Pages - Menu

Followers

Sunday, December 30, 2012

Perlukah Bulatan bulat di Bandar Penawar?

Pagi semalam semasa suami dan suami nak menghantar anak rumah pengasuh kami hampir bertembung dengan sebuah kereta yg tidak berhenti dan memberi laluan kpd kami kerana waktu itu kami sedang berpusing dan dia datang dari sebelah kiri kami . Namun mujur berkat ayat-ayat suci Milik Allah SWT kami selamat.. 

Sebenarnya dah banyak kali saya membebel pasal bulatan bulat di depan kedai Pak Din Corner tu. Saya rasa ianya terlalu tinggi berbanding mana-mana bulatan yg pernah saya jumpa. Setau saya tujuan bulatan tu dibuat nak memudahkan kereta keluar masuk simpang. Tp dek kerana tinggi sangat di tambah lagi diletak pokok-pokok bunga hiasan bagai lagi tambah tak nampak arah bertentangan. Entah la.. makin lama duk bandar penawar ni.. makin pening dibuatnya. Benda yg sepatutnya memudahkan pun dah jadi mengharu birukan keadaan. 

Saya tau sepatutnya semua pemandu kereta faham peraturan tp kadangkala ada benda lain yg menyebabkan org lain boleh ditimpa bencana. Rasanya dlm pengetahuan saya dah beberapa kali org accident di bulatan tersebut terutama di depan masjid bandar penawar. Agaknya yg bina ni kalau dia sendiri dah accident dan patah kaki kot baru nak tau bahawa pembinaan dia yg sepatutnya menyenangkan penduduk menyebabkan org lain jadi susah.. 

Saya tau mrk yang di arah tanam pokok tu hanya menurut perintah.. tp kalau dah merimbun lebih baik tanam lalang aje ! heheheh emosi tak sudah saya ni.

dah itu aje.. nanti kalau lalu lagi baru sy ambil gambo bulatan tuh :)

Tetiba!

 salam... lama tak menulis. Saya malas menulis. Asyik menjenguk blog orang aje. Banyak yg saya ingin kongsi tapi saya dah kehilangan semangat nak menulis. Tahun 2012, tahun ini kesihatan saya tak begitu baik. Saya kerap demam dan sakit. Tapi inshaa Allah masih lagi boleh bekerja. Sakit telinga..sakit sendi, sakit gigi hahahah macam-macam sakit termasuk sakit hati.

Apapun saya bersyukur pada Tuhan kerana masih meminjamkan lagi nyawa pada tubuh ini. 
Ada beberapa orang yg saya kenal telah pergi kepadaNya tahun ini. Sedih.. Tahun ini juga saya agak sedih.. (dipinggirkan),, tapi tak pe la.. saya percaya segalanya akan pulih tahun hadapan. 

Itu aje


Thursday, August 2, 2012

NOSTALGIA KUEH A.KA. BISKUT RAYA…


Seingat saya sejak umur saya 20 tahun lagi saya selalunya membeli saja kueh raya atau lebih tepatnya menempah saja.. bukan tak mahu membuatnya.. tapi tak pernah menjadi kuih yang diadun tu. J

Ada sekali dua juga saya cuba membuatnya.. masa tu baru mula berkahwin sekitar tahun 2005.. itu pun yg mudah iaitu biskut oat delite dan honey conflakes.. tapi jenuh betul membuatnya.. mengadun tak de masalah.. tapi menunggu biskut tu masak yg betul-betul buat tak sabar.. Saya adun .. cetak cetak .. lepas tu malas nak membakarnya.. kesudahannya biskut saya tadi di bakar oleh suami sambil membebel heheheh.. tapi boleh tahan la hasil bakarannya.. cantek je. (pandai en suami yek).

Bab kueh raya ni ada kisah menyayat hati huhuww. Tahun lepas.. kueh banyak tak abis.. walaupun belinya tak le banyak mana,  ada la dlm 3 - 4 balang.. tapi masa membayarnya hampir RM400 juga (beli banyak sebab ada tiga rumah nak dihantar,, rumah mak kandung, rumah mak mentua dan rumah sendiri.. ) Ada 2 balang terpaksa di buang sebab berkulat.. iaitu kuih tart nanas kegemaran saya dan suami.. saya sendiri tak tahu kenapa kueh tu boleh berkulat.. tak pernah sebelum ini berlaku kejadian begini.  

Tahun ini awal ramadhan lagi suami dah memberi amaran supaya jgn beli banyak kueh .. takut kejadian tahun lepas berlaku lagi.. huhuw.. banyak tak banyak.. ada banyak le juga saya tempah… .. . Tiap tahun menu hampir sama, tart nanas, almond london, kueh siput.. (ermm yg ni sgt sedap dan lembut) sapa nak boleh order yek.. dijamin sedap.., popia mini,, cuma tahun ni ada tambahan iaitu kueh kapit (yum..yumm..) kek kukus buah (ini bekas student yg buat) dan popia nestumm..

Teringat saya kepada perjalanan kueh raya di dalam hidup saya. Sejak muda lagi iaitu daripada umur 20 tahun bab kueh-kueh biskut ni memang saya beli sebab seingat saya mak saya iaitu cik Kamsinah tak mahu membuatnya .. seingat dlm ingatan saya hanya ada sekali mak membuat biskut raya. Tak salah saya biskut milo, biskut kacang dan semprit. Biskut milo tu biasanya mak buat utk kami .. biskut kacang tu utk mak kpd mak  dan semprit utk mak mentuanya (dua-dua tu nenek saya la yek hehehhe).

Walaupun mak saya tak rajin buat biskut raya tapi dia pandai dan rajin buat sendiri kerepek pisang nipah atau tanduk.. satu lagi mak rajin juga buat rempeyek kacang tanah, kacang hijau.. dan of coz kegemaran kami semua adik beradik iaitu kacang dhal. Abah saya pula suka kek.. dan dia pandai buat kek.. Menurut abah masa mula kawin dulu dia la yg mengajar mak buat kek.. terutama kek oren..( ermmm terbau-bau pulak kek oren panas.. yg baru keluar dari oven .. hehe

Oh ya mak juga pernah buat baulu cermai.. baulu tokak kami panggil. Tapi nak buat dia jenuh.. sebab berpanas depan api.. rasa macam nak minum air.. begitu juga kalau menggoreng tumpi, rempeyek atau kerepek pisang.. rasa nak buka puasa je waktu tu..

Teringat masa saya umur sekitar 12-15 tahun abah teringin nak makan kek kukus buah.. jadi dia sibuk membantu mak dengan menepuk telur. (dulu kan tak de mesin pengadun macam sekarang)  mengukus dan berbagai lagi. Nak menunggu kek tu masak dah le lama berjam-jam.. nak jadi cerita oleh kerana baru first time buat .. mak asik jenguk kukusan tu.. dah dgn tak disangka loyang isi kek tu tersenget separuh dan termasuk air .. waktu itu pulak dah jadi cantik nak naik dah kek itu. Apa lagi jadi senget la.. nak jadi kezaliman mak ( heheh zalim ke?) mak paksa kami (saya adik dan abah le) makan kek tu.. huhuww. Walau tak berapa nak semenggah kek itu kami makan juga la sebab nak jaga hati mak..   

Selepas drpd kejadian tu mak memang malas nak buat lagi kueh. Satu sebabnya sebab mak memang cerewet apa lagi bab kebersihan .. biasa la budak-budak mana sabar ke .. jadi time mencetak adunan biskut kami biasanya buat main je doh tu.. (pengotor kan!).. dan disebabkan itu.. kami 3 beradik perempuan yg terdiri drpd saya, adik saya siti mazlina dan siti aminah ketiga-tiganya tak pandai buat biskut!hahahha boleh gitu menyalahkan mak…

Sekarang ni mak rajin membeli saja. Apa lagi ditempat kami itu ada satu Kedai Kuih yang kami panggil Azhar Food, terletak kat Pekan Rengit, Batu Pahat.. dekat je.. ½ jam perjalanan guna kereta.. .. kat sini link Azhar Food@facebook or http://azharfood.webs.com/dan blog nya kalau nak tau…. Kat sini ada berbagai kuih dari biskut hingga ke kerepek.. asam.. dan segala macam. Mak nenek, cucu cicit kuih .semua dijual dengan harga rendah.. Naik kelabu la mata ni.. dan semua rasa nak dibeli..Jadi sapa yg nak membeli dengan harga murah datang le kesini .. di jamin dengan RM150.00 anda akan muntah berdarah dengan kuih J ….Oh ya Azhar Food ni pernah keluar kat Kosmo tak salah tahun 2011 dalam rencana  utama.. kalau korang rajin korang pegi la kat arkib dan try find mengenainya. 



(Ni gambar muka pintu dia)


Zaman saya kecik-kecik dulu kuih yang saya suka hanya kerepek pisang dan kek sahaja.. Yang lain tu tak berapa sangat ..sebab waktu dulu kuih banyak yang manis.. apatah lagi nenek saya (mak saya punya ibu) suka buat halwa.. mcm-macam halwa.. kundur, betik. Dan mcm2 lagi. Nenek saya juga suka buat biskut makmur tapi gumuks-gumuk…inti dia kacang nahh.. beso gitu.. selalu dia kecik hati ngan saya sebab tak makan kuih tu.. (bukan apa sebab rasanya manis.. tak larat nak makan).

Sekarang ni pun kalau org datang kerumah terutama di kampong yang makan biskut raya Cuma org tua sahaja. Yang muda suka kerepek. .keropok.. apatah lagi trend raya skrg bila org datang berziarah kita masak makanan berat.. jadi kuih-kuih dan biskut kekadang dipandang sepi dan agak terpinggir. Macamana pun namanya pun dah raya jadi mustila ada biskut raya ye tak :) 

Ok la.. jom makan biskut raya…yum..yumm….

APA BEZA KUEH RAYA DENGAN BISKUT RAYA?



(gambar ni di ciluk drpd Mr. Google)

Salam sejahtera.. 

uhukss.. hari ini pepagi dah terfikir nak menulis.. macam rindu gitu.. ada lorong dan lohong dlm hati yg perlu di isi. agar hati tak terus walang tanpa sebab..

Hari ini hari ke 14 puasa.. Malam tadi (semalam la hehehhe) saya menyempurnakan kerja 'mendobi' diluar belakang rumah saya.. suasana malam terutama langit agak cerah. Kelihatan di atas sana bulan bersinar.. bulan malam ke 14 tak besar pun sebab jauh dan waktu saya merenung langit sekitar jam 8.30 malam.. Kebiasaannya bulan agak besar boleh di lihat jika malam bertambah pekat. 

Suasana rumah saya tetap macam biasa riuh rendah.. walaupun sebenarnya hanya ada 3 orang aje ahlinya.. seorang suami dan seorang anak. Si suami sibuk mengerjakan (menggerudi sebenarnya) batang-batang besi langsir.. sibuk membuka langsir utk dicuci.. kemudian mengemas barang-barang saya yg bersepah di sana sini. kemudian membuka sarung kusyen yg hanya setahun sekali dicuci hahahah.... sibuk sungguh la dia..

Si anak pula sibuk menyentuh itu ini.. bercakap tanpa henti kenapa si ayah beria-ia nak membuka kusyen.. berangan pula si anak nanti hari raya nak kerumah rakannya.. nak balik kg dan berbagai lagi anganannya. mulutnya  becok itu ini.. sekejap kemudian berlari ke pintu dapur menjenguk saya yang sedang membilas baju sambil merenung bulan hehehe.. lari ke sana lari ke sini..

uiiii panjang pula mukadimahnya.. sebenarnya nak bercerita tentang suasana di opis saya saban taun .. maklum dah berbelas tahun bekerja.. suasana menjelang hari raya memang akan begini la setiap tahun.. ceritanya sama saja : 

seminggu sebelum puasa .. ada la kawan satu opis or kawan dari luar.. or bekas student yg bawa sample kueh.. mula-mula sorang saja.. kemudian sorang lagi.. dan akhirnya jadi lebih dari 5 orang. semua mula mengoffer kepada saya nak beli kueh or tidak.. nak tak nak nak tulong kawan.. kita amekla juga.. mula 1 bekas.. dan akhirnya akan jadi juga berbalang kueh.. (of coz melibatkan RM yg banyak juga!:) 

dua minggu puasa: kueh-kueh yg di order dlm pembuatannya... tapi ada lagi yg datang.. kali ni tudung, brooch, baju raya.. mula ramai yg menjualnya.. Macam tadi juga .. kesian.. saya ambil juga.. 

3 minggu puasa: kueh-kueh akan datang kpd kita.. masa ni.. menggigil tangan membayar hehehhehe.. 

4 minggu puasa.... kueh raya ada yg tinggal balang,... ada yg masih disorokkan.. perasaan bertambah berkobar-kobar nak sambut raya.. lagu raya pun asik terpasang je ( hari biasa pun kadangkala depa pasang gak!!!)

Tiap tahun sama je rutinnya di opis ni.. oh ye ada juga jamuan buka posa di hotel-hotel berdekatan.. yg mana acaranya tetap sama .. cakap-cakap, tazkirah, amanat big boss, tunggu pengumuman ada duit raya ke tak( yg ni dengar betul-betul hehehhe) dan makan.. dan kemudian balik.. 

Selepas itu, hari-hari terakhir.. opis ni akan macam di langgar garuda .. senyap sunyi.. pelajar semua dah tak ada berkeliaran.. Kalau adapun Cuma yg tinggal yg non muslim (itu pun sebahagian je yg ada heheh apatah lagi pelajar semenanjung) or pelajar Sabah dan Sarawak..  Kawan-kawan pensyarah dan pembantu tadbir yang duduk jauh cth kelantan, terenggau dah balik awal. Yang tinggal kat opis ni yg duk dekat cth Felda Sg Mas, Lok Heng, Bandar Penawar..

Saya.. heheheh.. selalu tiap tahun memang balik dah dekat cuti raya sehari sebelum raya.. kampong dekat je.. setakat benut dan johor bahru.. ermmm berapa jam je.. tp tahun lepas balik benut.. hampir 4 jam sebab jalan sesak nak ke simpang renggam hehehhe..

Apapun..... Raya mesti ada kueh ke? Hahahaha..


p/s: biskut raya ni pun ble ke: hehehehe)

(jgn terkejut ya!:)
Selamat berpuasa kawan-kawan. 

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Esok




Salam ..



Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat



Esok kita mula berpuasa. Melengkapkan rukun islam ketiga yang kita pegang dan yakini. Mulai esok bermula perjalanan baru yang berbeza daripada hari biasa. Perjalananan esok lebih kepada pembersihan kerohanian. 
Untuk itu saya ingin memohon ampun dan maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki kepada semua terutama, kpd suami, ibubapa, anak, adik beradik, sahabat dan teman taulan. Mari kita sama-sama saling bermaafan dan mulakan perjalanan ini. Perjalanan peribadi antara kita dan tuhan yang mencipta semua makhluknya. Semoga Allah sentiasa menemani perjalanan hidupku dan anda semua dalam perjalanan ini. Amin.

Tuesday, June 26, 2012

CINTA

Salam ...

Saya cuba singgah sebentar utk. menulis. Dalam keterbatasan waktu .. rasanya utk melayangkan buah fikiran yg bernas dan boleh dikongsi agak sukar. Apapun hari ini saya ingin berkongsi sesuatu tentang kasih sayang. Seorang kenalan di fb menulis tentang kesukaran beliau mencari cinta yg benar-benar tulus tanpa ada prasangka. Ada macam-macam pendapat yg diutarakan oleh rakan-rakan kenalan saya itu. ada yg lucu, ada yg serius dan ada yang main-main juga ada yg tak masuk dek akal.

Pada saya sendiri.. dalam usaha kita mencari kasih sayang, wajar kalau kita sendiri bertanya pada diri kita berapa banyak kasih sayang yang kita ada yg boleh kita curah kepada orang lain. Berapa banyak org yang boleh kita sayangi, berapa banyak yang kita boleh beri tanpa ada sedikit pun rasa prejudis?..

Kasih sayang tanpa syarat mudah sebenarnya untuk dicapai. Bagaimanapun ianya memerlukan kerjasama dua tangan (mewakili fizikal) dan dua hati (wakil untuk perasaan). Penghayatan dalam berkasih sayang itu bukan sahaja berbentuk pemberian fizikal cthnya wang ringgit, emas berlian, atau hadiah-hadiah tapi lebih dalam daripada itu iaitu pemberian dalam bentuk kepercayaan. Ini yg penting diberikan kepada pasangan. Kepercayaan tanpa prasangka. Percaya bahawa pasangan setia, seia, sehidup semati. Dengarnya spt klise,umpama tulisan penulis di novel atau filem. tapi itu lah rahsianya keteguhan hati pasangan yang bercinta tanpa syarat.

Tanpa menidakkan  fakta bahawa bukan mudah untuk mencapainya kerana dlm satu hubungan banyak ranjau dan getir perlu dilalui..Percaya atau tidak sebenarnya sabar adalah kunci kata dalam satu-satu kejayaan dalam kehidupan. Tanpa sabar dalam ikatan perhubungan, tiada apa kejayaan dalam berkasih sayang. Apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan ini.. yang bebas utk menjalin hubungan dengan orang lain.. dengan kebanjiran gajet moden dan ruang maya yang luas.. begitu mudah hati 'terpencot' kpd org lain. Jadi hanya sabar dan iman yang teguh itu sahaja bentengnya. Selalu percaya bahawa dalam berkasih sayang jalannya sangat luas. Luas kerana kasih sayang sebenarnya anugerah Allah SWT kepada manusia paling besar kemanisannya. 


Untuk percaya kepada pasangan bukan juga jalan mudah.. namun ingatlah apa yang kita peroleh dan cuba dapati hajatkan dalam hati semuanya kita buat kerana Allah. InsyaAllah semuanya akan mudah. Sesusah-susah perkara jika kita cuba mudahkan maka jadi mudahla ia.. 


Salam berkasih sayang.. dpd insan yang punya banyak cinta hahahha...

Thursday, April 19, 2012

Aku jadi sepi

Rasanya dah bertahun pulak saya biarkan blog saya bersawang.. labah-labah yg ada juga telah mati spt matinya semangat saya nak menulis. Api dlm jiwa saya mengecil. Saya lebih suka membiarkan diri saya merayau rimbunan hijau org lain. Melihat kejayaan org lain. Melihat api panas perjuangan sesetengah bloggers yg cuba memberi yg terbaik spt di blog saudara mazidulakmal perantara majalah tv3 tu atau blog2 lain yg tak tertulis disini..

Malam ini seorang rakan berasa telah lelah dlm perjuangan kehidupan yg dijalaninya. Kehidupan dan kerjaya bukan spt yang dia inginkan. Mengenali dia hampir lebih 20 tahun.. saya tau jalan yg dijalani olehnya ini bukan kerjaya pilihan. Kerjaya yg dia mahu adalah seni. Itu lah dia. Diri dia juga spt seni itu sendiri.

Saya mengaguminya sejak dari bangku sekolah menengah satu lagi. sejak usia 13 tahun. Dia berbeza.. Saya kagum dgn kepetahannya bercakap apa lagi kalau berdebat atau berbahas... lagi-lagi berpantun. dia dan beberapa org kawan lagi mmg menjadi semasa sekolah. Saya sendiri dulu mmg menjangka dia akan jadi guru bila dewasa.. dan memang betul dia jadi guru.. saya juga tahu dia mmg berbakat melukis.. satu kelebihan dia. saya juga tahu dia org susah.. tapi jiwannya kental. Kental dengan semangat nak keluar dari kesusahan.

Cuma baru kini saya tahu dia lelah dlm menjalani kehidupannya. kerana dia tak mampu nak hidup dlm sekitaran yg dia mahu. dia mahu melukis.. tapi dia tak mampu lari lagi dari kehidupannya kini krn tuntutan material. Ah sedih pulak hati saya.. krn sebagai kawan saya tak mampu nak membantu dia memberikan pendapat bernas supaya hati walangnya tidak kusut dan jiwa seninya tidak layu.

Saya akui dunia kerjaya ini sebenarnya memerlukan minat yg kuat terhadap karier kita. Jika kita sebagai manusia hanya kerja semata-mata utk mendapatkan wang..kepuasan berkerjaya tidak akan tercapai.  Kita tidak mampu berasa bahagia kerana hari-hari kita tiada 'jiwa' dlm pekerjaan. Ibarat sepasu bunga yg ditanam, tapi tidak dibantu dgn siraman air, maka bunga akan melayu dan akhirnya akan mati kering begitu saja.

Saya telah bekerja sejak berumur 20 tahun hingga kini berusia 38 tahun masih lagi menyukai pekerjaan yang saya lakukan. walaupun imbuhan yg saya perolehi tidakla sebanyak mana tapi saya masih lagi menyukai pekerjaan saya ini. Ini kerana saya suka akannya.

'Eh awk keje kat kolej itu .. awk pensyarah ke? itu selalunya org akan tanya saya bila saya bercakap megenai tempat kerja saya..

'eh tak lah.. saya hanya kerja sebagai pembantu tadbir sahaja disana....

' eh ye ke? tapi cara awk bercerita dgn saya ni mcm awk lecturer je.. tak percaya la..

' ya betul saya hanya pembantu tadbir saja..Itulah antara reaksi org bila saya bercerita atau mengajak org belajar ditempat saya. Ya betul itu le jawatan saya. Saya suka dgn kerjaya saya.. saya suka mengajak org belajar ditempat saya.. tempat yg saya ibaratkan sebagai peluang kedua kepada lepasan spm yang tidak begitu cemerlang(kalau la cemerlang dinilai dari segi akademiknya). Maksud saya yg cuma ada 3 4 kredit atau lulus sahaja.

Waktu saya tamat belajar dulu (SPM) pada tahun 1991, tak banyak kolej swasta yg ada spt sekarang. kalau ada la waktu itu seingat saya stamford dan ITTAR atau Sal kolej kalau di johor. Semasa SPM pada tahun itu saya mendpt pangkat 1 dengan agg 18. tapi tak banyak yg sy boleh buat dgn keputusan yg cukup makan saja saya kira. 6 kredit. apa la sangat.. 2 subjek penting spt bi dan math hanya lulus sahaja. waktu itu mana ada org nak cerita dgn kita kemana kita nak pergi dgn keputusan sebegitu... pandai-pandai sendirila.. utk buat keputusan. Seingat saya tak pernah ada org dtg kpd saya dan nasihatkan saya atau beri panduan kemana saya nak pergi selepas itu dgn keputusan yg saya ada. Kaunselor mmg ada.. tp waktu itu saya tak terfikir pun nak berpaling kpd nya.. yalah waktu kita tengah dilanda kesedihan krn keputusan kita tak berapa nak elok.. semua rasanya gelap..

ooo ada sorang yg bagi nasihat iaitu anak jiran saya cik Hamid saya panggil dia.. ingat lagi dia belikan saya borang upu suruh saya isi.. dia kata masuk utm.. tapi saya sedih sbb keputusan saya tak layak nak kesitu.. akhirnya borang tu saya tak isi pun.. buntu otak.. namun saya tak putus asa masuk form 6 di sek men benut.. disinilah saya belajar berdikari.. buat keputusan utk hidup saya. memberanikan diri meneroka dunia yg jauh dari pelajaran.. dunia pekerjaan.. (kisah ini nanti saya ceritakan).

Namun akhirnya saya kembali ke dunia pekerjaan yg ada kaitan dgn pelajaran.. walaupun saya sendiri tak berpelajaran tinggi.. tapi saya gembira dpt menawarkan pelajaran kpd adik-adik yg senasib dgn saya. Saya gembira.. setelah berbelas tahun berkhidmat di sini.. ramai bekas pelajar yg telah berjaya malah ada yg menjawat jawatan tinggi, ada yg berada di tv3, ada yg bekerja dgn penyanyi tersohor, ada yg jd pengurus, ada yg jadi bisnesman.. dan mcm2 lagi..

Saya suka dgn dunia saya.. walaupun saya masih disini.. masih jadi org biasa.. tak kaya tak juga susah hingga tak makan.. tapi saya bahagia.. saya tahu juga ada sesetengah kwn saya memandang sinis  dgn kehidupan saya .. tp ada saya kesah.. saya tahu niat si sinis itu hanya utk menjadikan saya kaya spt mereka juga.. tp.. apakah nilai kaya kalau kamu menjual produk dgn mengambil duit org kemudian kamu laburkan dan kami ini org dibawah-bawah ini bekerja bagai barua.. org di atas kaya raya.. o... tolong la.. ya.. .. tak semudah itu kamu nak dpt wang saya yg saya kumpul berdikit2 hasil jimat cermat dan kamu kata akan dpt hasilnya dlm masa yg singkat... o plz la.... ilmu ekonomi mana kamu guna ni..

Saya juga tahu ramai juga yg memandang kolej swasta bumiputra sbg tempat yg low class,, mahal.. tak berkualiti.. saya tahu krn itulah yg saya lalui selama berbelas tahun dlm bidang ini. Tapi adakah kamu tahu bahwa ditempat yg kamu pandang sepi itu ada beratus pensyarah yg berkualiti.. Mentaliti org kita bila anak ditawarkan belajar .. akan bertanya swasta ke kerajaan.. adusss.. kalau anak kamu ke kerajaan tak kena bayar ke? adakah semuanya free..oh my... tak cik puan.. kemana pun kamu
belajar kamu kena membayar utk dptkan ilmu.. kerana apa.. kerana kita memberi nilai kpd ilmu yg kita dapat.. krn kita menghargai usaha tenaga pengajar kita. jadi kita kena membayar nilai utk itu..kena memberi kehidupan kpd tenaga org yg mengajar kita..

Apapun org pandang saya suka kerja saya. saya suka kerana saya tidak menindas.. kerana saya memberikan tempat utk org lain meraih ilmu.. yg akhirnya kelak boleh dijadikan bekal utk mencari rezeki dan terus berkhidmat di bumi Allah ini. 

Untuk teman saya tadi.. saya hanya boleh kata bersabarlah.. jika kakimu ingin melangkah teruskan langkahmu.. pasti akan ada halangan tapi jika sudah nekad bara pun boleh jadi arang.. alang-alang bertekad.. teruskan.. jika kamu yakin Allah itu ada.. maka teruskan langkah.. kebahagiaan kena dicari bukan jatuh dari langit.. dlm mencari bahagia paksikan pada satu iaitu Allah itu ada. Insyallah..



Thursday, January 26, 2012

Manusia seperti bunga?

Salam sejahtera.
Cuba tengok bunga di atas.. satu bunga hidup satu bunga kering..(mungkin buatan negara China kot!).. mana satu yg anda suka.


1) Bunga hidup. cuba tengok betul.. waktu pagi dia segar.. tiba tengahari panas dia layu.. macam manusia kan? waktu pagi bukan main semangat nak pergi kerja.. tapi petang ala... merudum apa lagi kalau tengahari time lunch makan nasi.. masuk jam 3.oo petang mata dah boleh tertutup...

2) Bunga plastik aka bunga mati.... cantik pagi petang siang malam.. tapi kalau dah seminggu berhabuk juga kan..apalagi kalau yg jenis kemas rumah seminggu sekali alamat kalau terhidup habuk tuh mau bersin sampai tanggal kuntum bunga plastik tu....heheheh ..macam manusia juga kan... ada sebilangan manusia suka jd spt bunga plastik setiap hari hidup bertopeng utk tutup diri sebenar yg tidak baik, tak mau berubah, tak mau menjadi baik sebab dlm hatinya busuk. Depan orang bukan main baik.. bukan main mengampu org kanan kiri.. tapi nawaitu sebenar tak selari dengan hati dia sendiri..

so apakah diri anda.. bunga hidup atau bunga mati.. tanya diri .. tepuk dada ,.. tanya hati ...

selamat berjaya mencari jawapan...

Sunday, January 8, 2012

Perlu Ke Karaoke kat Majlis Kahwin?

Jam 2.30 petang, Sabtu 7 Januari 2012, petang yg damai.. langit cerah. Angin bertiup agak kuat hingga menyebabkan rambut kerinting kasar saya berserak,,, (sekali imbas dah macam perempuan gila juga) hehheheh..perut dah kenyang... baru lepas santap nasi berlaukkan ikan jahan masak asam pedas, ikan kembung bakar, sambal tempe dan ikan bilis serta sayur tauge goreng.. ( lauk dan nasi dibeli sebenarnya:))alhamdulillah.. herkkk....

Ahh... cuci baju la... petang ni nak pergi main layang-layang kat Tanjung Balau dengan Miss Boss..
Pang..pang .. kebum.. pang kebumm..gendang di palu.. pengantin baru.. duduk bersanding atas pelamin...

eh ada majlis kawin la.. kat belah bawah rumah lorong depan tuh...

eh japp... eh itu lagu tenda biru.. tak sengaja lalu depan rumahmu, , ku melihat ada tenda biru.. la .. la.. la.... dan seterusnya..

eh lagu cincin di jari. ermm ni lagu aruah S. Jibeng...

ehhh ni lagu pelamin anganku musnah....

esyyy kenapa semua lagu putus asa.. putus cinta nihh...

Saya: "bukan ke itu majlis kawin kan abg?" saya bertanya kpd en suami..
en suami: " yela" dah tau pun nak tanya lagi ke?" jwb en suami
saya: "saya tak faham le abg, kenapa bila ada majlis kawin org panggil dejay dan ada karaoke?"
en suami: " eh awk ni.. biasala.. tuan rumah nak menghiburkan tetamunya... nak bagi meriah rumahnya..
saya: " ye ke bang?" perlu ke?
en suami: ye la...kenapa awk ni?"

ermm. itu adalah perbualan biasa saya dgn en suami bila ada jiran tetangga buat majlis kawin.. dan hari ini adalah utk kesekian kalinya.. saya sebenarnya tak faham kenapa nak di adakan dejay dan set karaoke kat rumah org kawin atau majlis kawin.. tak faham..

Pada pandangan saya set karaoke dan segala keriuhan itu membawa huruhara sahaja dlm majlis yg sepatutnya tenang dimana tetamu dpt menikmati hidaangan makanan dgn nyaman dan tenteram.. Sudahle kita menjemput org datang,...dan menjamu mereka.. tetapi suasananya hingar bingar... kadang-kadang nak bercakap bertanya khabar dgn tuan rumah pun sampai meninggikan suara sebab bising..

itu dah satu hal.. kena pulak ada penyanyi karaoke yg perasan suaranya 'sedap' sangat tu mendendangkan lagu..suara dah le ke laut.. tak sampai pulak ada pulak tu sampai keluar suara macam ayam kena sembelih... rasa nak terkeluar nasi yg sedang disuap ke mulut..

tambah lagi pulak lagu yg deejay tu pasang lagu putus cinta, putus kasih.. lagu-lagu tak positif langsung..sedangkan hari ini adalah hari permulaan hidup pasangan suami isteri.... tak faham kenapa deejay tu tak  memahami dan menjaga kerjanya ,,, agaknya pada fikirannya.. asal boleh je la.. janji dibayar...

Tak salah sebenarnya nak pasang semua alat bantu itu.. tp jika sekadar utk mengikut trend sahaja baik tak payah le.. buat menghabiskan duit..apa salahnya keluar duit sikit jemput org yg betul- betul boleh nyanyi.. atau jika tidak pun pasang je la.. lagu-lagu tp dalam kadar yg sederhana bunyinya.. bukan pasang spt nak mengadakan konsert dlm dewan... Kalau lagu pun pilihla.. lagu yg berunsur positif.. tak semestinya nasyid.,.. asal sahaja positif kpd kehidupan.

Saya pernah menghadiri satu majlis kenduri kawin disebuah kampung satu ketika dulu.. lagu yg dipasang amat menepati konsep kenduri kawin .. simple.. tapi penuh beradat dan budaya.. halus sekali..dengan paluan gamelan.. diselang seli dgn gazal dan keroncong.. tenang jiwa.. lauk yg sangat sederhana pun jadi sedap .. ditambah pula dgn tiupan angin waktu itu..ramai tetamu dtg terutama sekitar jam 12.30... bahang yg panas pun jadi tak terasa..kena pulak pengantin suami isteri berhenti menyapa kami semua..(mrk tidak bersanding).. aduhhh bahagia dan bangga krn pengantin sudi menyapa.. terasa hilang penat dlm perjalanan tadi.

Masa saya berkawin dulu-dulu sekitar 2005 lepas.. tak de pun karaoke2 ni.. bak kata abah saya buat memekak je hehehhe.. ada juga yg suggest pasang benda alah tu.. tapi kami buat tak tau je.. ada aku kesah ye tak... yg penting makan sedap, tetamu dpt di layan.. dan kalau boleh diulang.. saya tak mau bersanding!!!!!!!!!!!!!!!!!

tapi ya la.. majlis yg bising-bising tu pun bukan majlis kita ye tak.. majlis org.. akhirnya akan juga keluar frasa ada aku kesahhh dari tuan rumah hahahahahha.