Pages - Menu

Followers

Friday, October 30, 2015

Ragi Cinta

Friday 30, 2015


Setelah lama tidak menulis, aku kembali mencoretkan di blog bersawang ini. Selepas menikmati makan tengahari (yang sebenarnya sarapan pagi tadi) aku berkeyakinan dan berhajat untuk menulis.

Sebenarnya aku duduk sejenak selepas menikmati mehoon goreng. Aku duduk memikirkan keadaan diriku hari ini. Setelah 10 tahun melayari kehidupan berumahtangga aku membuat konklusi bahawa cinta itu ialah sebuat pembelajaran. Kenapa aku katakan begitu. Ini kerana sebuah hubungan tidak akan bertahan lama hanya dengan kita menyandarkan semata-mata kepada kekuatan cinta, kerana cinta ibarat sepeket yis atau ragi. Kita la perlu mengolahnya untuk menjadi sebuku roti standard (contohnya gardenia ke ) atau sepinggan pizza yang lazat. Untuk mendapatkan hasil yang nikmat itu hanya satu caranya. Cara yang paling sederhana dan murah iaitu Belajar. Belajar untuk memahami, menaakul dan menerima kekurangan dan kelemahan pasangan masing-masing dengan mengerti bahawa manusia itu banyak kekurangan. Manusia itu adalah makhluk yang lemah. Manusia akan jadi berbeza dengan ciptaan yang lain kerana kita dikurniakan dengan akal dan fikiran.

Namun, aku sedar aku juga punya kelemahan. Walaupun aku belajar namun aku masih lemah juga. Aku tidak malu mengakui aku ada kekurangan. Belajar banyak mana pun kelemahan tetap ada. Cuma mungkin kelemahan itu makin berkurangan. Andainya perjalanan hubungan ini tidak berjaya aku fikir Allah telah mengaturkan sesuatu untuk aku. Sesuatu yang tidak aku ketahui. Aku juga berfikir perjalanan dan kepayahan ini adalah satu bentuk ujian yang perlu aku jalani. Ianya telah ditetapkan untuk aku. Walaupun aku belajar untuk menanganinya, mengikut cara yang aku fikirkan sesuai dan seperti disarankan oleh manusia lain. Akhirnya aku berserah kepada Allah SWT supaya setiap keputusan aku ini datangnya terus daripadaNya, jangan sesekali keputusan ini datang daripada diriku sendiri. Takut atau tidak aku akan terus melangkah hingga nafas terakhirku yang aku sendiri juga tidak tahu bila akhirnya. 

2 comments:

Comels said...

jijah kuat.go jijah,go!

siti azizah Sang Pencinta said...

kau lagi kuat daripada aku comels :)