Pages - Menu

Followers

Tuesday, August 4, 2009

Sambutan Hari Jururawat INSTEDT 3 ogos 2009

Pada 3/8/09 lepas, sambutan Hari Jururawat INSTEDT diadakan di Dataran Penawar (tu depan kolej la). Sambutan ini sepatutnya diraikan pada bulan Mei lepas. tapi ditangguhkan atas sebab kesibukan pengendali hehehhe..

alhamdulillah seramai 54 orang batch pertama akan tamat pada penghujung tahun ini. 31 ambilan pertama pada bulan julai 2006 akan tamat pada september 2009 dan 23 org ambilan Dec 2006 akan tamat pada Disember 2009. Kedua-dua batch akan menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat pada Bulan Disember nanti.

Rasa macam tak percaya mereka ini telah hampir 3 tahun bersama disini. kedua-dua batch ini mempunyai nilai sentimental yg tinggi pada diri saya. Hampir kesemuanya dekat di hati. Ini adalah batch penentu kepada batch seterusnya.. Ainul, Suriana, Jameah, Norizan, dan yang lain-lain dekat dihati. Mereka yang rajin membantu setiap acara di Jabatan Kejururawatan. Apatah lagi Shahnorlizana, ziana fatehah yang saya sifatkan cukup nakal. Alhamdulillah hampir tamat mereka semua.

Di batch kedua , sharil, hapisza, timah, maizura.. cukup berbekas dihati. apatah lagi si lezar yg selalu kena tegur dengan saya. Alhamdulillah mereka dpt lalui tahun-tahun sebelum ini dgn berjaya menepis dugaan yang sering menghalang mereka fokus pada pembelajaran.

Sambutan ini pula adalah yang ketiga yg saya ikuti. Acara simple tapi manis. itu yg penting. Hanya dibarisi oleh Ajk dikalangan mereka tp dpt melaksanakan dengan baik.

Apa yang penting telah ada golongan pelapis yang yg akan jadi satu lagi contoh untuk keseluruhan di Jabatan ini. Semoga Jabatan ini terus suksess dan berjaya.

No comments: