Pages - Menu

Followers

Tuesday, July 28, 2009

INFO DARI BACAAN


Info ini dpt sewaktu membaca dan kemudian ada seorang kenalan saya 'mengemelkab' untuk saya, jadi cantikla.. saya terus je copy.. Ini saya kongsi kerana ada juga dikalangan kita ni yang tak berapa suka mandi dan seterusnya faham-faham je la...apa yang terjadi seterusnya. hehehhehe:)


Gambar ni pulak ada kaitan dengan mandi sebab makhluk ni kat air dan badannya sentiasa sejuk. walau ramai dari kita geli akannya, tapi saya tetap menganggap makhluk ini comel ...




KEBAIKAN MANDI
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang
diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita
diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam
dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat
memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat
membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat
gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya
bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan
ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam
air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian
dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam
selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender,
peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan
hidung, selsema dan sembelit.

No comments: