Pages - Menu

Followers

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA , 1 SYAWAL 1430



Bermula esok adalah hari cuti sempena Hari Raya bermula di INSTEDT. Tetapi hari ini sunyi betul. Telah ramai kakitangan yang pulang ke kampung. Di bahagian Akademik terutama di bilik Pentadbiran Akademik masih penuh lagi dengan manusia. Cik Pengurus Akademik yang jelita Cik Darrena masih ada, cik azie yang bakal menamatkan musim 'cik'nya masih bertungkus lumus membuat surat amaran kpd pelajar yang tak hadir, cik haiza yg seksi juga masih ada, dan yang pasti pn Siti yg gemuk tapi cun masih lagi tabah menjalani kehidupan sbg pekerja. hehehhe.
Cuti bermula 19hb adalah cuti yang diberi oleh kolej ditambah satu hari lagi pada hari rabu iaitu 23hb Sept 2009. Terima kasih la bos sebab bagi cuti...Dan terima kasih la bagi bonus.. alhamdulillah. Boleh buat belanja raya.
Saya sendiri hari ini seikhlas hati mengaku bahawa dah tak de 'mood' nak kerja krn hati saya telah berada jauh di kampung hehhe walaupun kampung tu cuma berada di Benut sahaja. Tunggulah kepulangan ku Kampung Permatang Duku!!!. Tak sabar nak beraya di kampung . Tahun lepas saya beraya di sebelah suami. Balik kg juga. Tapi kg suami berada di bandar. Jauh le bezanya raya di kg sendiri yang memang betul-betul kampung.
Saya sedih juga pada hari ini sebab banyak kuih yang ditempah belum dapat ditangan. Nampak gaya kena le beli kuih lain diperjalanan balik nanti untuk mak tercinta. Apa pulak kata mak andai saya balik berlenggang punggung saya yg memang beso nihh... ..
Untuk semua yang sudi membaca blog saya ini, saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf, zahir dan batin, halalkan makan minum, ampunkan segala dosa termasuk tutur kata dan perilaku yang mungkin menyinggung hati, samada perbuatan itu disengajakan atau tidak, tersurat atau tersirat. Yang pastinya yang buruk itu datangnya dari khilaf saya sendiri.
Saya juga telah memaafkan semua kenalan-kenalan, sahabat-sahabat, rakan akrab, samada yang hidup atau yang telah mati, berada di Malaysia atau diluar negara, kerana saya sedar bahawa memaafkan adalah langkah terbaik bagi merawat kelukaan hati.
Kepada yang pulang ke kampung halaman berhati-hati di jalan raya, memandu dgn berhemah dan sampaikan salam buat keluarga terutama orang tua.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

No comments: