Pages - Menu

Followers

Friday, August 8, 2014

Antara Roti canai, pizza, Nasi Goreng



                Hari ini dah 12 Syawal. Hari Jumaat, Penghulu hari. Pagi-pagi dah pekena sekeping roti canai.. yg mabeles sedap. Beli kat kafe kolej. Cicah dengan sambal tumis.. lembut saja. Macam buatan rumah. Tambah rezeki lagi..Puan Bos (Manager) bawak pulak pizza buatan sendiri.. cembat jugak sepotong.. Pagi tadi sebelum tinggalkan rumah sempat masak jugak nasi goreng ikan masin cendawan .. eh makan jugak.. kiranya dah siap makan tengahari sekali la nih.. (rasa-rasa banyak kalori dan kolesterol heheheh).
                 Alhamdulillah.. memang benar, rezeki ada dimana-mana. Aku selalu percaya sesusah mana pun mesti ada lorongan rezeki untuk kita yang diberikan oleh Allah SWT setiap hari. Rezeki itu juga bukan setakat nasi , air dan makan minum.. rezeki itu luas merangkumi semua aspek.. kesihatan yang baik, rumah tangga yang aman, anak-anak yang mendengar kata, pekerjaan seharian yang mudah..kemudahan kita untuk menjalankan kewajipan yang 5 waktu, juga rezeki.. besar maknanya rezeki itu.
                Ada seorang yang ku jumpai dalam perjalanan kehidupanku.. yang sering saja datang atau bertemu saja dengan muka aku akan mengeluh dan setiap hari mengeluarkan keluh kesahnya tentang semua kesusahan hidupnya. Seingat aku dari mula aku kenal dia… memang dia akan sentiasa akan mengeluh akan semua benda.. akan semua ketidakpuasan hatinya kepada semua benda.. dan setiap hari juga telinga aku ni mendengar kata-katanya. .. sehingga suatu hari aku menegur dia kerana telah tidak tahan lagi dengan sikap negatifnya. Sayangnya teguran aku itu telah menyebabkan dia berkecil hati dan menjauhkan diri daripada aku.. yang paling sadis dia mencari orang lain lalu mengaibkan aku pulak yang selama bertahun-tahun mendengar keluh kesahnya.. Mulanya aku kesal.. tapi lama kelamaan aku memutuskan untuk tidak memperdulikan dia lagi malah memaafkan dia.. Aku mengambil keputusan untuk tidak mahu hidup lagi dengan orang yang sentiasa berfikiran negatif. Aku ingin hidup dalam suasana dan aura positif. Aku percaya sesusah mana pun kita ini harus sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT dan makhluk ciptaanNya . Kerana apabila kita positif maka semua yang baik-baik saja datang kepada kita.
                Aku tidak nafikan dalam kehidupanku juga ada saat yang paling teruk.. ada masa aku patah semangat, marah.. dan geram pada semua benda.. namun cepat-cepat aku bangkit.. tidak mahu duduk dalam cahaya kegelapan.. aku percaya sinar terang sentiasa ada asal saja kita tidak putus harap dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT   agar mempermudahkan kehidupanku ini.
Segala puji bagi Allah yang mencipta sekalian Alam dan diriku juga. Alhamdulillah…
Selamat hari raya maaf zahir batin.:)