Pages - Menu

Followers

Tuesday, October 18, 2011

Keperluan Rumah Dan Tanga

Tajuk apa nih.. musti itu semua yg kenkawan fikir kan..betul kan ;)

Ok hari ini saya nak menulis tentang keperluan rumah tangga.. apa tuhh.. uiksss. Ini sebenarnya tentang keperluan utk dapur rumah tangga anda.spt. periuk , kuali, pengukus, periuk nasi, pinggan mangkuk.. dan sebagainya…

Pernah tak anda semua secara jujurnya berfikir tentang keperluan rumah tangga sewaktu kita mula nak berkahwin dulu. Rasanya ramai diantara kita tak terfikir pun mengenai perkara ini.. kalau ada pun segelintir kecil dikalangan kita aje. Kalau ada pun yg berfikir mesti yg menyentuh barangan yg bersifat elektrikal spt peti sejuk, mesin basuh, periuk nasi elektrik, tv dan yg seangkatannya..

Rasanya ramai yg tak terfikir pun mengenai perkara ini. Agaknya boleh dibilang dengan jari. Apatah lagi nak memikirkan tentang sudu, garfu, cawan, gelas dan segala macam pernak pernik yg nampak kecil tapi sangat penting dlm kehidupan kita selepas berumah dan tangga nih.

Saya pula jujurnya tergolong dalam golongan kecil yg berfikir mengenai hal-hal ini. Tapi tidak pula saya berfikir secara mendalam sangat. Cuma sewaktu belum berkahwin (zaman muda mudi bersukaria dan gila-gila) saya telah mula mengumpul sedikit keperluan rumah tangga. Contohnya sewaktu bujang lagi saya telah ada pinggan mangkuk, cawan, gelas sudu,garfu kuali. Tapi pinggan mangkuk ini tidak la berjenama vantage atau corelle atau arcopal . Hanya jenama dari negeri China yg boleh dibeli dgn harga yang murah. Selain daripada itu, saya juga telah membeli peti sejuk, periuk nasi, peti tv, almari, kipas dan katil dan berbagai lagi utk kemudahan hidup bujang,

Waktu saya membeli barangan ini, mak saya bising kerana katanya nak buat apa membeli barangan waktu bujang.. susah kalau nak pindah randah nanti.. beli je waktu dah kawin … tapi biasala.. saya kan anak yg degil ..esyyy saya beli juga. Ini kerana pada fikiran saya semua ini utk kemudahan hidup saya. Walaupun bujang.. kita kena ada semua ini..

Apa yg dikatakan mak memang betul.. bila nak berpindah dari JB ke Bandar Penawar pada tahun 2004.. nah ko senahhhh… selori juga la saya mengangkut semua barang ,.. beratus juga kena keluar duit..hehehhe itu le padahnya tak dengar kata mak. Satu lagi terpaksa la juga menyusahkan org lain utk mengangkut barang-barang tersebut. Heheheh.. Tapi waktu itu saya selamat krn waktu itu saya dah ada insan yg sanggup susah utk saya hahahhaha..jd semua itu ada agendanya dan niat tersembunyi ermmmm (bertanduk saya)…..

Bila dah berkahwin lain pula ceritanya. Dapat pula family suami pula jumlahnya ramai… wah.. dah kena beli pula periuk yg lebih besar, kuali yg lebih besar, pinggan mangkuk dan segala macam kena bertambah.. Tak kanla keluarga mentua datang bertandang kita nak hidang makan minum guna pinggan polisterine.. nampak gaya macam tak kena je kan.. tapi nasibla masa bujang dah ada sebahagian jadi tak terbebanla sangat kan..Cuba kalau tak de satu apapun.. perghhh mau mengigil beli barang.

Ok dah beli belah .. masalah pula nak menyimpan .. ruangan pula terhad.. masa ni baru terfikir alahai bestnya kalau dah ada rumah sendiri.. boleh le saya buat store khas nak simpan semua brg nih… tak perlu la nampak barang ni terlonggok sana, terlonggok sini. Sakit mata!.

So kepada kenkawan yg masih bujang tu..daripada duit gaji tu dihabiskan kpd alat makeup, kain baju, mata biru hijau.. simpan sikit dan elok-elok la kumpul sikit-sikit barang keperluan rumah ni.. Ada faedahnya. Kalau nak beli tak payah le beli yg jenama mahal-mahal dulu..(pstt.. kalau ada duit apa salahnya.. ) . Yg penting, segala benda tu kena ada sebelum kaki melangkah masuk dlm dunia yg bernama rumahtangga. Memang mudah tauu. Walau tak banyak tapi amat membantu dan kurang membebankan berbanding jika kita kena sediakan semuanya sekali dlm satu waktu. Apa lagi kita baru kahwin dah tentu banyak duit digunakan. Selamat mengumpul barangan rumah!!!!!!!!!!

Dicatat oleh : si gebusss yg comel...

Saturday, October 15, 2011

Kasih nya Bapa

Hari ini (sabtu) saya ada temujanji dengan seorang bapa pelajar.. Dia menelefon saya sejak hari isnin lepas utk membuat temujanji ini. Dia kata kepada saya dia ingin berjumpa saya sebab ingin mengambil lesen Jururawat anaknya dan mengambil sekali sijil, transkrip dan diploma anaknya yang belajar ditempat saya ini.

Bapa pelajar ini namanya En T (seorang bapa berbangsa india). Saya dan beliau memang selalu berhubung terutama tentang anaknya. Anaknya seorang perempuan. cantik dan manis. Anda dpt bayangkan seorang gadis india yg cantik dengan mata bulat tapi teduh, alis dan kening yg terletak apa lagi dgn hidung mancung.. tentu cantikkan! apa lagi ditambah agak bijak dlm pelajaran.

Anak beliau masuk belajar dan mendaftar disini pada penghujung bulan Disember 2007. Itu pun setelah saya mendapat no telefonnya melalui puan CEO yg balik membuat roadshow di Penang. Puan CEO menyuruh saya menelefon lebih kurang 20 no yang memuatkan nama-nama prospek yg difikirkan akan datang melapor diri. Jadi daripada situ saya berkenalan dengan anaknya. tapi saya hanya berhubung melalui telefon dgn anaknya sekali sahaja. Kebanyakan masa memang saya berbual dengan En T mengenai kemasukan anaknya ke tempat saya ini.

Menurut En T, beliau hanya bekerja sebagai buruh atau tukang kebun di sekolah sahaja. Tapi memandangkan beliau mahu anaknya belajar diperingkat diploma dan mengambil kursus kejururawatan beliau akan berusaha mencari duit dan membayar yuran pendaftaran sesegera mungkin. Beliau memang mahu anaknya segera belajar di sini.

Alhamdulillah sepanjang 5 semester anak beliau berada di sini, semuanya berjalan dengan baik. Saya juga turut sama memantau secara diam pergerakannya anaknya. Ye la sebab orang tuanya telah mengamanahkan utk saya menjaga dan melihat-lihat anaknya, jadi saya pun turut sama aktif dalam melihat prestasi si anak dan aktivitinya di kolej.

Tetapi semasa semester ke 6 beliau telah buat hal. sedangkan pada penghujung semester 6 itu juga si anak ini akan menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia bagi mendapatkan lesen jururawat. Ketua Jabatan beliau juga memaklumkan bahawa beliau tidak mahu masuk dlm kelas revision yg disediakan. Dikhabarkan beliau byk masalah peribadi tanpa menjelaskan secara spesifik apa masalahnya.

Mendengan hal ini saya terus menghubungi En T. Pada mulanya en T tak dpt menerima hal ini dan ingin lepas tangan sebab marah. Tapi saya menasihatkan beliau utk kebaikan anak dan beliau sendiri supaya sama-sama mengambil berat dan menyelesaikan masalah ini segera. Si anak pula selepas disiasat rupa-rupanya sekarang telah mempunyai teman lelaki dan telah bercadang utk berkahwin. En T menghubungi saya dan berjanji akan memastikan anaknya masuk peperiksaan yang telah ditetapkan. Anaknya datang utk peperiksaan LJM tersebut dan spt diduga dia kandas dlm peperiksaan tersebut.

Masalah kedua pula datang sewaktu peperiksaan ulangan pertama beliau juga tidak hadir. perkara ini juga saya maklumkan kpd En T. Sedih hati saya bila mendengar suara sayu en T apatah lagi dia memaklumkan isterinya jatuh sakit mengenangkan hal anak mereka itu.

Akhirnya entah bagaimana setelah 3 pucuk surat kami kirimkan kpd si anak melalui alamat bakal suaminya dia dtg utk mengambil peperiksaan ulangan tersebut dan berjaya. Segala perbelanjaan si anak si ayah pula sekalil lagi terpaksa mengeluarkan belanja yg lebih sehingga berhutang sana sini dgn saudara mara bagi memastikan si anak tadi dpt membuat kelas ulangkaji dan mengambil peperiksaan ulangan. Si ayah pula sentiasa menelefon utk mengetahui perkembangan anak. Setiap kali itu juga saya berasa sedih krn beliau selalu sebak dan tak dpt berckp bila berbual tentang hal anaknya itu.

Alhamdulillah si anak berjaya. tapi lain pula ceritanya. Surat mengenai konvokesyennya pada 1 ogos lalu yg kami telah serah kpd si anak tidak pula dimakluman kpd si ayah dan si ayah terkejut apabila menelefon saya pada penghujung ramadhan lepas dan terkilan krn tak dpt hadir ke majlis konvo anaknya itu. Si anak juga tak hadir sebenarnya ke graduation day tersebut. perghhh saya betul-betul sedih dan marah .. kenapa la si anak ini tak boleh memikirkan kesedihan org tuanya. tak memikirkan hati mereka. terdetik dalam hati begini rupanya anak-anak bila dah ada teman lelaki ke? Aduhai itu baru anak seorang bagaimana pula perasaan ibubapa yg mempunyai anak dua tiga org yg membuat masalah dlm hidup....

Tadi.., sewaktu saya serahkan sampul berisikan transkrip, diploma, dan sijil LJM itu berlinangan air mata kedua-duanya. Mungkin juga perasaan mereka berbaur antara sedih dan gembira. Si anak ini pula tak peduli langsung utk mengambil kesemua perkara yg berkaitan dgn dirinya ini. Si org tua pula sanggup datang dari jauh dtg berkereta 7 8 jam dari Pulau Pinang utk mengambil dokumen anaknya. Sayangnya si ayah ini sampai sanggup pula membayar habis segala tunggakan yuran anak. ohhh.. sayu hati saya.. apa jenis anak ini sampai sanggup berbuat demikian rupa kpd org tuanya. Sebak rasanya melihat kedua mereka merenung lama diploma dan sijil-sijil anak mereka. Apa yg terkandung dlm hati mereka tidak saya ketahui. Tapi yg pasti kesedihan pasti ada dalam tangkai hati mereka. Tidak putus-putus beliau dan isteri mengucapkan terima kasih kpd ketua jabatan dan saya atas usaha kami menjaga hal anak mereka. Sewaktu saya memeluk siibu saya sempat menitipkan kata semangat dan doa saya semoga anaknya akan kembali kpd keluarga mereka. Sungguh syahdu bila siibu turut mendoakan supaya tuhan sahaja memberi kebaikan kpd saya sepanjang hidup saya. Aduhh.. terharu...

Saya terfikir berat sungguh dugaan menjadi ibu-bapa ini dari saat mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan menyekolahkan sehingga anak berkahwin pun masih lagi menjadi fikiran dan sentiasa hidup dlm pemikiran org tua. Masih terngiang ditelinga saya kata-kata ibu pelajar tersebut bahawa dia bukan tidak membenarkan anaknya berkahwin, cuma ibunya meminta beliau habiskan belajar dahulu baru la berkahwin. Ayahnya pula tiada halangan utk si anak pun utk berkahwin walaupun tau bakal menantunya kerja tidak tetap. Si anak pula hingga kini tak pernah pula pulang ke rumah. Sebaliknya terus menetap dgn suaminya. Saya difahamkan anaknya telah mendaftar perkahwinan tersebut. Cuma masih belum menjalani upacara tradisi masyarakat india.

Apa yg saya fikirkan sekarang bukan hanya masyarakat melayu sahaja yg menghadapi masalah anak kawin tak beritahu ibu bapa, masyarakat lain juga begitu. Anak hadirnya dalam hidup kita dia la racun dia la penawar!. Moga Allah mengurniakan kita anak-anak yang dapat membantu dan membahagiakan kita di dunia yg satu lagi. Anak yang dapat berbakti kpd Allah. InsyaAllah.

Hari Sabtu Hari Rehat Ke




Saya: Saya suka hari sabtu,

awak: "kenapa siti"?..

Saya: sebab hari sabtu kerja separuh hari saja.

awak: "so...?"

saya: jadi saya banyak masa utk digunakan cthnya kemas rumah, masak, basuh kain, lipat kain, menyapu, dan yg paling penting, saya boleh main dgn anak bujang saya..

awak: :ooo..begitu.. apa nak ghairah sangat pun? itu semua kan memang tugas awk sbg isteri dan ibu... "

saya: memang le.. tapi sbg seorang orang yg bergelar ibu dan isteri.. pernah tak awk fikir selain jadi ibu dan isteri saya juga manusia biasa yg perlukan rehat.. kalau awk tengok senarai di atas bila agaknya masa saya rehat?

awak: "ermmm.. awk tak rehat.. tak percaya la saya.. tengok badan awk gemuk je saya tau awk banyak rehat nihh... (dgn pandangan sinis dan mulut herot serta mata tajam)

saya: awk tak tau badan saya gemuk tp saya stress sebab saya tak cukup rehat.. nasibla saya ada masa nak rehat iaitu masa main dengan anak.. hahahahhh.. itu la masa rehat saya!....

Tuesday, October 11, 2011

Panas...Si Seksi Yang Merah!




Salam Sejahtera… lama sungguh tak menulis.. otak tumpul. Banyak perkara telah berlaku sepanjang tidak menulis di ruang bersawang ini. Banyak juga suka, duka, sedih, terharu, gembira, sakit hati, pedih, terguris dan berbagai lagi perasaan.

Hari ini nak cerita tentang bekas air panas atau kita panggil termos. Nostalgia tak gambar di atas? Heheheh sudah tentunya bagi kenkawan yang pernah melahirkan anak di hospital atau pernah duduk dihospital kenal gambar ini. Gambar termos merah! Merah sepanas air di dalamnya.

Zaman 2011 ini dah menyaksikan berbagai termos moden dan mewah daripada plastic ke steel yang cantik berwarna-warni. Sudah tentunya reganya juga berwarna-warni seperti helaian duit yang perlu dikeluarkan untuk membeli barang ini.

Walaupun banyak yang baru termos ini juga saya suka. Walaupun kenkawan suka memerli tentang rupanya tapi saya tetap suka termos ini. Boleh dikatakan kerap juga saya membawa bekal air panas, samada teh atau Nescafe dalam termos ini. Saya sukakan bau air di dalamnya. Bau termos ini membuai saya dan terkenang nostalgia zaman budak-budak dulu. Bau ini meningatkan saya pada aruah nenek dgn atuk saya. Jadi rindu pada mereka pun terubat bila terbau bauan termos ini. Heheheh sentimental pulak kan.. ok kita sambung cerita tentang termos yg saya gelar si seksi merah.. kenapa seksi.. uiiii seksila sebab warnya merah, bodynya pun slim dan panas pun meruap.. memang seksi…

Ketahanan panasnya boleh sehingga 3 hari . Itu yang terbaik tentang dirinya. Harganya pun murah baru RM14.00 sahaja. Berbaloi tak? Tentula berbaloi lebih daripada itu, ketahanan dan kelasakannya melebihi termos baru yang moden. Jangka hayatnya juga panjang jika penjagaannya betul dan tidak terhempas.. Kalau yang moden ini bahagian bawah termos suka tercabut..dan di bahagian dalamnya cepat retak.

Jadi apa lagi kenkawan beli la satu untuk bawa bekal air ke tempat kerja. Sekuranya-kurang dapat menjimatkan duit utk beli air panas di kantin atau cafĂ© tempat anda bekerja. Sekarang pun air panas teh atau kopi harga dah melambung-lambung. Paling rendah pun harga dah RM1.50. Kalau bawa sendiri termos ini sekurang-kurangnya anda semua boleh minum lebih 8 cawan..Jadi cuba hitung berapa dapat di jimatkan . uhukss….Jimat bukan!!

Friday, August 12, 2011

CERITA MASAK-MASAK 1




Salam sejahtera kepada semua. Lama tak menulis di dalam blog bersawang ini. Bersawangnya blog ini sehingga ratu labah-labah pun tak dapat di lihat oleh mata hehehhe.

Hari ini saya nak menulis tentang masak-masak. Terus terang sebenarnya saya tak pandai memasak. Tanyalah suami atau rakan-rakan terutama geng enam budak nakal satu ketika dulu.. saya memang tak pandai masak dan malas memasak. Walaupun pada hakikatnya boleh dikatakan saya telah mula masuk ke dapur seawal umur 10 tahun lagi. Ini disebabkan saya anak sulong, jadi tanggungjawab masak memasak memang sudah jadi tanggungjawab saya. Untuk makluman semua semasa kecil lagi saya telah diasuh untuk bangun pagi setiap hari pada bulan puasa untuk memasak lauk bagi keperluan bersahur.

Geng budak nakal terutama Umie Nanie memang suka menggelar saya ratu pemalas memasak sebab menurutnya saya selalu cuba mencari helah untuk tidak memasak. Hehehe tapi saya tak kecil hati walaupun yg sebenarnya saya tak pernah pun cuba curi tulang pun!. Hakikatnya saya boleh memasak tapi bukan pandai memasak.

Okey kita tinggalkan tentang hal ini. Kita mula dengan kenangan tentang masak-masak ini saya teringat semasa saya berumur lebih kurang 10-11 tahun masakan pertama saya ialah asam pedas ikan . Satu hari abah saya balik rumah dgn membawa sebungkus ikan yg besar dan sayur tak salah ingatan sayur kubis. Kebetulan nak dijadikan cerita hari itu juga ada kawan abah datang kerumah . Dalam hati dah berkata-kata ‘abislah aku kena masak makan tengahari’.. dan apa yg saya rasa ternyata betul.

Saya pun dgn keterbatasan pengetahuan ini cubalah memasak asam pedas. Asas utk masak asam ini saya tahu. Tapi pengetahuan utk menyiang ikan hampehhhh.. dah le ikan itu beso..tak tau pulak macam mana nak ‘menyetelkan’nya. Setelah 20 minit berhempas pulas akhirnya ikan siap di bersiang.

Tiba pula bab nak masak.. derita bermula… ye la time tuh mana ada dapur gas macam sekarang. Dapur yg ada adalah dapur kayu. Perghhh.. nak menghidupkannya satu hal, belum lagi dengan abunya yg berterbangan di rambut saya yg menggerbang lagi.. heheh sekali pandang dah macam hantu kampong pisang pun ada aduhaiii…

Api kena hidupkan dulu.. pastu nak membuat tumisan tuh cili kering kena dibersihkan dan direbus dgn air panas. Bawang, cili dan segala macam perlu pula ditumbuk lumat… menggunakan lesung batu. Aduhaiiii.. lenguh tangan.. tak lumat nanti kena bising dgn mak pula. Akhirnya setelah berhempas pulas selama 10 minit siap semua dan mula menumis.. tapi oleh kerana ilmu tentang ikan nih sgt terbatas.. entah kenapa ikan yg sepatutnya lembut jadi keras pula.. dah hamper 10 minit tak siap tak lembut2, abah pula dah asyik tanya dah masak ke belum, perghhhh sasau otak dibuatnya.

Dalam tension cakap kat abah.. ‘abah kakak tak tau le kenapa ikan nih keras je..’
pastu abah ckp ‘keras?’ kenapa keras?’ tanya abah..
‘entah’ jawab saya..
“ La….memang le keras itu kan ikan tongkol” kata abah
“heheh la ye ke.. mana la kakak tau”, kata saya
Akhirnya utk memasak asam pedas itu saja saya telah mengambil masa selama hampir satu jam!! Aduhaiii. Kalau masuk pertandingan memang sah-sah kalah hehehehhe.. Dapat le tetamu abah saya dijamu dgn masakan saya. Yang paling tak boleh lupa kawan abah siap puji sedapp… asam pedas nihh tapi masin sikit la.. along….

Walau malu dgn teguran tuh tapi saya gembira sangat sampai tak lalu nak makan sebabnya masakan pertama saya akhir berjaya..walaupun masin dan manisnya entah kemana-mana. Namanya pun budakkan…suka kalau kena puji .. hehehehehhe

Itu le antara kenangan masa kecil yg saya tak dapat lupakan. Kenangan tentang cubaan memasak yang tak menjadi. Ada juga cubaan utk membuat roti canai. Keria, kuih kasui apam, donat dan mcm-mcm lagi … tapi next entry baru saya cerita heheheheh..


Friday, June 24, 2011

Jalan-Jalan Malam Minggu

11 jun lepas selepas satu hari sabtu siang yang panjang kerana ada pendaftaran pelajar baru untuk sesi Jun. Usai kerja jam 5.30 petang saya pulang rumah dengan kepenatan. Selepas mengambil anak ditempat pengasuh.. saya berbaring-baring melepaskan lelah. Lepas solat magrib suami mengajak kami keluar. Nak makan katanya.. kami (anak dan saya) bersiap ala kadar je.. menyarung kasut croc baru hadiah daripada suami kami keluar tapi pelik sebab ingatkan makan dekat dekat area rumah je.. rupanya ke tempat lain pula..

"nak kemana ayah?' tanya saya.. saya memanggil suami dengan panggilan ayah didepan anak kerana bujang kecil saya tak beri saya panggil abang..dia kata abg itu hanya untuk panggil dia sahaja. heheheh ada-ada saja anak-anak ni kan!,.,,

" kita makan bubur nak ibu?' tanya suami saya dgn soalan tanpa memberi jawapan.. aikkk kita tanya dia tanya balik..

" kat mana?" tanya saya..." Sentosa" kata suami.. " Ok jadikkk jom lincah...." balas saya menggedik la hahahhaha.. apa lagi berjalan-jalan kan. bukan senang nak jalan.. hari-hari sibuk kerja ya tak?

Jadi malam itu kami merasmikan highway baru senai desaru yang baru siap dan baru dibuka untuk publik.. perjalanan biasa yg mengambil masa hampir 1 jam lebih menjadi 30 minit...40 minit lebih awal. Biasanya kalau malam minggu jalan ke luar iaitu dari bandar penawar ke kota tinggi je mau setengah jam apa lagi di kawasan air tawar. Hari minggu biasanya anak-anak peneroka yang kerja di luar pulang ke felda masing-masing menjenguk orang tua mereka. Jalan agak sesak kalau keluar waktu ini. Belum lagi ditambah dengan orang yang nak keluar pula ke jb or kota or setakat makan angin yg menyebabkan org lain jadi Hangin!!!!!!! upsss. melalut sudah..

Walaupun highway ini bertarap highway tapi jalannya satu hala saja.., seperti jalan biasa.. sehingga nak tiba atau lebih tepat selepas jambatan menyeberangi sungai johor.. menuju ke persimpangan cahaya baru pasir gudang dan persimpangan ulu tiram tapi ok la.selesa juga.. jika semua kenderaan dipandu mengikut kelajuan sebenarnya boleh tiba di jb dgn lebih cepat. Masa ini tak kena tol dari penawar tapi di ulu tiram tol dikenakan sebanyak RM4.70.

Tiba di Sentosa kami bertiga makan bubur nasi dengan 3 set bubur, seekor ikan pari bakar dan sepinggan kerang kami bertiga makan dgn berselera sekali... kerang langsung tak dpt dijamah sebab si kecik saya telah mengabiskan kesemuanya....

Setelah kenyang kami melangkah keluar terus pula ke Pasar karat..yang terletak ditengah-tengah bandaraya JB atau lebih tepat berdekatan dengan sungai segget betul-betul kat tengah bandar...


saja melepak-lepak malam minggu..Kenapa pasar karat.. heheh mungkin sebab pasar ini ada menjual barang-barang terpakai,, barang antik,, tudung, baju, t-shirt.. barang letrik terpakai.. mainan, dan paling best . buku-buku terpakai... or buku baru. Disini saya ada ternampak buku Catatan Ibnu Batutah dalam bahasa Malaysia yang dari dulu nak beli tapi tak beli sebab asik fikir mahal hehehhe.. saya dapat dengan harga yang telah dipotong 15%,tapi belum beli lagi.. sebab memang tak bercadang nak beli pun.. cuma dlm tak beli tuh sempat juga merembat dua novel karya Ramli Awang Mursid Sutera Bidadari dan Cinta Sufi. Dapat diskaun 10% kat buku-buku ini.. Biasalah saya kalau jumpa buku memang bertaun le menenggek kat stall ini sampai diperli-perli oleh suami..hingga dia cakap 'sudah-sudah le tu ibu oiii''.... hehehehe



muka anak bujang saya yang tak sabar dan gumbira krn dpt berjalan...



muka ibu yang juga tak sabar nak jenjalan




selepas habis makan.. gambar makanan tak sempat ambik sebab dah kelaparan hehehhe





jenjalan dan duduk menyaksikan persembahan tarian daripada kumpulana mana entahh.. tapi menarik sebab tariannya seperti tarian zapin padang pasir..yang menari pun cun dan kacak je serta comel..



sekitar jualan yang ada.. tak fokus sangat nak ambil gambar sebab mata melilau sibuk tengok anak dan barangan hehheheh..


kami tiga beranak jenjalan sehingga hampir jam 11 malam dan menyeberang lautan kereta untuk ketempat parking berhadapan OCBC bank. huhuww,, dah lama tak jenjalan mcm ni manyak syioook hoo...terus pulang ke Penawar.. naik sahaja kereta dan selesai mengelap muka, badan dan kaki anak dengan wet tissue saya pun terus berpaling.. dan ..... berdengkur tidur. hehehhehe..
dan tamat le.. sudah le.. untuk minggu ini

Jumaat Yang Damai

Salam Jumaat.

Hari ini hati teringin menulis. Tapi nak menulis tentang sesuatu yang telah tiada.

Selasa 21/6/11-lepas seorang yang saya kenali telah pergi meninggalkan dunia ini mengadap penciptaNya kembali. Kembali semula dalam pelukan ilahi. Kembali meninggalkan dunia, suami, anak-anak, adik beradik, teman-teman dan kenalan.

Dia yang saya panggil kak yah atau nama betulnya Salasiah binti Mohd Salleh. Kak Yah ini sebenarnya adik kepada bos tempat saya bekerja. Kak Yah ini orangnya sangat baik hati, cakapnya lemah lembut, sentiasa cuba menyenangkan hati semua orang,... dan paling best sekali dia memang terer dalam bab masak memasak. Antara masakan dia yg paling saya suka adalah laksa penangnya dgn char kue tiow dan ayam gorengnya.Memang World!!!

Seingat saya yang mengenali beliau sejak tahun 1995, aruahnya ini memang baik. Cakap tak pernah meninggikan suara dan suka bergurau tapi dalam gurauan yg sederhana, mengusik tapi manis caranya... dirinya cukup istimewa kerana bila rapat dengannya kita rasa kita ini sebahagian daripada keluarganya.

Tahun 2010lepas semasa awal puasa aruah kehilangan seorang anak lelaki yang kemalangan dengan motor di depan sekolah Men Sukan Bandar Penawar (nama sekarang dah ditukar). Awal puasa tuh memang memeritkan dlm kehidupan aruah.Dia selalu bercerita tentang aruah anaknya (Zaid namanya). Anak ini memang anak yg sangat rapat dengan aruah kak yah. Dan kalau diikutkan diakhir-akhir kehidupan anak ini memang tak boleh berenggang langsung dgn kak yah. Bila anaknya meninggal kak yah jadi longlai seolah-olah hilang harapan. Selalu bersedih. Walaupun didepan orang dia boleh bergurau ketawa..tapi bagi yang rapat nampak dia memang sentiasa rindu aruah anaknya.

Sebenarnya sebelum meninggal dunia aruah telah keluar masuk hospital beberapa kali dan dua minggu lepas dia bertambah kronik.. ikut medical terms dia sihat.. tapi ada sedikit pendarahan di bahagian kepalanya.. sebelum itu dia selalu ke klinik.. sebab asik sakit-sakit. tapi biasala klinik biasa memang tak tau sakit sebenar... balik balik pun sakit demam..dan sakit biasa dia iaitu darah tinggi.. Minggu lepas suami dan adik beradiknya telah membawa dia ke Hospital Pakar Puteri.. tapi dibawa balik kerumah kemudian dihantar semula dan bila pulang kerumah dia cuma singgah sebab pada sebelah petang isnin dia telah koma semula. Jadi apabila sampai dihospital Kota Tinggi jam 7 petang dia disahkan telah meninggal dunia...

Aduh.. baru saya bercadang nak kerumahnya lepas magrib dapat pula perkabaran dia telah meninggal. Segunung penyesalan terbuku dalam hati.. tertanya-tanya kenapa saya kerap melewatkan melihat sesuatu yang sepatutnya telah saya buat awal. Ahh....

Keesokkan harinya saya pergi melawat.. Wajahnya tenang sepeti sedang tidur.. Ya memang tidur tapi tidur yang panjang.. tidur yang tak bangun lagi.. Saya akan rindukan dia sepanjang hidup saya.. Saya akan ingat dia bila lihat ayam goreng.. sebab dia sebelum sakit tempohari telah memberikan saya sebungkus tepung goreng ayam specialnya kpd saya untuk dicuba. Saya dan aruah pernah bercadang untuk memasarkan dengan giat tepung ayam goreng yang dibuat oleh dirinya. Tepung itu speacial. Seperti dirinya yang akan membuatkan ramai orang akan sentiasa merinduinya seperti mana diri saya.

Alfatihah untuk aruah kak yah. Insyallah saya akan sentiasa mendoakan kak yah dalam perjalanan hidup saya. Moga Allah menempatkan kak yah disisi hamba-hamba yang terdahulu ditempat yang istimewa. Alfatihah.

Tuesday, June 7, 2011

Ibu Tunggal

Perpisahan antara suami isteri atau lebih tepat perceraian antara isu yang hangat di Malaysia.. baik daripada taraf orang biasa hinggalah kpd seleberiti atau artis popular. Semuanya dihambat dengan cerita perceraian.

Apabila berlaku perceraian baik secara baik or sebaliknya akan berlaku juga tuding menuding samada dari pasangan terbabit hingga org yang tidak terlibat pun ikut campur utk menambahkan rasa pada cerita yang berlaku. Tapi apa yang saya tak faham, kenapa bila satu-satu perpisahan berlaku antara pasangan suami isteri, lelaki dan perempuan,.. walau apa jua sebabnya si isteri yang selalu dikata orang. Kenapa tidak suaminya..

Saya tak faham dengan mentaliti orang kita, orang yang berada di keliling juga tak memberi dorongan jika tidak dari segi kewangan, dorongla dari segi emosi. Malah ada kalanya org keliling pula yang berbuat cerita dan menjajanya berkeliling mengata itu dan dan ini terhadap si isteri pula.

Yang lebih membuatkan tak faham dgn sikap org2 ni dah la pasangan berpisah tuh bekerja satu tempat.. orang keliling pulak menyalahkan si bekas isteri. sedangkan yg memulakan sengketa adalah bekas suaminya.. Adusss. Susahnya menjadi ibu tunggal,,,.,sudahla perasaan hati yang luka belum pulih.. mana lagi hal anak-anak yang dibawah jagaannya, orang keliling pula seolah-olah tak putus pula menikam bertubi-tubi dgn pandangan sinis, tiada dorongan moral. Yang menambahkan kebusukan itu lagi ialah sedang si bekas isteri cuba menerima takdir hidupnya ada pulak yang mulut jahat mengadu domba menambah dan merancakkan cerita seolah-olah tak puas dgn penderitaan hati si bekas isteri..

Cubalah jadi org yang mempunyai simpati dgn nasib org. Nasib kita tak tau lagi. Jangan masuk campur urusan orang, sudahla tak meringankan beban derita orang, jgn le ditambah cuka dalam luka yang belum pulih itu. Jadilah insan yang selalu mendoakan insan lain jgn jadi insan yang kelak matinya hanya jadi bahan bakar utk memarakkan api di neraka kelak.

Ya Allah.. begitu hebatnya dugaan kau berikan kepada hambaMu itu. Ya Allah tabahkanlah hatinya dalam menerima semua dugaan ini, Kau kurniakan Sahabatku keindahan selepas semua kedukaan ini. Amin..

Untuk sahabat yang tahu ini ceritanya. Fahamilah: Saya selalu mendoakan yang baik-baik utk dirimu dan anak-anakmu.Tabahkan hati.. percayalah langit yang cerah pun kadangkala mendung, tapi mentari akan muncul lagi keesokkannya. Derita insyallah tidak akan berpanjangan. Cuma sabar sahaja akan membuat derita hatimu pulih. Teruskan hidup sebab hidup ini terlalu pendek utk ditangisi selalu.

Musim Buah

Salam selasa yang indah..

Sudah lama saya tak update blog bersawang ini. Bila balik rumah berehat-rehat.. oo.. kejap lagi la aku update .. tp heheh kesudahannya tak buat juga..

Hari ini nak berkisah tentang musim buah. Di Malaysia ini memang ada musim buah terutama musim buah durian, rambutan, pulasan, matakucing, longan dan segala macam buah. Kalau kat kampung saya yg femesnya sudah semestinya buah durian. Walaupun kampung saya itu bernama kg Pematang Duku.. tp ada la dua tiga rumah saja yang ada pohon duku. hehhe. Kebanyakan rumah akan ada pohon durin + buah rambutan. Jadi jika musim itu kena musim durian maka kebanyakan rumah akan ada buah durian sehingga berlambak-lambak ditepi rumah, or belakang rumah or di bawah bangsal. Ada satu musim tuh buah durian tuh reganya cuma sekilo RM0.50.. perghhh. Waktu ini jika ada org datang kerumah abah saya akan memasukkan sepenuh-penuh bonet kereta dan org itu cuma bayar RM30 je !. Sebabnya satu saja.. kat rumah saya jika tidak terjual tak de siapa nak makan. Abah saya dia tak makan lagi durian sebab menjaga kesihatan. Ada tak de emak, nyai dan adik bungsu saya si Saufi tuhh. Saya sendiri memang dah berbelas taun tak makan buah durian. Sebab masalah kesihatan hehehhe. dan satu lagi sebab baunya pergghhh.. pusing dan puyeng kepala...

Semasa kecil saya memang makan pun buah durian tuhh. Maklum ada kebun kan.. dan tugas utama saya ialah memungut durian diwaktu petang lepas balik sekolah. Sebelah pagi ayah yang akan kumpulkan utk dijual kepada peraih. Waktu itu saya masih ingat jika durian itu jatuh waktu pagi.. petang dah saya tak makan.. jika nak makan saya tunggu yg baru jatuh berdebub tuhh..hehhe.. sehinggalah suatu hari mungkin sebab dah terlalu byk makan saya kena migrane tahap gaban hingga muntah-muntah dunia nak runtuh.. terus saya tobat makan hingga kini. Sekarang kalau ada org pelawa pun tak terbuka langsung nafsu saya.. heheh phobia...

uiii.. melalut pulak saya ni.. lain yang nak dicerita lain pula yg ditulisnya.

Sebenarnya di rumah yg saya sewa ni didepan rumah ada sepohon mempelam , dibelakang rumah ada juga pohon mempelam bengkok (agaknya kot) pokok ciku, pokok sukun, pohon kelapa. rambutan, durian, belimbing, pisang. heheh segala macam kan!, saya nak cerita pasal sepokok mempelam di depan rumah rumah yg saya sewa. Buahnya bulat dan besar.. dan begitu subur sekali pohonnya. Seingat saya sejak saya sewa daripada tahun 2007 tak pernah berhenti berbuah. Jadi setiap kali berbuah selain tuan punya rumah dan tanah ambil .. jiran keliling, or org yang tak dikenali akan ambil samada memberitahu saya or tidak. Ada juga yg saya petik dan sedekahkan kpd org lain atas keizinan tuan punya tanah.Rasanya masam manis.. sudahlah buahnya bulat dan besar.. cuma baru-baru ini bila dah masak tuh dlm telah ada penghuni pulak. Mengikut kata orgtua mungkin ada org yg petik dan makan mempelam tuh cicah ngan sambal belacan sebab tu buahnya bila masak ada penghuni. (yg ini saya tak tahu betul or tidak).

Buah ini dikatakan buah pelam epal. Ada juga yg memakan semasa muda dan dibuat kerabu.. yg mana ramuanya buah pelam yg di potong panjang dan tipis, sedikit udang kering, sos ikan.. dan cili ditumbuk dan digaul. rasanya .. yum..yumm melilih air liur. tambah pula makan dgn nasi panas.. perghhhhh... tak ingat.. you..

Syukur kpd Allah yg mengurniakan kpd saya begitu byk rezeki.. yg datang dlm macam bentuk. Terima kasih juga kepada tuan punya rumah sewa saya yang selalu izinkan saya mensedekahkan buah tersebut kpd org lain ..dan tak lupa juga burung-burung hehhehe.. tambah meriah le rumah tu dengan kicauan ungas2 tuhh.

Saya kongsikan gambar buah tersebut utk kamu semua hehhehe..








jana: eleh aku pun ada pokok pisang tau..
rita: aku ada pokok kacang jgn marah..
aku: nasib korang le tak dpt makan buah ni yek..

Friday, April 29, 2011

Tunjuk muka






salam sejahtera.. dah lama tak menulis.. seingat saya terlalu lama.. hingga saya pun tak tau yg sebenarnya saya ada blog heheh.

hari ini saya tunjuk muka. supaya tak di kata oleh si comel jana or si cute ita or kawan (eh ada kawan ke yg follow blog saya ) heheheh

ada beberapa kisah baru.. ada kisah sedih, ada kisah gumbira, ada kisah berbagai rasa.. tp nanti la.. bila mood dtg betul-betul nak menulis..

jana : eleh hangat2 taik ayam la ko jahh..
rita: memang .. dah la tepon selalu tak nak angkat
hehhehe

i'am sorry...

Monday, March 28, 2011

Anuar Zain - Ku Berjanji Kerna Cinta [HQ]




salam akhir bulan mac, saya kesibukan.. tapi saya akan cuba menulis.. penutup bulan mac ini saya dedikasi lagu cinta.. nikmatilah..

Tuesday, March 1, 2011

Cuai Membawa Padah

Salam pagi Selasa. Pagi ini menulis bukan utk tujuan gosip atau mengaibkan mana-mana pihak.. cuma mengambil petikan dari akhbar Utusan Malaysia ruangan mahkamah mengenai sebutan kes nusyuz (ingkar) yang dikemukakan oleh seorang ahli perniagaan, terhadap isteri pertamanya.

Tulisan tersebut dirujuk utk beberapa baris ayat terakhir yang ditulis oleh penulis cerita utk akhbar ini. Dalam baris-baris terakhir iaitu 'Pemeriksaan mendapati pelbagai barangan berharga telah lesap termasuk wang tunai RM75,000, barang kemas RM500,000, komputer riba, minyak wangi, jam tangan Rolex, butang baju berjenama, lima unit telefon bimbit, dua helai kain sutera dan kasut jenama Versace.

Isu yang nak dikongsikan ialah isu kecuaian dan alpa hingga membawa padah Ini kerana dewasa ini dengan kadar jenayah yang selalu berlaku bagaimana tergamak dengan mudahnya seorang individu mempertaruhkan nyawanya dengan menyimpan duit tunai dan barang kemas sebegitu banyak di dalam sebuah rumah. Allah Maha Besar... Saya boleh katakan ini satu kecuaian. Kecuaian yang akan mengundang padah. Cuba kita bayangkan jika ada nyawa yang terkorban hanya disebabkan kecuaian kita sendiri. Nyawa anak, isteri, ibu, ayah dan semua ahli keluarga teracam hanya disebabkan kita kelalaian kita sendiri.

Di Malaysia ini terdapat perkhidmatan bank dan kaedah penyimpanan brg kemas disediakan di bank2 tersebut boleh digunakan untuk tujuan penyimpanan barangan berharga. Perkhidmatan ini dikenakan sedikit bayaran.. tapi ye la.. dah ada harta yang banyak apa la sangat bayaran itu ye tak? kenapalah tak digunakan servis itu.. hermmm..

Dalam pada itu dalam hati dan fikiran saya berputar dan berfikir...kepala saya menerawang berfikir: kaya sungguh orang di Malaysia ini sampai kehilangan minyak wangi, butang baju, kain berjenama pun di laporkan ke pihak polis!

Cuba kita fikirkan.. orang seperti kita yang makan gaji ini.. berapa harga minyak wangi kita..saya sendiri pun cuma pakai minyak wangi jenama AVON yang boleh dibeli dengan harga RM58.00 jika ada sale atau minyak wangi jenama tak tahu yang berharga tak sampai RM20.00 yang saya beli daripada pelajar yang cari duit dgn jual minyak wangi ..

Apa lagi nak beli butang baju yang berharga ratusan atau ribuan ringgit.. Butang saya pun harganya tak sampai RM25.00 hehehe..kain jenama apa la lagi. heheh saya pula cuma baju yang saya beli satu pasang RM50.00 saje!

Tapi akhirnya saya membuat kesimpulan.. harta mereka, duit mereka, suka hati merekalah ye tak hehehhe..

Bagi diri saya cukuplah yang sederhana.. setiap kali nak dan terfikir utk beli barangan atau makanan yang lazat saya selalu terfikir, aku beli brg itu, brg ini, mkn itu , mkn ini,,tapi ada lagi orang lain nak makan satu hari pun susah. berhempas pulas dari pagi ke petang. Ada lagi manusia di dalam dunia ini yang nak hilangkan haus dgn air pun tak tak de.. Nak beli baju utk anak tak de duit, apa lagi nak bermewah beli barang itu ini, Ini semua akan menyebabkan secara automatik saya tak jadi bermewah-mewah.. cukup dgn apa yg ada. Sebab bila kita mati semua ini tak dibawa pun.. hanya amalan soleh dan ikhlas saja buat bekalan di dunia yang satu lagi... Allahuakbar..

Akhirnya belanja dgn berhemat, belanja ikut keperluan bukan kehendak nafsu yang membuas....

End.

Saturday, February 26, 2011

RUMAH OH RUMAH

Salam sabtu...

Pagi ini saya nak menulis tentang rumah. Saya duduk di Bandar Penawar ini lebih kurang 5 tahun. Bermula akhir tahun 2004 hingga kini. Saya telah tinggal di rumah yang saya sewa sekarang sejak penghujung tahun 2006 iaitu selepas setahun menyewa di dalam blok asrama pelajar ditempat saya bekerja.

Waktu mula-mula nak duduk di luar dari asrama tersebut saya dan suami berpusing satu bandar penawar mencari rumah utk disewa. Waktu itu banyak rumah tapi apabila ditanya pada pemiliknya dikatakan tidak mahu disewakan.. atau jiran akan mereka akan kata owner rumah tidak dapat di kesan..

Alhamdulillah saya dapat juga menyewa rumah dengan harga RM300 sebulan. 3 bilik, satu bilik air, rumah yang luas siap ada porch kereta lagi.. 2 pohon mempelam, ciku, kelapa, sukun, pisang, rambutan, dan sepohon cempedak yg tak pernah berbuah hingga kini. Syukur pada Allah dapatlah saya memulakan hidup dan tak lama pula selepas itu dikurniakan anak.. bertambah-tambah nikmat tuhan kepada saya sekeluarga.

Selepas setahun , owner rumah yg saya duduki itu mula menaikkan sewa. Ini berikutan pada tahun 2008 pelajar tempat saya bekerja mula ramai dan mereka mula mencari rumah luar utk disewa. Jadi pada waktu itu, ramai pemilik rumah tiba-tiba ada pula dan mula merenovate rumah.. dan seterusnya anda boleh bayangkan mereka mula berlumba-lumba menaikkan sewa.. Rumah yang pada mulanya disewa pada kadar yg murah telah jadi RM500.00 sebulan..Anda bayangkan setahun dah berapa? bayaran setahun dikumpulkan dah boleh jika buat deposit rumah. Nak tak nak terpaksa juga disewa.. sebab rumah lain pun begitu juga.

Segala kerosakan saya tanggung sendiri, belum lagi potong rumput, bil air, bil elektrik, bil bumbung rosak, bil betulkan bilik air, bil cat mengecat, bil fius rosak atau meletup..Pendek kata saya buat rumah yang saya sewa spt rumah saya sendiri.. Itu pun dibandingkan kawan-kawan lain saya dikira masih bernasib baik,
ada kawan yang menyewa rumah 2 bilik harga sewa pun dha RM450.00. Itu belum lagi kerosakan dan sebagainya..

Waktu ini disini ada juga penduduk yang menjual rumah, tapi harganya ya Ampun.. utk sebuah rumah atap merah rumah 3 bilik tidur dan 2 bilik air pun dijual hampir RM200,000.. Atap biru lain rega.. hemmmm..

Dalam pada itu Desaru Utama juga ada membuat jualan utk rumah.. tapi harganya.. Sungguh bagi gaji seperti saya memang perit utk membayar loan..apabila malam menjelma saya selalu terfikir.. tak de ke menteri-menteri yang duk dipilih itu memikirkan tentang perkara ini.. perkara tentang harga rumah yang tinggi naik mencana-canak. Hari itu ada dalam bajet yang lepas tentang rumah , tentang loan bagi pekerja yang mendapat pendapatan bawah RM3000, tapi jika rega rumah ini mencanak-canak bila la kami rakyat nak dapat beli sebiji rumah.

Tolongla.pak menteri tengok le naseb kami ini...tolong tengok harga rumah ini...kami juga rakyat di negara ini yang ingin punya harta sendiri. Saya takut akhir nanti rumah yang ada di tanah air kami lebih ramai org luar yang beli dari kami yang lahir dan mati di tanah kami ini. Akhirnya kami jadi penyewa seumur hidup sementara org luar menjadikan tanah air kami spt tanah tumpah darah mereka pula....

Dengar-dengarlah suara kami ini.. Pilihanraya dah nak dekat tak kan baru nak datang tengok kami ini..

hermm emosi la pulak,.,,,,

Thursday, February 24, 2011

Cuti Hujung Minggu 2

Bila sedang rajin banyak pulak yang nak dikongsikan... 20 Mac lepas.. saya ke Tanjung Sedili, sebab dah janji dengan si kecil saya nak main 'flying disk' kat tepi pantai... janjinya nak pergi awal pagi tapi kami bertolak kira-kira jam 10.30 pagi..perjalanan lebih kurang dlm 1 jam dari Bandar Penawar......kalau laju kereta lebih kurang 45 minit la.. dekat je...






Sebelum pergi sempat singgah juga di Hentian Penawar membeli makanan dan buah-buahan utk bekal dan makan2 di sana nanti..





Sampai disana (di jambatan Sedili kecil) dlm jam 11.30 pagi.. dah ramai juga orang di sekitar pantai yang agak bersepah dengan daun, batang kayu dan segala macam..Kebanyakan yang ada ditepi pantai memancing sambil makan,..Disitu ada 2 family yang lain pemancing solo dan kawan2.







Si kecil saya yang happy dapat pergi memancing... betul-betul suka dpt keluar berjln... mengekori ayahnya dan asik bercakap tak berhenti-henti bertanya itu dan ini kpd ayahnya...



bekalan makanan,,ada yang dibeli dan ada yg dibawa daripada rumah,






si kecil dgn flying disknya. Juga gambar ikan yg kami jumpa mati terbiar ditepi pantai..si kecil kata kesian ikan ini sejuk ibu.. siapala yang pancing dan buang begitu saja...













Si ayah yg mengajar anak berayun dibuai.. tapi ayah yang lebih...si kecil yg asik mau bergambar dan suruh ibu ambil dia membuat posing dan siibu pun tak mahu kalah juga...





sempat singgah ke sedili besar.. saja berjln.. disini ada Tanjung Sutera Beach Resort... tp tak sempat nak ambek gambar...







memancing lagi... kali ini diatas jambatann.. nasib baik le tak byk kenderaan.. (MEMANCING DI ATAS JAMBATAN TIDAK BOLEH SEBENARNYA)

Sebelum pulang saya sempat menghubungi pengasuh anak yg kebetulan nak menghantar anaknya di Sedili dan kami sekeluarga ke rumah ibu mentuanya bersama satu plastik ikan .. tapi ikan itu sebenarnya saya beli dari penjual ikan di kawasan itu hehehhe... Akhirnya selepas jam 8.30 mlm setelah perut kenyang kami pulang ke Penawar semula..hehheh perghh penat.. kenyang.. dan yg penting heppiii...