Aku memang seorang yang mempunyai masalah
obesiti. Yess. Tidak di nafikan obes menyumbang banyak keburukan daripada
kebaikan. Yes, obes not ohsome! Walaupun ramai yang cuba menyembunyikan hakikat
itu.. atau lebih daripada itu untuk menjaga hati kawan-kawan mereka akan
memanggil kita dengan panggilan comel, cute.. cantik.. atau yang lebih tepat
seperti perbualan seperti dibawah.
Kawan : cantiknya akak hari ini.
Aku : eh hari-hari cantik la..
Kawan : tak hari ini akak cantikla.. lagi-lagi dengan
warna pink sesuai betul dengan akak..
Aku : eh mana ada.. mana cantik.. kan akak ni
gumuks..
Kawan : tak .. akak cantik. Mana ada gemuk.. badan macam akak kita
panggil comel.
Nampak
tak… ? nampak tak permainannya di sini.. word yang aku highligtkan tu.
Hehheheh.. nampak kan?
Ok..
aku memang seperti seorang yang yakin diri terlebih.. hahaha (alasan kan )aku
sedar aku gemuk.. dan seolah-olah tak kisah akan kegemukan ini.. tapi sebenarnya
aku kisah.. lebih kisah bila doktor yang aku lawati tahun lepas menyarankan aku
menurunkan berat berlebihan ni disebabkan tekanan darah aku yang tinggi dan tak
mau turun. Doktor pun pada perkiraan aku dah jenuh menasihatkan aku setiap dua
bulan sekali semasa aku datang untuk appointment dengan mereka di Klinik
Kesihatan di tempat aku ni. Dengan tekanan darah terakhir 150/100 pada lawatan
terakhir semasa bulan Februari yang lepas.. aku memang bertekad menjaga
timbanganku supaya pusingan jam tersebut berhenti di satu aras yang lebih
rendah daripada berat sekarang 90kg untuk ketinggian 156cm. Namun sayangnya
mungkin kekurangan senaman antara faktor besar menyukarkan aku menurunkan berat
badan ini.
Asal
cerita aku lebih ambil kisah mengenai berat badanku dan rupa tubuhku ialah bila
anak bujangku yang berusia 8 tahun mula pandai berkata-kata.. Selama ini bukan
tak de orang lain yang menasihatkan pun.. rakan baik, kawan-kawan, kenalan
ehemmm org baru dikenali.terutama pakcik-pakcik pemandu teksi yang aku baru
kenali sekali. Hahahhah.. nampak tak.. bukan main ramai lagi yang
menyayangikku.. namun aku hanya diam dan tertawa..
Tapi
bila anak bujangku mula pandai berkata-kata.. aku memandang serius
kata-katanya. Dalam hidupku dia adalah yang paling penting selain ibu bapaku.
Kata-katanya hanyalah kata-kata anak yang seolah bergurau senda namun
terngiang-ngiang dan semacam menjadi pendorong aku berusaha bersenam sekerap
mungkin. Kebelakangan ini dia selalu berkata seperti perbualan di bawah:
Anak : ibu abg rasa kalau
ibu kurus sikit mesti ibu cantikkan..
Aku : ibu gemuk pun kan ibu cantik.. kan.. (dgn nada bergurau aku
menjawab)
Anak : aah memang ibu
cantik.. tapi kan ari tu abg tengok gambar ibu kat kotak dalam bilik.. ibu
kurus memang lagi cantik…
See,,, nampak tak permainannya. Hehehheheh..
Memandangkan sebelum ini maksud aku semasa
aku muda agak aktif berat mudah turun.. namun bila menjelang umur diufuk barat
ini metabolisma mula kurang apatah lagi kurang bersenam.. setiap petang aku
cuba mengeluarkan peluh.. dengan permulaan hanya berjalan kaki pantas di
sekeliling rumah.. dan mengetuk shuttlecock
badminton..walaupun ketukannya lebih banyak terbabas daripada yg kena di raket
tersebut. Hahahhahahah..
Benar kata orang… kerana anak kita
sanggup buat apa sahaja. Kerana anak aku ingin hidup lebih lama dengan lebih
menyayangi setiap inci tubuhku.. Ya. Aku belum lagi kurus.. aku masih obes..
tapi aku akan berusaha untuk ke tahap yg lebih ideal. Ya aku akan berusaha
lebih menyayangi diriku. Kerana diri kita dan tubuh kita lebih berharga lebih
daripada sekelompok lemak tebal yg ada pada perut, paha dan lenganku ini.
Hahahahhaha..
Aku yakin boleh . Aku yakin boleh.. Aku yakin boleh.
Ditulis oleh si obes sang pencinta kedamaian.