Pantai Punggai |
Aku dan suami memutuskan untuk
pergi membawa anak kami beriadah. Sementelah anak masih tidak bersekolah Agama
disebabkan peperiksaan Tahap 2 yang membabitkan darjah 4, 5,6 baru saja
bermula.
Seawal
jam 11.00 pagi aku sudah memasak makanan untuk kami nikmati waktu tengahari
nanti. Hanya menu simple tetapi kegemaran mereka berdua sahaja, tumis bayam,
sambal sotong dan caru bakar masak lemak cili padi. Ditambah dengan desert
puding koktel pemberian miss Boss semalam (semalam kami membuat potluck di
office sempena potluck terakhir bersama beliau). Juga sedikit potongan
buah-buah epal dan air masak untuk kami.
Selepas
solat Zohor kami bertolak. Mereka berdua sibuk dengan barangan untuk memancing
di tepi pantai. Cadangnya suami akan mengajak anak untuk melabuhkan joran di
pesisir pantai. Lebih kurang 15 minit kami tiba di lokasi di Pantai Punggai.
Kedudukannya agak dekat dengan sebuah chalet. Nak tau lebih lanjut boleh Google
la ye.. Tapi kami bergerak ke kawasan yang agak jauh sedikit dari orang ramai.
jalan yg kami lalui ada sedikit semak samun |
Add caption |
dekat je dengan pangkin tempat kami letak barangan |
ombak menggulung ke pantai |

subhanAllah..

dari kejauhan .. gambar blurrr sikit
Sangat mengujakan.. bukannya aku tak pernah pergi pun ke sini. Sebenarnya dah beberapa kali. Tetapi setiap kali masih mengujakan aku. Dengan bunyi deruan air pantai dan tiupan angin di tengahari yang sunyi namun nyaman.. sangat mempesonakan. Aku leka dalam kedamaian itu.
Kebetulan tempat yang kami pilih itu ada bekas runtuhan pangkin yang masih boleh digunakan kayu-kayunya sebagai pengalas makanan, maka kami tidak perlu terus duduk di pantai. Dari tempat kami meletakkan makanan lebih kurang dlm 50 meter ke gigi pantai. Sementara aku sibuk menyiapkan makanan dan persediaan untuk makan, lelaki berdua itu sibuk juga memasang peralatan memancing. Yang paling sibuk sudah tentu bujangku. Dengan mulutnya yg becok asik bertanya.. itu ini.. memang riuh.. walaupun hakikatnya hanya kami bertiga yg berbentuk fizikal manusia di situ. Heheheh (makhluk aku sudah tentu tak nampak kan!).
posing sikit |
bersedia |

yg depan pandang kamera mengarah saja taunya
Selesai kami menjamu selera.. aduiiii seronok.. anak bujangku asik cakap terima kasih mama.. terima kasih ayah bawak abg pi piknik.. dah lama kita tak makan camni kan .. aduiii.. memang betul.. lama sungguh kami bertiga tak piknik begini. Selalunya kami jika berjalan di kawasan pantai di Kota Tinggi ini kebiasaanya kami makan luar sahaja. Lebih mudah dan tak berkecah..

Dengan Bismillah dan doa kami menjamu selera

ini antara yg dimasak tadi..
Selesai makan.. mereka kembali menyambung pancingan mereka sementara aku membaca surat khabar, membuat crossword dan melayan mata yang zzzzz……Lebih kurang jam 4.30 kami bergerak balik ke penginapan kami (heheheh rumah sebenarnya). Aku berkata kepada suamiku ‘ orang lain menghabiskan beratus ringgit untuk menikmati pemandangan ini dan datang ke sini. Kita bertiga tak habiskan pun RM20.00. Ok nikmati ye pemandangan yg aku sempat snap tadi. Gambar tak seberapa .. hanya menggunakan kamera murah dengan tiada kepandaian nak ambil foto dengan cantik. Tapi boleh la…
seorang diri di sebelah kanan |
seorang diri di sebelah kiri |
mula bergerak. (jenis tak reti duduk diam) |
mula bosan.... |
Barangkali cuba menarik ikan |
Pulang mari la pulang... |