pic by google
Setiap pagi
pergi ke tempat kerja aku membonceng motosikal bersama en suami. Kebetulan
hujan turun membasahi bumi penawar. Terus menghilangkan jerebu hilang dari
pandangan mata dan kesesakan hidung.
Aku rasa
bahagia. . Sejak dua hari lepas aku merasakan kenikmatan hidup peringkat
tertinggi Dua hari ini aku betul-betul menghayati kesegaran pagi bersama sapaan
lembut angin pagi menampar manja muka aku. Kesegaran bumi dibasahi hujan membuat
jiwa jadi riang dan bahagia. Satu perasaan yang halus yang membuatkan kita
bersyukur masih diberi kesempatan menghirup udara segar ini. Allah Maha Besar.
Aku sukakan bau
bumi lembab dan harum tanah selepas disirami hujan. Duduk di Bandar Penawar ini
mengajar aku satu perkara. Mencari bahagia memang bukan mudah. Tetapi setiap
detik kecil dalam sekitaran perjalanan harian kita dapat kita nikmati jika kita
tidak tergesa-gesa dalam menjalani kehidupan seharian kita. Perkara paling
mudah contohnya seperti bayu pagi dua hari ini. Segar ditambah dengan sesekali
bau masakan pagi oleh penghuni yang tinggal di bumi Penawar ini. Baru roti
panas, bau tumisan, bau daun-daun, bau tanah, bau air yang bertakung di
lopak-lopak kecil. Dan sudah tentunya kibasan embun pagi sesekali memercik dari
pohon-pohon dilaluan yang aku lalui.
Sesungguhnya
semakin kita berumur.. semakin kita menghargai setiap detik yang semakin pendek
yang diberikan oleh Allah SWT. Mencari bahagia bukan pada duit semata-mata.
Hargai perkara paling kecil dalam hidup kita yang selalunya kita tidak berikan
perhatian kerana sibuk mengejar sesuatu yang berkaitan dalam kerjaya. Bukan
bermakna kita memperlahankan langkah namun yang selalu tidak kita endahkan kita
itu lah yang akhirnya akan mendamaikan dan membahagiakan kita.
Bahagia kena di
cari. Bukan duduk tanpa berusaha. Tapi duduk sebentar akan dapat merasionalkan
keadaan. Bahagia akan ada dikala kita duduk sebentar itu. Percayalah.