Tanggal ini memang menyedihkan bagi diriku. Berpisah
dengan seorang bos yang aku sifatkan cukup prihatin dan dalam masa yang sama
profesional. Mengenalinya selama 6 tahun secara peribadi dan sebagai bos di
Bahagian tempat aku bekerja , kesedihan ini lebih terasa. Suasana ini
sebenarnya memang aku jangka akan berlaku lebih awal lagi dari tarikh ini,
memandangkan aku melihatnya sebagai bos yang berjaya. Tetapi bila ianya berlaku
aku jadi sedih.
Pada tahun 2009, aku dipindahkan ke bahagian
Akademik. Sebelumnya aku bertugas di Bahagian Hal Ehwal Siswa pelajar sejak
mula aku berpindah di sini pada awal tahun 2005. Waktu itu Bahagian HES
dipanggil Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pada waktu itu dengan pengetahuan yang
nil, tiada pengalaman aku mula bekerja
dengan team pejabat Akademik yang baru dengan 3 lagi pembantu tadbir yang lain
yang juga baru kecuali seorang sahaja yang pernah menjadi pembantu pensyarah
sebelum bertugas dengan kami.
Mengenalinya secara lebih dekat, aku dapat melihat
sisi lain dalam dirinya. Dalam keseriusan dan ketegasan beliau masih mampu
memimpin dan membimbing aku dan pegawai lain yang hampir kesemuanya baru pada
waktu itu. Dibawah pimpinan beliau kami berganding bahu cuba dan bekerja sebagai
satu pasukan. Alhamdulillah beliau walaupun waktu itu beliau juga masih baru
namun mampu membimbing kami dan mendidik kami juga dengan tugas yang telah
dirancang oleh beliau selaras dengan permintaan organisasi kami.
Banyak pengalaman yang aku kutip.. baik daripada segi
profesional dan peribadi. Sebagai salah seorang pegawainya aku juga mempunyai
hubungan yang agak rapat di luar waktu bekerja. Secara jujurnya.. sesiapa yang
mengenali aku dengan baik akan tahu biasanya aku tidak rapat selepas waktu
kerja dengan kawan sekerja maksud aku, aku jarang melepak atau mengeteh dengan
mereka. Tetapi dengan beliau tidak. Walaupun tidak begitu rapat dengan
familynya ..aku mengenali ibu, ayahnya dan dua adiknya iaitu lelaki dan seorang
adik bungsu perempuan. Ayah dan ibunya aku kenali sewaktu beliau belum lagi
bertugas di kolej ini. Ini kerana sekitar 2005-2007 familynya ada sebuah kedai
makan.. Ibunya juga menjual kuih muih yang aku amat gemari iaitu keria yg comel
dan bingka ubi yang mabeles. Seingat aku memang ramai yang membelinya hingga
kadang-kadang berebut nak membeli sebab takut kehabisan.
Bila dia mula bekerja aku fikir selepas sebulan baru
aku tau makcik dan pakcik yang menjual kuih itu adalah ibubapanya. Sejak itu
aku rapat dengan beliau. Ada masa kami minum petang atau keluar makan-makan
atau kadangkala beliau melepak di rumah sewa aku. Kebiasaanya ketika suamiku
tiada atas urusan lain. Anakkku juga rapat dengan beliau. Selepas beliau berumahtangga, kadangkala aku
dan anak diajak sama untuk bersama mereka suami isteri untuk ke Myden atau
minum petang di tempat favourite kami .. mamak la apa lagi.
Jujurnya banyak rahsiaku ditangannya. .huhuhuww.
(harap dia tidak pecah rahsia hahahah). Namun mengenalinya selama 6 tahun aku
tahu dia seorang yang boleh dipercayai. Dia tegas, kadangkala garang, kadang
moody, tapi dia penyayang, prihatin, empati dan suka menolong orang lain. Dia
tekun dan gigih bekerja. Dia mampu melaksanakan tugas yang mencabar walaupun
adakala ada orang yang tidak percaya dia boleh. Dia suka berkumpul dengan
orang, dia mendengar cerita orang, dia simpan cerita itu, dia boleh dipercayai.
Dia mendengar sahaja. Dia tidak menghakimi. Dia sering menasihatkan (tapi dia
mungkin tak sedar dia menasihati kami) supaya kami lebih objektif, tidak
menghakimi orang lain dengan terus membuat keputusan tanpa menimbang terlebih
dahulu dan mendapatkan kepastian. Aku
suka sikapnya. Walaupun dia lebih muda daripada aku, tetapi dia matang. Tidak
dinafikan ada juga sikap manja yang hanya orang rapat yang tahu. Dia nampak
seperti tiada perasaan. Tetapi sebenarnya sangat prihatin.
6 tahun bersamanya di tempat kerja ini memang aku
tahu dia akan pergi. Aku sepatutnya telah bersedia.. tapi aku masih sedih. Dalam
perjalanan hidupku bekerja setakat ini 1994- 2015, hanya dua orang yang membuat
aku sedih bila berpisah kerja. Yang pertama kak Faizah (nanti aku ceritakan
kisahnya lain kali) yang aku kenali pada tahun 1995-1996 dan yang kedua adalah
bosku yang kini akan berpisah. Kawan yang lain aku sedih juga.. tapi yang ini sangat
sedey..
Aku tahu dia sedih. Namun ini adalah jalan kehidupan
kami dan juga dia. Bertemu dan berpisah adat dalam perjalanan ini. Aku
menganggap dia bukan sahaja bos, malahan secara peribadi adalah saudara yang
rapat. Aku tahu dia akan lebih berjaya ditempat baru. Di mana pun beliau berada
aku akan sentiasa mendoakan dalam setiap doaku kepada Allah SWT moga dia akan
selalu sihat dan gembira dalam hidupnya. Aku dan rakan-rakan yang tinggal akan
terus memastikan bahagian kami akan terus berjalan dengan lancar menggunakan
ilmu seperti mana yang telah beliau ajar kepada kami.
Jika dia membaca coretan aku ini, aku mengambil
kesempatan memohon ampun dan maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki
jika ada kesalahan yang aku dan family aku lakukan samada yang disedari atau
tidak. Bos tetap dalam ingatan ku. Terima kasih atas segala ilmu dan kesabaran
melatih dan membimbing kami selami ini. Terima kasih L
Dicatat oleh sang pencinta
yang sedang dalam kesedihan.
No comments:
Post a Comment