![]() |
Kedua-dua gambar diambil daripada google. |
Sebulan yang
lepas ada beberapa ramai kawan aku yang mengeluh dan marah-marah kerana aku
tidak aktif di satu sistem komunikasi masakini. Ini kerana alat perhubungan aku
iaitu telefon bimbit rosak.
Beberapa orang
ini (termasuk adik beradik) mengeluh kerana sukar berhubung dengan aku dan terpaksa mengeluarkan modal iaitu
nilai RM untuk menaip sistem pesanan ringkas (SMS) dan untuk bertelefon dengan
aku.
Aku pula seperti
biasa bukan kisah sangat berkenaan ketiadaan alatan canggih untuk berhubung.
Aku masih orang lama yang percaya telefon dicipta untuk tujuan berhubung dengan
mendail dan mendengar suara. Pada orang seperti aku, telefon hanyalah alatan
untuk aku berhubung, mendengar suara orang yang aku sayang dan bertanya khabar.
Itu sahaja.
Tapi tetap ada
pengecualian apabila ianya melibatkan urusan kerja. Apatah lagi aku salah
seorang telemarketer bagi INSTEDT, jadi alatan ini adalah salah satu perkara
penting semasa urusan pekerjaan.
Malangnya bagi
seorang aku pula selepas tempoh pengambilan atau satu-satu intake aku akan
terus senyap. Ini kerana aku berpendapat setiap daripada kita ada had pada
sesuatu perkara yang kita kerjakan.
Ketahuilah Kawanku
(dan adik beradikku) aku tahu beban yang kau tanggug kerana terpaksa menanggung
kos tambahan kerana menghubungi aku melalui SMS dan bertelefon. Jangan emosi
dengan aku.
Percayalah setiap duit yang kau keluarkan untuk aku akan membawa
kebahagiaan kepadamu apatah lagi dapat mendengar suaraku yang merdu ini
(cewahhhhh). Aku ini orang biasa. Bukan artis yang kau perlu dengar selalu
kisahnya. Kehidupanku pada hari-hari biasa adalah sama seperti kalian. Tidak
ada apa yang terlalu istimewa untuk aku update selalu. Jika aku update mungkin
juga akan menjemukan kalian. Atau lebih dasyat daripada itu kau akan kata aku
menunjuk-nunjuk pula. (hahahhahaha).
Teknologi
dicipta untuk mendekatkan kita sesama kita. Tetapi janganlah diambil kesempatan
untuk memudahkannya hingga kau lupa keindahan lain yang kau rasai terutamanya
ketika kau mendengar suara merduku (perasan lagi) mengangkat telefon. Kau
mungkin juga akan tertunggu-tunggu
mendengar suaraku di talian. Jangan kau lupa rasa itu.
Aku ingin juga
bertanya pada kau kawanku. : Bilakah kali terakhir kau mendengar suaraku. Aku
rasa dah berpuluh tahun kan? Jadi apa salahnya kau telefon aku. Tak rugi kau
rugi 10 sen atau RM1 untuk mendengar suaraku. Mana tahu ini kali terakhir
antara kita mendengar suara sesama kita. Siapa tahu kan :)
Kepada kau semua
.. jangan kedekut dengan aku. Ingat, aku kawanmu (aku kakakmu) Apa salahnya kalau kau telefon
aku seperti aku selalu buat kepadamu yang tak jemu-jemu menelefon kalian. Tak payah
banyak kali sekali seminggu cukup. Kalau nak hari-hari apa salahnya. SMS
sahaja. Kalau guna Tunetalk SMS rasanya kos hanya 10 sen sahaja.
Akhir kalam,
duit hanya angka. Memang kita diajar berjimat. Tetapi berpada-pada. Kasih sayang
lebih mahal daripada segala yang ada di dunia ini. Begitu juga kasih ku pada kalian. Besar lagi daripada sebuah telefon.