia simpan cerita itu, dia boleh dipercayai. Dia mendengar sahaja. Dia tidak menghakimi. Dia sering menasihatkan (tapi dia mungkin tak sedar dia menasihati kami) supaya kami lebih objektif, tidak menghakimi orang lain dengan terus membuat keputusan tanpa menimbang terlebih dahulu dan mendapatkan kepastian.       Aku suka sikapnya. Walaupun dia lebih muda daripada aku, tetapi dia matang. Tidak dinafikan ada juga sikap manja yang hanya orang rapat yang tahu. Dia nampak seperti tiada perasaan. Tetapi sebenarnya sangat prihatin.

                6 tahun bersamanya di tempat kerja ini memang aku tahu dia akan pergi. Aku sepatutnya telah bersedia.. tapi aku masih sedih. Dalam perjalanan hidupku bekerja setakat ini 1994- 2015, hanya dua orang yang membuat aku sedih bila berpisah kerja. Yang pertama kak Faizah (nanti aku ceritakan kisahnya lain kali) yang aku kenali pada tahun 1995-1996 dan yang kedua adalah bosku yang kini akan berpisah. Kawan yang lain aku sedih juga.. tapi yang ini sangat sedey..  

                Aku tahu dia sedih. Namun ini adalah jalan kehidupan kami dan juga dia. Bertemu dan berpisah adat dalam perjalanan ini. Aku menganggap dia bukan sahaja bos, malahan secara peribadi adalah saudara yang rapat. Aku tahu dia akan lebih berjaya ditempat baru. Di mana pun beliau berada aku akan sentiasa mendoakan dalam setiap doaku kepada Allah SWT moga dia akan selalu sihat dan gembira dalam hidupnya. Aku dan rakan-rakan yang tinggal akan terus memastikan bahagian kami akan terus berjalan dengan lancar menggunakan ilmu seperti mana yang telah beliau ajar kepada kami.

                Jika dia membaca coretan aku ini, aku mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki jika ada kesalahan yang aku dan family aku lakukan samada yang disedari atau tidak. Bos tetap dalam ingatan ku. Terima kasih atas segala ilmu dan kesabaran melatih dan membimbing kami selami ini. Terima kasih L


Dicatat oleh sang pencinta yang sedang dalam kesedihan.