Pages - Menu

Followers

Saturday, October 15, 2011

Kasih nya Bapa

Hari ini (sabtu) saya ada temujanji dengan seorang bapa pelajar.. Dia menelefon saya sejak hari isnin lepas utk membuat temujanji ini. Dia kata kepada saya dia ingin berjumpa saya sebab ingin mengambil lesen Jururawat anaknya dan mengambil sekali sijil, transkrip dan diploma anaknya yang belajar ditempat saya ini.

Bapa pelajar ini namanya En T (seorang bapa berbangsa india). Saya dan beliau memang selalu berhubung terutama tentang anaknya. Anaknya seorang perempuan. cantik dan manis. Anda dpt bayangkan seorang gadis india yg cantik dengan mata bulat tapi teduh, alis dan kening yg terletak apa lagi dgn hidung mancung.. tentu cantikkan! apa lagi ditambah agak bijak dlm pelajaran.

Anak beliau masuk belajar dan mendaftar disini pada penghujung bulan Disember 2007. Itu pun setelah saya mendapat no telefonnya melalui puan CEO yg balik membuat roadshow di Penang. Puan CEO menyuruh saya menelefon lebih kurang 20 no yang memuatkan nama-nama prospek yg difikirkan akan datang melapor diri. Jadi daripada situ saya berkenalan dengan anaknya. tapi saya hanya berhubung melalui telefon dgn anaknya sekali sahaja. Kebanyakan masa memang saya berbual dengan En T mengenai kemasukan anaknya ke tempat saya ini.

Menurut En T, beliau hanya bekerja sebagai buruh atau tukang kebun di sekolah sahaja. Tapi memandangkan beliau mahu anaknya belajar diperingkat diploma dan mengambil kursus kejururawatan beliau akan berusaha mencari duit dan membayar yuran pendaftaran sesegera mungkin. Beliau memang mahu anaknya segera belajar di sini.

Alhamdulillah sepanjang 5 semester anak beliau berada di sini, semuanya berjalan dengan baik. Saya juga turut sama memantau secara diam pergerakannya anaknya. Ye la sebab orang tuanya telah mengamanahkan utk saya menjaga dan melihat-lihat anaknya, jadi saya pun turut sama aktif dalam melihat prestasi si anak dan aktivitinya di kolej.

Tetapi semasa semester ke 6 beliau telah buat hal. sedangkan pada penghujung semester 6 itu juga si anak ini akan menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia bagi mendapatkan lesen jururawat. Ketua Jabatan beliau juga memaklumkan bahawa beliau tidak mahu masuk dlm kelas revision yg disediakan. Dikhabarkan beliau byk masalah peribadi tanpa menjelaskan secara spesifik apa masalahnya.

Mendengan hal ini saya terus menghubungi En T. Pada mulanya en T tak dpt menerima hal ini dan ingin lepas tangan sebab marah. Tapi saya menasihatkan beliau utk kebaikan anak dan beliau sendiri supaya sama-sama mengambil berat dan menyelesaikan masalah ini segera. Si anak pula selepas disiasat rupa-rupanya sekarang telah mempunyai teman lelaki dan telah bercadang utk berkahwin. En T menghubungi saya dan berjanji akan memastikan anaknya masuk peperiksaan yang telah ditetapkan. Anaknya datang utk peperiksaan LJM tersebut dan spt diduga dia kandas dlm peperiksaan tersebut.

Masalah kedua pula datang sewaktu peperiksaan ulangan pertama beliau juga tidak hadir. perkara ini juga saya maklumkan kpd En T. Sedih hati saya bila mendengar suara sayu en T apatah lagi dia memaklumkan isterinya jatuh sakit mengenangkan hal anak mereka itu.

Akhirnya entah bagaimana setelah 3 pucuk surat kami kirimkan kpd si anak melalui alamat bakal suaminya dia dtg utk mengambil peperiksaan ulangan tersebut dan berjaya. Segala perbelanjaan si anak si ayah pula sekalil lagi terpaksa mengeluarkan belanja yg lebih sehingga berhutang sana sini dgn saudara mara bagi memastikan si anak tadi dpt membuat kelas ulangkaji dan mengambil peperiksaan ulangan. Si ayah pula sentiasa menelefon utk mengetahui perkembangan anak. Setiap kali itu juga saya berasa sedih krn beliau selalu sebak dan tak dpt berckp bila berbual tentang hal anaknya itu.

Alhamdulillah si anak berjaya. tapi lain pula ceritanya. Surat mengenai konvokesyennya pada 1 ogos lalu yg kami telah serah kpd si anak tidak pula dimakluman kpd si ayah dan si ayah terkejut apabila menelefon saya pada penghujung ramadhan lepas dan terkilan krn tak dpt hadir ke majlis konvo anaknya itu. Si anak juga tak hadir sebenarnya ke graduation day tersebut. perghhh saya betul-betul sedih dan marah .. kenapa la si anak ini tak boleh memikirkan kesedihan org tuanya. tak memikirkan hati mereka. terdetik dalam hati begini rupanya anak-anak bila dah ada teman lelaki ke? Aduhai itu baru anak seorang bagaimana pula perasaan ibubapa yg mempunyai anak dua tiga org yg membuat masalah dlm hidup....

Tadi.., sewaktu saya serahkan sampul berisikan transkrip, diploma, dan sijil LJM itu berlinangan air mata kedua-duanya. Mungkin juga perasaan mereka berbaur antara sedih dan gembira. Si anak ini pula tak peduli langsung utk mengambil kesemua perkara yg berkaitan dgn dirinya ini. Si org tua pula sanggup datang dari jauh dtg berkereta 7 8 jam dari Pulau Pinang utk mengambil dokumen anaknya. Sayangnya si ayah ini sampai sanggup pula membayar habis segala tunggakan yuran anak. ohhh.. sayu hati saya.. apa jenis anak ini sampai sanggup berbuat demikian rupa kpd org tuanya. Sebak rasanya melihat kedua mereka merenung lama diploma dan sijil-sijil anak mereka. Apa yg terkandung dlm hati mereka tidak saya ketahui. Tapi yg pasti kesedihan pasti ada dalam tangkai hati mereka. Tidak putus-putus beliau dan isteri mengucapkan terima kasih kpd ketua jabatan dan saya atas usaha kami menjaga hal anak mereka. Sewaktu saya memeluk siibu saya sempat menitipkan kata semangat dan doa saya semoga anaknya akan kembali kpd keluarga mereka. Sungguh syahdu bila siibu turut mendoakan supaya tuhan sahaja memberi kebaikan kpd saya sepanjang hidup saya. Aduhh.. terharu...

Saya terfikir berat sungguh dugaan menjadi ibu-bapa ini dari saat mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan menyekolahkan sehingga anak berkahwin pun masih lagi menjadi fikiran dan sentiasa hidup dlm pemikiran org tua. Masih terngiang ditelinga saya kata-kata ibu pelajar tersebut bahawa dia bukan tidak membenarkan anaknya berkahwin, cuma ibunya meminta beliau habiskan belajar dahulu baru la berkahwin. Ayahnya pula tiada halangan utk si anak pun utk berkahwin walaupun tau bakal menantunya kerja tidak tetap. Si anak pula hingga kini tak pernah pula pulang ke rumah. Sebaliknya terus menetap dgn suaminya. Saya difahamkan anaknya telah mendaftar perkahwinan tersebut. Cuma masih belum menjalani upacara tradisi masyarakat india.

Apa yg saya fikirkan sekarang bukan hanya masyarakat melayu sahaja yg menghadapi masalah anak kawin tak beritahu ibu bapa, masyarakat lain juga begitu. Anak hadirnya dalam hidup kita dia la racun dia la penawar!. Moga Allah mengurniakan kita anak-anak yang dapat membantu dan membahagiakan kita di dunia yg satu lagi. Anak yang dapat berbakti kpd Allah. InsyaAllah.

No comments: