Pages - Menu

Followers

Friday, June 24, 2011

Jumaat Yang Damai

Salam Jumaat.

Hari ini hati teringin menulis. Tapi nak menulis tentang sesuatu yang telah tiada.

Selasa 21/6/11-lepas seorang yang saya kenali telah pergi meninggalkan dunia ini mengadap penciptaNya kembali. Kembali semula dalam pelukan ilahi. Kembali meninggalkan dunia, suami, anak-anak, adik beradik, teman-teman dan kenalan.

Dia yang saya panggil kak yah atau nama betulnya Salasiah binti Mohd Salleh. Kak Yah ini sebenarnya adik kepada bos tempat saya bekerja. Kak Yah ini orangnya sangat baik hati, cakapnya lemah lembut, sentiasa cuba menyenangkan hati semua orang,... dan paling best sekali dia memang terer dalam bab masak memasak. Antara masakan dia yg paling saya suka adalah laksa penangnya dgn char kue tiow dan ayam gorengnya.Memang World!!!

Seingat saya yang mengenali beliau sejak tahun 1995, aruahnya ini memang baik. Cakap tak pernah meninggikan suara dan suka bergurau tapi dalam gurauan yg sederhana, mengusik tapi manis caranya... dirinya cukup istimewa kerana bila rapat dengannya kita rasa kita ini sebahagian daripada keluarganya.

Tahun 2010lepas semasa awal puasa aruah kehilangan seorang anak lelaki yang kemalangan dengan motor di depan sekolah Men Sukan Bandar Penawar (nama sekarang dah ditukar). Awal puasa tuh memang memeritkan dlm kehidupan aruah.Dia selalu bercerita tentang aruah anaknya (Zaid namanya). Anak ini memang anak yg sangat rapat dengan aruah kak yah. Dan kalau diikutkan diakhir-akhir kehidupan anak ini memang tak boleh berenggang langsung dgn kak yah. Bila anaknya meninggal kak yah jadi longlai seolah-olah hilang harapan. Selalu bersedih. Walaupun didepan orang dia boleh bergurau ketawa..tapi bagi yang rapat nampak dia memang sentiasa rindu aruah anaknya.

Sebenarnya sebelum meninggal dunia aruah telah keluar masuk hospital beberapa kali dan dua minggu lepas dia bertambah kronik.. ikut medical terms dia sihat.. tapi ada sedikit pendarahan di bahagian kepalanya.. sebelum itu dia selalu ke klinik.. sebab asik sakit-sakit. tapi biasala klinik biasa memang tak tau sakit sebenar... balik balik pun sakit demam..dan sakit biasa dia iaitu darah tinggi.. Minggu lepas suami dan adik beradiknya telah membawa dia ke Hospital Pakar Puteri.. tapi dibawa balik kerumah kemudian dihantar semula dan bila pulang kerumah dia cuma singgah sebab pada sebelah petang isnin dia telah koma semula. Jadi apabila sampai dihospital Kota Tinggi jam 7 petang dia disahkan telah meninggal dunia...

Aduh.. baru saya bercadang nak kerumahnya lepas magrib dapat pula perkabaran dia telah meninggal. Segunung penyesalan terbuku dalam hati.. tertanya-tanya kenapa saya kerap melewatkan melihat sesuatu yang sepatutnya telah saya buat awal. Ahh....

Keesokkan harinya saya pergi melawat.. Wajahnya tenang sepeti sedang tidur.. Ya memang tidur tapi tidur yang panjang.. tidur yang tak bangun lagi.. Saya akan rindukan dia sepanjang hidup saya.. Saya akan ingat dia bila lihat ayam goreng.. sebab dia sebelum sakit tempohari telah memberikan saya sebungkus tepung goreng ayam specialnya kpd saya untuk dicuba. Saya dan aruah pernah bercadang untuk memasarkan dengan giat tepung ayam goreng yang dibuat oleh dirinya. Tepung itu speacial. Seperti dirinya yang akan membuatkan ramai orang akan sentiasa merinduinya seperti mana diri saya.

Alfatihah untuk aruah kak yah. Insyallah saya akan sentiasa mendoakan kak yah dalam perjalanan hidup saya. Moga Allah menempatkan kak yah disisi hamba-hamba yang terdahulu ditempat yang istimewa. Alfatihah.

No comments: