Pages - Menu

Followers

Friday, August 5, 2016

Telepon Rosak 1-Mana kasih Sayangmu ?


Kedua-dua gambar diambil daripada google.


Sebulan yang lepas ada beberapa ramai kawan aku yang mengeluh dan marah-marah kerana aku tidak aktif di satu sistem komunikasi masakini. Ini kerana alat perhubungan aku iaitu telefon bimbit rosak.

Beberapa orang ini (termasuk adik beradik) mengeluh kerana sukar berhubung dengan  aku dan terpaksa mengeluarkan modal iaitu nilai RM untuk menaip sistem pesanan ringkas (SMS) dan untuk bertelefon dengan aku.

Aku pula seperti biasa bukan kisah sangat berkenaan ketiadaan alatan canggih untuk berhubung. Aku masih orang lama yang percaya telefon dicipta untuk tujuan berhubung dengan mendail dan mendengar suara. Pada orang seperti aku, telefon hanyalah alatan untuk aku berhubung, mendengar suara orang yang aku sayang dan bertanya khabar. Itu sahaja.

Tapi tetap ada pengecualian apabila ianya melibatkan urusan kerja. Apatah lagi aku salah seorang telemarketer bagi INSTEDT, jadi alatan ini adalah salah satu perkara penting semasa urusan pekerjaan.

Malangnya bagi seorang aku pula selepas tempoh pengambilan atau satu-satu intake aku akan terus senyap. Ini kerana aku berpendapat setiap daripada kita ada had pada sesuatu perkara yang kita kerjakan.

Ketahuilah Kawanku (dan adik beradikku) aku tahu beban yang kau tanggug kerana terpaksa menanggung kos tambahan kerana menghubungi aku melalui SMS dan bertelefon. Jangan emosi dengan aku. 

Percayalah setiap duit yang kau keluarkan untuk aku akan membawa kebahagiaan kepadamu apatah lagi dapat mendengar suaraku yang merdu ini (cewahhhhh). Aku ini orang biasa. Bukan artis yang kau perlu dengar selalu kisahnya. Kehidupanku pada hari-hari biasa adalah sama seperti kalian. Tidak ada apa yang terlalu istimewa untuk aku update selalu. Jika aku update mungkin juga akan menjemukan kalian. Atau lebih dasyat daripada itu kau akan kata aku menunjuk-nunjuk pula. (hahahhahaha).

Teknologi dicipta untuk mendekatkan kita sesama kita. Tetapi janganlah diambil kesempatan untuk memudahkannya hingga kau lupa keindahan lain yang kau rasai terutamanya ketika kau mendengar suara merduku (perasan lagi) mengangkat telefon. Kau mungkin juga akan tertunggu-tunggu  mendengar suaraku di talian. Jangan kau lupa rasa itu.

Aku ingin juga bertanya pada kau kawanku. : Bilakah kali terakhir kau mendengar suaraku. Aku rasa dah berpuluh tahun kan? Jadi apa salahnya kau telefon aku. Tak rugi kau rugi 10 sen atau RM1 untuk mendengar suaraku. Mana tahu ini kali terakhir antara kita mendengar suara sesama kita. Siapa tahu kan :)

Kepada kau semua .. jangan kedekut dengan aku. Ingat, aku kawanmu (aku kakakmu) Apa salahnya kalau kau telefon aku seperti aku selalu buat kepadamu yang tak jemu-jemu menelefon kalian. Tak payah banyak kali sekali seminggu cukup. Kalau nak hari-hari apa salahnya. SMS sahaja. Kalau guna Tunetalk SMS rasanya kos hanya 10 sen sahaja.


Akhir kalam, duit hanya angka. Memang kita diajar berjimat. Tetapi berpada-pada. Kasih sayang lebih mahal daripada segala yang ada di dunia ini. Begitu juga kasih ku pada kalian. Besar lagi daripada sebuah telefon. 

1 comment:

Unknown said...

Ini di panggil individual perception. Tiada yg salah dlm luahan ini.
Setuju bahawa setiap pkra ada had.