Pages - Menu

Followers

Wednesday, August 12, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa




Lama telah tidak menulis. Bukan disebabkan saya banyak kerja tetapi kerja harian memang setiap hari ada. Hari ini saya membuka link blog penulis kegemaran saya Pn Norhayati Berahim. Seperti biasa blog beliau banyak membuka minda saya dan pemahaman saya terhadap kehidupan. Tentang bagaimana kita perlu meyayangi semua makhluk di dunia ini.

Apa yang membuat saya jadi terkedu ialah mengenai ketidakfahaman beliau mengenai penulisan blog seorang artis, pengacara dan selebriti yang terkenal. Ini membuatkan saya juga singgah sebentar ke blog artis terbabit. Bukan niat saya untuk mempercayai jauh sekali untuk menjadi hakim mengadili orang lain. Saya singgah sekadar untuk membuat kepastian. Astagfirullah…. Sungguh dasyat sekali tulisan diblog tersebut. Walau berat hati untuk mengikuti post yang dihantar saya kuatkan semangat membaca semua tulisan beliau.

Apa yang ditulis seperti kata selebriti itu memang haknya, Ini kerana blog itu blognya. Tapi membuat saya terfikir kenapa begitu sekali bahasanya. Apatah beliau salah seorang yang saya minati sewaktu awal kemunculannya sebagai pengacara. Namun apa yg boleh saya simpulkan ialah mungkin beliau mempunyai masalah yang beliau tidak dapat mempercayai siapa-siapa lagi. Dan siapa lah kita sebagai manusia untuk menilai beliau . Hanya Allah SWT sahaja yang boleh menilai kita. Mungkin di mata kita beliau begini tapi di sisi Allah mungkin dia tinggi. Kita tidak tahu. Dan sampai bila pun tidak akan tahu.

Sebelum ini juga saya membaca blog artis lain yang saya minati lakonannya iaitu saudara Aqasha dan Zed Zaidi. Kedua-dua blog ini simple tapi saya suka. Saya suka blog Aqasha sebab penulisannya di blog mencerminkan pengertiannya tentang dirinya sendiri. Dia faham dirinya sebagai insan. Penulisannya membuat dia tidak menghakimi org lain tetapi dia memberi kefahaman kepada org lain tentang bagaimana dia dlm sisi d luar gemerlip anak seni. Saya suka cara penulisannya. Menggunakan bahasa mungkin pada org lain sukar difahami. Tetapi saya faham apa yang cuba disampaikan.

Begitu juga Zed Zaidi. Saya jadi berminat pada blognya selepas Shamsul Yusof meluahkan rasa terkilan kepada dia dlm sebuah akhbar yang kebetulan pada hari tersebut saya baca. Zed seorang yang pada saya jujur dan banyak membaca. Jadi pada kawan-kawan yg suka nak membaca idea mereka sila la pergi sendiri ke blog mereka. Heheheh.

Berbalik pada tajuk di atas, bahasa memainkan 1000 peranan penting dalam hidup bermasyarakat. Sebab salah bahasa dan salah pengertian kita boleh bertelagah sesame kita. Dalam sebuah kehidupan harian didalam opis..contohnya… jika seorang majikan salah memberi arahan atau memberi dalam bahasa yang membuat tanggapan berbeza juga boleh menyebabkan perbalahan. Bahasa yang kesat kemudian disampai-sampaikan juga akan menyebabkan kasih sayang sesama kawan juga punah.Jika begitu akhirnya kita ini akan hidup kesepian dan tiada mepunyai kawan yang ikhlas.

Akhirnya jaga lah bahasa dan tutur kata. Carilah kata-kata yang baik dan ikhlas. Biar yang mendengar gembira setiap kali kita bersama kawan-kawan.

Bukan niat mengutuk jauh sekali mengadili. Apa yang ditulis ini adalah teguran untuk diri saya juga. Supaya saya lebih menghargai semua yang saya miliki hari ini. Saya bertekad setiap hari untuk menjadi lebih baik dari semalam. Walau selalu juga mengguris hati-hati insan tersayang dan kawan-kawan. Tapi saya ingin jadi lebih baik dari hari ini. Insyallah niat yang ikhlas akhirnya saya yakin Tuhan akan kabulkan.

Saya selalu percaya tidak semua yang kita dapat dlm hidup indah sahaja. Kita mesti dpt kelabu, hitam, merah, kuning dan segalanya. Untuk itu baru lah hidup ini berwarna warni. Baru kita tahu kita ini tidak selalu baik kekadang kita juga adalah manusia bertopeng hawa nafsu. Tuhan bantulah diriku menjadi lebih baik.

Cinta itu Indah….

No comments: